PENDAHULUAN
Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh islam kerana dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerlukan kepada pertolongan yang memerlukan kepada pertolongan selain daripada menjadikannya salah satu ibadat. |
PERMASALAHAN KAJIAN
Islam merupakan satu agama yang sempurna dan lengkap serta merangkumi semua aspek kehidupan sama ada dari aspek politik, undang-undang, ekonomi, sosial dan sebagainya. Wakaf juga merupakan salah satu daripada institusi ekonomi islam yang menggabungkan elemen rohaniah dengan harta benda. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari sudut pengorbanan yang dilakukan oleh para pewakaf dalam mengorbankan hartanya demi kepentingan umat islam dalam memartabatkan ekonomi umat islam dan kebajikan sosial secara khususnya. Namun demikian, masih terdapat banyak harta-harta wakaf yang gagal dibangunkan demi kepentingan umat islam dan matlamat para pewakaf juga masih belum lagi tercapai. |
PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN
Pembangunan tanah wakaf yang terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan ini dengan mengusahakan tanah wakaf yang terbiar di bawah pemantauan pihak berwajib iaitu Majlis Agama Islam Negeri. Bertepatan dengan konsep ini, maka adalah wajar tanah wakaf dibangunkan untuk tujuan perladangan dengan menggunakan kontrak musaqah bagi menggalakkan golongan miskin untuk bekerja. |
Musaqah ialah usahasama pengurusan dalam pertanian dan dari segi bahasa bererti saling menyiram, manakala dari segi syara' bererti satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
Dalam erti kata lain, ianya merupakan satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-kerja pembaikan, pengairan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdasarkan hasil tanaman. |
RUKUN MUSAQAH
Rukun musaqah menurut jumhur ulama ada 5 bahagian |
1) KEDUA PIHAK YANG BERKONTRAK |
Kontrak yang dibuat oleh seseorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah ( iaitu seseorang yang berakal dan baligh ) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu'amalah harta. Misalnya sepertimana kontrak mudharabah orang yang berkontrak dikehendaki berkelayakan seperti kontrak jual beli. Dalam kes tertentu, seorang wali boleh bertindak mewakili kanak-kanak, orang gila dan kurang akal. |
2) OBJEK MUSAQAH |
Imam Syafie mensyaratkan buah kurma dan anggur. Bagi Ulama' Hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengurusnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan. Manakala Imam Malik berpendapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaiton dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat. Begitu juga tumbuhan yang tidak memiliki batang seperti timun dan semangka jika pemiliknya tidak mampu mengurusnya. |
3) BUAH |
Adalah disyaratkan bahawa pengkhususan bahagian bagi kedua pihak yang beraqad. Ia tidak boleh diambil sebahagian hasil untuk kedua pihak dan sebahagian lain tidak dimasukkan dalam agihan. Yang penting dalam syarat ini ialah segala penghasilan pohon menjadi milik kongsi, tidak juga diharuskan jika semua hasil hanya diperuntukkan untuk sebelah pihak sahaja. |
4) KERJA |
Adalah disyaratkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. Dengan kata lain sepenuhnya segala kerja mengenai pengurusan pohon. Ini untuk memberi ruang seluas-luasnya kepada pengurus tentang bila, bagaimana dan dengan apa cara pengurusan akan dilaksanakan. |
5) IJAB DAN QABUL |
Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus seperti pengurus berkata kepada pemilik, "Aku uruskan pohon buah anda dengan agihan hasil 30-70 atau 40-60" , atau pemilik berkata kepada pengurus, "Aku serahkan pengurusan pohon ini kepada kamu dengan kontrak perkongsian hasil, " atau pemilik berkata, "kerja dan uruskan pohon buahku dengan agihan hasil". |
5 OPERASI CADANGAN UNTUK MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF
1) Pengumpul modal dibuat daripada ramai orang iaitu melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok. |
2) Pihak majlis agama islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut. |
3) Pihak majlis agama islam negeri atau pihak berkuasa tempatan akan menyediakan sebidang tanah untuk dibangunkan oleh golongan miskin. Majlis agama islam negeri juga menyediakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak. |
4) Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu dari sudut meracun, membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual. |
5) Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan diantara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan kepada persetujuan yang dipersetujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40, ataupun 70-30 peratus. |
KESIMPULAN
Dengan pengenalan wakaf pertanian yang berdasarkan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pembangunan wakaf di Malaysia. Ini kerana tanah wakaf yang terbiar dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada. Hal ini apa yang dapat dilihat dari hari ke hari, harta wakaf semakin bertimbun dan penyelesaian kepada harta wakaf ini masih lagi belum dapat diatasi. Lantaran dengan pengenalan konsep ini, secara tidak langsung boleh mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets