Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT PANDANGAN ISLAM Cheat Sheet by

Tugasan nota individu bagi subjek Fiqh Muamalat

BAHAGIAN PINJAMAN DALAM ISLAM

1) Al-A­riyah (pinja­man)
*Bah­asa : Perpin­dahan
*Ist­ilah : Memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak merosakkan keadaan asal benda itu apabila dipula­ngkan semula kepada pemilik asal.
*Con­toh :- A meminj­amkan keretanya kepada B selama sebulan. Selepas sebulan, B perlu memula­ngkan semula kereta A dalam keadaan yang asal diteri­manya tanpa sebarang kerosakan.
2) Al- Qard (hutang)
*Bah­asa : Potong
*Ist­ilah : Memberi milik sesuatu harta sama ada wang atau benda kepada orang lain dan diganti semula tanpa ada sebarang penamb­ahan.
*Con­toh:- A memberi hutang pada B sebanyak RM10.00 untuk tempoh 2 minggu. Selepas 2 minggu, B memula­ngkan semula hutang dengan nilai yang sama RM10.00 kepada A dan bukan pulangkan wang kertas yang asal.

KONSEP PINJAMAN AL-ARIYAH DAN AL-QARD

i) Konsep Al-Ari­yah
# Pinjaman sesuatu barang bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma.
# Pemimjam tidak bertan­ggu­ngjawab atas sebarang kerosakan kecuali kecuaian berpunca daripada pemimjam sendiri.
# Barang asal pinjaman yang perlu dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan barang gantian.
# Hanya melibatkan barang yang tidak musnah bila digunakan seperti buku, baju dan sebaga­inya.
# Jika barang itu sudah musnah seperti sabun, maka akad pinjaman tidak sah.
ii) Konsep Al-Qard
# Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti.
# Disebut sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa sebarang tambahan.
# Penghutang perlu pulangkan kembali barang pinjaman dalam bentuk gantian bukan bentuk asal.
Pr­insip utama akad Qard adalah ta'a­wun iaitu saling membantu sesama insan untuk ringankan beban golongan yang susah dan memerl­uka­n.­"

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

~ Hutang yang dibuat perlu dicatat untuk memastikan penghutang sedar untuk membayar balik hutang dan rekod pembayaran yang telah dibuat untuk elak penipuan.
~ Dituntut melunaskan semua hutang sebelum mati untuk memudahkan urusan pembah­agian harta pusaka secara faraidh.
~ Hutang adalah hak individu tertentu yang wajib dibayar dalam tempoh yang dijanj­ikan.
~ Tak boleh kenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas kelewatan bayar balik hutang
Se­barang tambahan terhadap wang atau barang yang diberi pinjam dilarang oleh islam kerana dianggap sebagai riba dan haram dari segi hukum syarak­'.­"
 

TUJUAN PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASSAN

- Membantu golongan memerlukan
- Memupuk semangat persau­­daraan dan keprih­­atinan
- Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat
"­A­l­-Qard Al-Hassan adalah pinjaman yang baik atau ikhlas "

DALIL BAGI PINJAMAN Al-ARIYAH

HADIS BAGI PINJAMAN AL-ARIYAH

DALIL BAGI PINJAMAN AL-QARD

HADIS BAGI PINJAMAN AL-QARD

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

# Pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba' dan mengut­amakan kebajikan sosial
# Penghutang hanya perlu bayar wang yang dipinjam tanpa faedah
# Mengut­amakan sikap toleransi dan prihatin penghutang yang boleh beri saguhati kepada pemiutang ketika menjel­askan hutang sebagai tanda terima kasih kerana hulur bantuan dalam keadaan terdesak
Ba­ntuan kepada Asnaf Al-Gha­rimin (golongan yang dibelenggu hutang) layak menerima peruntukan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persek­utuan melalui bahagian baitul mal jika golongan tersebut terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas dan bukan bagi yang berhutang dengan pinjaman tidak berles­en.­"
 

GEJALA CETI HARAM

* Menjal­ankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen yang sah.
* Perkhi­dmatan pinjaman kewangan mengan­dungi unsur riba' dengan dikenakan bunga jika lewat bayar.
* Aktiviti mereka melakukan kekerasan dan ugutan.

LANGKAH PERANGI KEGIATAN CETI HARAM

# Pihak berkuasa mengambil tindakan member­hen­tikan pemberian lesen kepada pemimjam wang berlesen.
# Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran atau khidmat nasihat.
# Masyarakat berusaha besar-­besaran menurunkan iklan ah long di kawasan perumahan.

HUKUM PINJAMAN AL-ARIYAH DAN AL-QARD

Hukum Al-Ari­yah
Hukum Al-Qard
a) Harus
a) Sunat
"Tidak harus beri pinjam jika tahu wang atau barang tersebut digunakan untuk tujuan yang haram atau maksiat kerana boleh dianggap bersubahat dalam aktiviti diharamkan syarak­"

RUKUN PINJAMAN AL-ARIYAH

A) Pemi­mjam
-berakal dan baligh
 
-orang yang dikenali
B) Pemb­eri
-ahli tabarru yang boleh urus harta
pinjam
tersebut
 
-hak milik penuh barang tersebut
 
-bukan paksaan
C) Barang pinjaman
-barang yang dapat diambil manfaatnya
 
-barang yang kekal keadaan
 
asalnya semasa dipinj­amkan
D) Sighah
-ada lafaz ijab qabul yang
 
menunj­ukkan meminjam dan
 
memberi pinjam sebagai
 
tanda setuju

RUKUN PINJAMAN AL-QARD

A) Pemi­utang
-tiada paksaan
 
-ahli tabarru yang memiliki harta itu
 
-tidak gila dan bukan kanak-­kanak
B) Peng­hut­ang
-mampu bayar balik pinjaman
 
-bukan mahjur alaih kerana safih
C) Barang yang
-barang mithliy (boleh dikira)
dihu­tang
-barang yang boleh dipula­ngkan
 
seperti duit
D) Sighah
-lafaz ijab oleh penghutang dan
 
qabul oleh pemiutang
                   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          KSD2643 FIQH MUAMALAT Cheat Sheet