Show Menu
Cheatography

Kontrak Musaqah Dalam Pembangunan Tanah Wakaf Cheat Sheet by

Assignment individual Fiqh Muamalat by Muhammad Khalid Bin Soffian

Implikasi Musaqah Untuk Pemban­gunan Tanah Wakaf

Pendah­uluan
-Wakaf merupakan suatu amalan yang disyar­iatkan oleh Islam kerana dengan amalan wakaf
seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerlukan kepada pertol­ongan selain
daripada menjad­ikannya salah satu ibadat.
-Wakaf juga dikenali sebagai sedekah.
-Berda­sarkan kepada takrifan waqaf harta waqaf ini adalah tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya.

Permas­alahan dan persoalan

1. Apakah jenis pemban­gunan yang boleh dibuat?
2. Daripada manakah dapat diperolehi dana atau pembiayaan untuk memban­gunkan
tanah wakaf?
Jawa­pan
1. Wakaf tidak sahaja perlu bertum­pukan kepada pemban­gunan hartanah malah boleh juga dalam berbentuk kemudahan awam seperti mesin air, kerusi dan meja dan sebaga­inya.
2. Dana boleh diperoleh wang sendiri, ataupun melalui persatuan ataupun permohonan dari pihak kerajaan.

Kontrak musaqah dan wakaf pertanian

-Musaqah iaitu usah­asama pengurusan dalam pertan­ian dan dari segi bahasa bererti saling
menyiram, dari segi syara’ bererti satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon
kepada orang yang menjaga memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.
- satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja pembaikan, pengairan dan perkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdas­arkan hasil tanaman.
 

Rukun Musaqah

1. Kedua pihak yang berkontrak
2. Punca kerja atau Objek Musaqah
3. Buah
4. Kerja
5. Ijab & Qabul

Hukum

- tidak diharu­skan usahasama pengurusan dan mereka menganggap agihan melalui hasil buah sebagai perkara
yang tidak sah kerana bagi mereka, ia merupakan upah melalui hasil buah yang mana dilarang
oleh syara’
-Pendapat mereka berasaskan hadis rasulullah yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengus­ahakan dengan
bercucuk tanam dan tidak ada pembah­agian yang lain sama ada 1/3
ataupun ¼ dan tidak ada hak yang ditent­ukan”

Operasi Musaqah Dalam Pemban­gunan Wakaf Pertanian

 

Operasi Musaqah dalam bangunkan wakaf pertanian

1. Pengum­pulan modal kutipan dari orang ramai melalui saham dan sumbangan.
2. Pihak berkuasa memilih orang miskin yang betul layak dan sihat dari segi fizikal dan mental.
3. Pihak berkuasa menyed­iakan sebidang tanah dan modal kepada orang yang dipilih untuk dibang­unkan tanah itu.
4. Pengusaha mengus­ahakan tanaman dan menjual hasilnya.
5. Hasil jualan diberi mengikut perset­ujuan kontrak yang dibuat.

Hikmah Pensya­riatan Kontrak Musaqah

-Dapat memban­gunkan tanah-­tanah wakaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak majlis agama Islam negeri.
-Bagi memenuhi keperluan manusia dan memudahkan mereka memenuhi kepent­ingan bersama tanpa memuda­ratkan diri sendiri dan orang lain.
-Pengusaha akan lebih rajin dan bersem­angat untuk bekerja kerana jika hasil diperolehi banyak­,maka keuntungan agihannya pon banyak.

Kesimpulan

-Kontrak musaqah ini dapat menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pemban­gunan wakaf di Malaysia.
-Tanah wakaf yang terbiar dapat diopti­mumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan
yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada.
-Dengan musaqah, boleh mengatasi masalah pemban­gunan harta wakaf di Malaysia.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat KFD 2303 Cheat Sheet
          izyanzulkani Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat (KSD 2643) Cheat Sheet