Show Menu
Cheatography

Individual Assignment Fiqh Muamalat By MUHAMMAD MURSYIDDIN BIN MUHAMAD ABDUL SAMAT, DPI SEM 3 KELAS 2 (KID 190504045)

PENDAH­ULUAN

Wakaf merupakan instrumen terpenting selepas zakat dalam mengge­rakkan sumbernya ke arah pemban­gunan sosial ekonomi umat Islam secara amnya. Namun demikian, institusi wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai sumber simpanan dan ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat asas wakaf itu sendiri. Dalam konteks ini, kontrak musaqah adalah satu alternatif yang perlu dikete­ngg­ahkan dalam memban­gunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian yang boleh menjana keuntungan yang berpan­jangan dan lumayan.

TAKRIF WAKAF

- Terdapat pelbagai takrif yang dikemu­kakan oleh beberapa ulama. Antaranya ialah Imam Syafi‘i, Imam Nawawi, Imam Syarbini dan Imam Ramli, Imam Sarkhasi dari Mazhab Hanafi serta Muhammad Hasan dan Abu Yusuf.
- Berdas­arkan kepada semua takrifan yang dikemu­kakan, jelas menunj­ukkan bahawa waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya.

HAL BERBANGKIT TENTANG HARTA WAKAF

- Masih terdapat banyak harta-­harta wakaf yang gagal dibang­unkan demi kepent­ingan umat Islam.
- Matlamat para pewakaf juga masih belum lagi tercapai.
- Keadaan umat Islam yang miskin masih terjejas.
 

PENYEL­ESAIAN MASALAH PENGURUSAN HARTA WAKAF

Implem­entasi Kontrak Musaqah

MUSAQAH

DEFINISI :
- Bahasa : Saling menyiram
- Syara’ : Satu kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.

HUKUM MUSAQAH MENURUT ULAMA'

- Harus : Majoriti Ulama iaitu Imam Malik, al-Sya­fi’e, al-Tsauri, Abu Yusuf, Muhammad Bin Hassan, Ahmad dan Daud.
- Tidak diperb­olehkan sama sekali : Abu Hanifah dan Zufar.

SUMBER ISTINBAT HUKUM PARA ULAMA

- Harus :
- Tidak diperb­olehka sama sekali :
“Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­iannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengus­ahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembah­agian yang lain sama ada 1/3 ataupun ¼ dan tidak ada hak yang ditent­ukan”
 

RUKUN MUSAQAH

1. Kedua pihak yang berkon­trak: Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh)
2. Objek Musaqah: Imam Syafie mensya­ratkan buah kurma dan anggur.
3. Buah: Pendapat yang terkuat bagi ulama’ Syafi’i yang juga merupakan pendapat Mazhab Hanbali ialah kontrak musaqah dikira sah apabila pohonya mula berbuah meskipun belum masak.
4. Kerja: Pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5. Ijab dan Qabul: Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus.

CARA PELAKS­ANAAN MUSAQAH

- Pihak berwajib akan menyed­iakan tanah wakaf yang terbiar beserta dengan modal iaitu daripada hasil kutipan saham wakaf mahupun saham wakaf pokok.
- Pihak berwajib perlu memilih golongan miskin yang berses­uaian iaitu sihat tubuh badan dan sempurna fizikalnya untuk melaks­anakan projek pertanian tersebut.
- Bila mana hasil buah boleh dituai dan dijual, maka hasil jualan tersebut boleh dibaha­gikan oleh pihak berwajib dengan pengusaha berdas­arkan kepada nisbah perjanjian yang dipers­etujui.
 

FAEDAH KONTRAK MUSAQAH

- Memban­gunkan tanah-­tanah wakaf yang terbiar.
- Membantu golongan miskin untuk menjana pendap­atan.
- Golongan yang tidak bernasib baik akan terbela nasibnya.
- Mewujudkan persek­itaran kerja yang harmoni.
- Memupuk semangat ingin bekerja dikalangan golongan miskin.
- Mengel­uarkan golongan yang susah daripada kancah kemiskinan yang melarat.
- Keuntungan daripada kontrak Musaqah dapat digunakan oleh golongan miskin untuk memiliki harta persen­dirian.
- Menjadikan golongan miskin ini sebagai penyumbang kepada sumber wakaf.

KESIMPULAN

- Dengan pengenalan wakaf pertanian yang berasaskan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pemban­gunan wakaf di Malaysia. Ini kerana, tanah wakaf yang terbiar dapat diopti­mumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada. Lantaran dengan pengenalan konsep ini, secara tidak langsung boleh mengatasi masalah pemban­gunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat Islam serta pemban­gunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan.
   

Help Us Go Positive!

We offset our carbon usage with Ecologi. Click the link below to help us!

We offset our carbon footprint via Ecologi
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          izyanzulkani Cheat Sheet
          PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM : KFD2543 Cheat Sheet