Cheatography
https://cheatography.com
IPLEMENTESI KONTRAK MUSAQAH UNTUK PEMBANGUNAN TANAH WAKAF
PENDAHULUAN- Wakaf merupakan salah satu ibadat dalam membantu insan yang memerlukan. | - Wakaf juga merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh islam. | - Menurut pelbagai pendapat menunjukkan bahawa takrifan harta wakaf adalah tertahan dari sudut pemiliknya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama. | - Dengan adanya perlaksanaan tanah wakaf ini, masyarakat dapat membangunkan sektor pertanian bagi menjana keuntungan serta menaik taraf sosio-ekonomi dan seterusnya membasmi kemiskinan. |
PERMASALAHAN KAJIAN2 persoalan yang menjadi suatu perkara pokok dalam pembangunan harta wakaf pada masa kini : |
1. Apakah jenis pembangunan yang boleh dibuat?
2. Daripada manakah dana atau pembiayaan dapat diperolehi untuk membangunkan tanah wakaf?
| | PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN> Pembangunan tanah wakaf terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin dengan mewujudkan peluang pekerjaan. | > Musaqah dari segi bahasa bererti saling menyiram dalam usahasama pengurusan pertanian. | > Musaqah dari segi syara' pula ialah satu kontrak penyerahan tanaman atau berdasarkan hasil tanaman. |
"Sesiapa yang mempunyai tanah, hendaklah dia mengusahakannya dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembahagian yang lain sama ada 1/3 atau 1/4 dan tidak ada hak yang ditentukan" -hadis Rasulullah
RUKUN MUSAQAH1. Kedua Pihak Yang Berkontrak | - Seseorang yang baligh dan berakal | 2. Objek Musaqah | - Imam Syafie mensyaratkan buah kurma dan anggur. | 3. Buah | - Segala penghasilan pohon menjadi milik kongsi, tidak juga diharuskan jika semua hasil hanya diperuntukkan untuk sebelah pihak sahaja. | 4. Kerja | - Segala kerja mengenai pengurusan pohon akan diberi kuasa sepenuhnya kepada pengurus. | 5. Ijab & Qabul | - Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus. Tetapi ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak Musaqah. |
| | MODUS OPERANDI KONTRAK MUSAQAH5 cadangan operasi dalam mengimplementasi kontrak Musaqah untuk membangunkan tanah wakaf terbiar di Malaysia. | 1. Modal dikumpul daripada orang ramai melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok. | 2. Hanya golongan miskin yang berkeupayaan dari segi fizikal dan mental dipilih oleh pihak berkuasa. | 3. Pihak berkuasa akan menyediakan sebidang tanah dan modal untuk proses penanaman kepada golongan miskin. | 4. Pengusaha akan menguruskan ladang sehingga dapat dikutip dan dijual. | 5. Hasil jualan boleh diagihkan antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan persetujuan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets