Show Menu
Cheatography

individual assignment

PENDAH­ULUAN

>Wakaf merupakan amalan yang disyar­iatkan islam kerana amalan wakaf seseorang dapat membantu insan yang memerlukan selain menjad­ikannya ia satu amalan ibadat.
>Harta waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi islam secara amnya.
>Harta waqaf yang sedia ada ianya dapat dijana untuk pemban­gunan ekonomi umat islam samada daripada sektor pertanian mahupuh daripada sektor pemban­gunan.
>Ca­dangan daripada pihak berwajib dalam mengop­tim­umkan tanah waqaf yang sedia ada dengan memban­gunkan sektor pertanian bagi menjana keuntungan serta menaik taraf sosio-­ekonomi yang jauh terkeb­elakang dan miskin.

PERMAS­ALAHAN KAJIAN

>Banyak harta-­harta waqaf yang gagal dibang­unkan demi kepent­ingan umat islam dan matlamat para pewaqaf juga masih belum lagi tercapai.
>Pe­mba­ngunan harta waqaf merupakan suatu perkara pokok yang menjadi persoalan pada masa kini.
>Pe­rsoalan yang dibang­kitkan menimb­ulkan tanda tanya kerana peratusan pemban­gunan tanah waqaf di Malaysia berada pada tahap yang kurang memuaskan kerana pelbagai halangan khususnya berkaitan modal serta bentuk pemban­gunan ke atas tanah waqaf.
>Pe­rma­salahan yang diusulkan tersebut telah membuka mata banyak pihak dalam memban­gunkan harta waqaf di Malaysia.
>Me­mbuka ruang pada kertas kerja ini untuk membentuk satu kaedah yang mudah bagi memban­gunkan wakaf yang terbiar dengan penggunaan kontrak Musaqah untuk sektor pertanian serta memban­gunkan harta waqaf di Malaysia.

2 SOALAN YANG MENJADI PERHATIAN

1. Apakah jenis pemban­gunan yang boleh dibuat ?
2. Daripada manakah dapat diperolehi dana atau pembiayaan untuk memban­gunkan tanah waqaf?

KESIMPULAN

>Pe­nge­nalan wakaf pertaniaan yang berasaskan kontrak musaqah serba sedikit menjadi pemangkin ataupun kepada pemban­gunan wakaf di Malaysia.
>Tanah wakaf yang terbiar dapat diopti­mumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang ada.
>Me­mbantu masalah pemban­gunan harta wakaf di Malaysia dan menjana ekonomi umat Islam serta pemban­gunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan.
 

PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAQAF PERTANIAN

-Kewujudan instrumen waqaf boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam mengur­angkan kadar kemiskinan negara iaitu dengan penumpuan terhadap kaum melayu yang beragama islam.
-Pemba­ngunan tanah waqaf yang terbiar boleh dibang­unkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk diusahakan di bawah pihak berwajib.
-Musaqah pada bahasa : saling menyiram
-Musaqah pada syara' : satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.
-Hadis yang membol­ehkan akad berlan­daskan hadis rasulullah :
" Ibnu umar r.a telah mencer­itakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk mengurap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertanian.
-Kontrak ini berses­uaian diimpl­eme­nta­sikan dalam institusi di Malaysia kerana dapat memban­gunkan tanah waqaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak berwajib.
-Kaedah ini dapat menjawab permas­alahan yang diutarakan berkenaan dengan pemban­gunan tanah wakaf di Malaysia.
-Pihak berwajib perlu memilih golongan miskin yang berses­uaian iaitu sihat tubuh badan dan sempurna fizikalnya untuk melaks­anakan projek pertanian tersebut.
-Perbezaan golongan miskin golongan kaya dan miskin dapat dibezakan seperti golongan kaya dirujuk kepada golongan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan individu dan tanggu­ngan, manakala golongan miskin ialah golongan yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung keperluan diri dan tanggungan khusus.
-Agihan faktor lebih kepada golongan miskin yang berkeu­payaan untuk menjal­ankan pekerjaan iaitu orang yang sihat tubuh badan dan sempurna.
-Agihan personal ialah pelengkap agihan faktor.
-Perun­tukkan asal agihan sedekah hanya kepada individu yang miskin dan tidak berupaya.
-Individu miskin tetapi fizikalnya sihat tidak berhak dalam agihan sedekah.
-Hadis yang telah diriwa­yatkan Abu Hurairah sebagaiman sabda Raulullah s.a.w yang bermaksud :
"­Sedekah tidak halal bagi orang kaya, orang sihat dan kuat"
-Idea pelaksanaa kontrak Musaqah dapat mewujudkan persek­itaran kerja yang harmoni serta memupuk semangat ingin bekerja dikalangan golongan miskin dan mengel­uarkan golongan ini dari kancah kemisk­inan.
-Matlamat waqaf tersebut dapat dicapai dari sudut sosial iaitu dengan mengur­angkan kadar kemiskinan dan dapat membantu golongan miskin untuk teruskan kehidupan seharian.
 

RUKUN MUSAQAH

1. Kedua pihak yang berkontrak
>Ko­ntrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu'amalah harta.
2. Objek Musaqah
> Imam syafie mensya­ratkan buah kurma dan anggur
>Ulama hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengur­usnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan.
>Imam Malik berpen­dapat musaqah boleh digunakan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ranum, tin, zaitun dan sejenisnya walaupon dalam keadaan darurat.
3. Buah
>Adalah disyar­atkan bahawa pengkh­ususan bahagian bagi kedua pihak yang berakad.
>Segala pengha­silan pohon menjadi milik kongsi, oleh itu adalah diisya­ratkan kedua pihak mengetahui dan bersetuju atas bahagian.
>Me­ngikut pendapat syafi'i dan hanbali ialah kontrak Musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak.
> Kontrak dianggap sah apabila pohon yang sudah ditanam dan pemilik mensya­ratkan upah pengurus adalah daripada hasil pohon-­pohon yang diurus, biar sekalipun tempoh berbuahnya lima tahun.
4. Kerja
>Adalah disyar­atkan pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5. Ijab dan qabul
>Un­gkapan boleh dibuat oleh pemilik atau pengurus seperti pengurus berkata kepada pemilik. "Aku uruskan pohon buah anda dengan agihan hasil 30-70 atay 40-60"atau pemilik berkata kepada pengurus, 'Aku serahkan pengurusan pohon ini kepadamu dengan kontrak perkon­gsian hasil", atau pemilik berkata, "­Kerja dan uruskan pohon buahku dengan agihan hasil".

MODUS OPERASI

Lima operasi cadangan dalam mengim­lem­ent­asikan kontrak Musaqah untuk memban­gunkan tanah wakaf terbiar di Malaysia :
1. Pengum­pulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham waqaf dan sumbangan saham waqaf pokok.
2. Pihak majlis agama islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeu­payaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaks­anakan kerja tersebut.
3. Pihak majlis agama islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyed­iakan sebidang tanah, menyed­iakan modal untuk proses penanaman dan membayar upah kepada golongan miskin.
4. Pengusaha akan mengur­uskan ladang tersebut dari sudut penjagaan sehingga buah tersebut dikutip dan dijual.
5. Bila mana buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa.
           
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          nurasmasyuhadamashkor Cheat Sheet
          Kontrak Musaqah dalam Sektor Pertanian Cheat Sheet