Cheatography
https://cheatography.com
Cheat Sheet ini dibuat adalah kerana tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD 2303.
PENGENALANPemilikan bermanfaat merupakan prinsip yang diguna dalam dokumentasi kontrak, termasuk kewangan Islam. | Pemilikan, secara etimologi, dikenali sebagai milkiyyah atau milk, yang merujuk makna pemegangan sesuatu barangan dan kemampuan untuk menggunakannya | Tokoh mazhab al-Shafi‘i, al-Subki berpendapat pemilikan ialah sesuatu yang bersifat maknawi | Pemilikan bermanfaat membolehkan pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki. | Pemilik tersebut ialah seseorang menikmati manfaat daripada sesuatu aset walaupun nama pemilik didaftarkan di atas orang lain | Pemilik harta berhak menguasai zat dan menikmati segala faedah dan manfaat dalam harta yang dimiliki. |
SIFAT PEMILIKANHubungan undang-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda sama ada sesuatu a‘yan | Tujuan utama pengeksklusifan ialah memberikan hak kepada pemilik untuk menggunakan barangan yang dimiliki atau melupuskannya | Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah | Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah |
PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAMProduk-produk yang ditawarkan dalam industri kewangan Islam perlu meletakkan aset sandaran sebagai pendasar untuk melaksanakan sesuatu kontrak | Status pemilikan sesuatu aset hanya dapat ditentukan melalui kontrak yang digunakan. | Dalam praktis kewangan Islam, konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai hampir dalam setiap produk yang ditawarkan. |
| | KAEDAH TARJIH KETIKA TA‘ARUD BAYNTa‘arud yang banyak disebutkan oleh para fuqaha’ ialah ta‘arud antara dalil. Ia merujuk maksud percanggahan antara dua dalil yang tidak boleh diserasikan secara zahir. | Oleh kerana itu, percanggahan yang berlaku sebenarnya bersifat relatif kerana ia bergantung kepada penelitian dan pandangan para fuqaha’. | Asal yang dimaksudkan di sini ialah hukum yang dipakai yang telah sabit sebelum wujudnya bukti zahir | Zahir di sini ialah situasi yang menunjukkan kepada sesuatu perkara yang berlawanan dengan hukum asal |
PEMILIKAN BERMANFAAT ANTARA HUKUM ASAL DAN ZAHIRdari segi hukum asal, pemilik bermanfaat telah memeterai kontrak jual beli dengan sempurna dan pemindahan milik telah berlaku | Namun, apa yang zahir ialah pemilikan undang-undang atau berdaftar masih di bawah nama penjual | Oleh kerana Syariah menetapkan pemindahan milik telah berlaku selepas proses ijab dan qabul dilaksanakan, hukum ini dianggap hukum asal |
KESIMPULANKajian mendapati prinsip pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership berasal daripada undang-undang Inggeris | Oleh itu, pemakaiannya dalam industri kewangan Islam juga hendaklah merujuk konsep yang dikehendaki dalam undang-undang Inggeris berdasarkan prinsip ekuiti | Hal ini disokong lagi dengan beberapa dokumentasi undang-undang perjanjian tersebut, di samping garis panduan Syariah yang dikeluarkan oleh BNM mengiktiraf pemindahan bermanfaat. | Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kewangan Islam lebih terkawal dan stabil dari sudut kepatuhannya terhadap Syariah dan mampu mengharmonikan konflik antara undang-undang dan Syariah. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets