Cheatography
https://cheatography.com
Pembelajaran berkaitan Ilmu Fiqh Muamalat
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. |
Agama yang mulia ini menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah (bersederhana) dan mengutamakan sikap qana'ah ( merasa cukup dengan apa yang dimiliki ). |
TERDAPAT 2 KATEGORI PINJAMAN DALAM ISLAM
1) AL-'ARIYAH |
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. |
- Tujuan tersebut adalah bagi penggunaan manfaat barang barang atau harta tersebut secara percuma. |
- Hak pemilikan masih kekal pada pemberi pinjaman. |
- Peminjam tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan @ susut nilai barang tersebut KECUALI kecuaian adalah berpunca dari peminjam sendiri. |
- Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal. |
- Contohnya kereta,telefon bimbit, baju dan buku. |
|
2) AL - QARD |
- Menurut bahasa : Al- Qat'u (potong) |
- Menurut istilah : penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut . |
- Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah ditegah dalam islam kerana ia dianggap sebagai RIBA' atau lebihan yang tidak mempunyai ganti. |
- Orang yang berhutang bertanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa sebarang tambahan harta. |
- Barang yang menjadi objek bagi akad qard ialah wang atau medium lain yang diterima oleh orang ramai. |
- Dikategorikan sebagai akad tabarru' (kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan) kerana manfaat daripada transaksi yang berlaku hanya diperolehi oleh satu pihak sahaja iaitu penghutang. |
LARANGAN RIBA
" Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba' dengan dengan berlipat-lipat ganda dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya." |
Allah swt juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba, sebaliknya mereka diseru agar kembali bertaqwa kepada Allah. |
|
|
Hadis Rasulullah SAW yang menyebut
Prinsip Al - Qard Al - Hassan
: Perkataan al-qard al-hassan bermaksud pinjaman yang baik.
: Merupakan satu manifestasi kprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan kewangan.
: Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
: Justeru, Islam hanya membenarkan transaksi pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba' dan mengutamakan kebajikan dan keadilan sosial yang dikenali sebagai *al-qard al-hassan. |
HUKUM AL-QARD AL-HASSAN
- Hukum perlaksanaan qard hassan adalah sunat berdasarkan hadis Rasulullah SAW dan juga ijmak para fuqaha'. |
- Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW telah bersabda iaitu hukum memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat. |
- Manakala harus bagi seseorang yang berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
- Jelas di sini bahawa Islam merupakan satu agama yang memberi ruang dan jalan penyelesaian terhadap kesulitan. |
- Ia selaras dengan prinsip utama akad qard iaitu ta'awun iaitu saling bantu-membantu diakalangan sesama insan bagi tujuan meringankan beban yang ditanggung oleh orang itu. |
RUKUN AL-QARD
1. Pemiutang (orang yang memberikan pinjaman)
a) Seorang ahli tabarru' yang boleh menguruskan harta dan bukan gila.
b) Tiada unsur paksaan (reda)
2.Penghutang / peminjam
a) Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-kanak.
b) Tiada unsur paksaan (reda).
c) Berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat.
3. Barang yang dipinjam
4. Sighah
- Mestilah mempunyai lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman dan hutang.
Contohnya : "Aku membenarkan engkau meminjam RM 100 dan hendaklah digantikan kembali wang ini." |
|
|
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
1- Membantu golongan yang memerlukan. |
2- Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin melalui pengagihan kekayaan dan sumber dalam masyarakat. |
3- Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
4- Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ihsan dan saling bantu membantu dikalangan umat islam. |
5- Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
6- Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen masing-masing untuk membayar kembali hutang tersebut. |
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang meskipun telah dipersetujui atau disyariatkan di awal kontrak. |
iii) Sebelum sesuatu harta pusaka dibahagikan secara faraid, segala hutang piutang si mati hendaklah dibereskan terlebih dahulu. |
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
Doa Harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW
RUMUSAN
: Islam mengharuskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak. |
: Tabiat gemar berhutang wajar dihindari kerana kesannya mengakibatkan seseorang itu hidup dalam kegusaran, kerisauan dan tertekan sehingga menjejaskan institusi kekeluargaan dan persahabatan. |
: Umat Islam dianjurkan untuk menjalani kehidupan secara bersederhana dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah atas daya usaha masing-masing. |
: Pelan pinjaman al-qard al hassan wajar diketengahkan dan diperluaskan lagi pelaksanaannya sebagai salah satu asas dalam menggerakkan sistem ekonomi Islam yang bebas daripada elemen riba'. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets