Show Menu
Cheatography

fiqhmuamalatamanda Cheat Sheet by

konsep pinjaman menurut perspektif islam

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG

Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidu­pan.
Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini mengan­jurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana'ah.

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-'ariyah merujuk kepada pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
Al-qard ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.

DEFINISI AL-QARD

Al-Qard bahasa
bermaksud al-qat'u (potong)
Al-Qard isti­lah
merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.
Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam Islam kerana is dianggap sebagai riba atau lebihan yang tidak mempunyai ganti yang dikenakan oleh pemberi pinjaman sementara menunggu bayaran balik.

DALIL LARANGAN RIBA

firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275:
ٱلَّذِينَ يَأۡكُ­لُونَ ٱلرِّب­َوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِي يَتَخَ­بَّطُهُ ٱلشَّي­ۡطَٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّۚ ذَٰلِكَ بِأَنّ­َهُمۡ قَالُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡبَيۡعُ مِثۡلُ ٱلرِّب­َوٰاْۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّب­َوٰاْۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوۡعِظَةٞ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمۡ­رُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِۖ وَمَنۡ عَادَ فَأُوْ­لَٰ­ٓئِكَ أَصۡحَٰبُ ٱلنَّارِۖ هُمۡ فِيهَا خَٰلِد­ُونَ٢٧٥
Terjem­ahan: "­Ora­ng-­orang yang memakan (menga­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­ung­-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­akan: "­Bahawa sesung­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­raman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­ahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­ya."­
 

PRINSIP AL-QARD AL-HASAN

Prinsip muamalah Islam secara jelas mengha­ramkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah.
-kerana pinjaman yang mempunyai faedah mempunyai unsur-­unsur penindasan dan ketida­kadilan sehingga membeb­ankan pihak yang meminjam wang atau berhutang.
al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
-merupakan manife­stasi keprih­atinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan

HUKUM AL-QARD AL-HASAN

Hukum pelaks­anaan Qard hasan adalah sunat

RUKUN AL-QARD

1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)
2. Penghu­tan­g/p­eminjam
3. Barang yang dipinjam
4. Sighah (lafaz ijab dan qabul)

OBJEKTIF PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASAN

Membantu golongan yang memerl­ukan.
Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyar­akat.
Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam.
Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing­-masing untuk membayar kembali hutang tersebut dan merekodkan pembayaran yang dibuat bagi mengel­akkan berlakunya penipuan.
Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipers­etujui atau disyar­atkan di awal kontrak.

BANTUAN KEPADA GOLONGAN ASNAF

Institusi zakat
Fungsi institusi zakat begitu signifikan bagi mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkem­ampuan mengel­uarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik
 

GEJALA CETI HARAM

Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas bert­ent­angan dengan ajaran Islam
kerana mengan­dungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik

KESIMPULAN

Islam merupakan agama yang telah menyed­iakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan mengan­jurkan umatnya bijak mengur­uskan kehidupan temasuk dalam aspek pengurusan kewangan.
Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengak­ibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga menjej­askan kerukunan institusi kekelu­argaan serta mereng­gangkan hubungan persau­daraan dan persah­abatan.
Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersed­erhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurn­iakan oleh Allah atas daya usaha masing­-ma­sing.
Islam telah mensya­riatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membeb­ankan pengguna menerusi prinsip al qard al-hasan.
Pelan pinjaman al-qard al-hasan wajar dikete­ngahkan dan diperl­uaskan lagi pelaks­ana­annya sebagai salah satu asas dalam mengge­rakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          KSD2643 FIQH MUAMALAT Cheat Sheet