Show Menu
Cheatography

KSD2643 FIQH MUAMALAT Cheat Sheet by

NOTA KONSEP PINJAMAN MENURUT PANDANGAN ISLAM MUHAMMAD AMIR HUSEIN BIN MOHD DAHLAN KID190504032

BAHAGIAN PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-A­riy­ah(­pin­jam­an)
Bah­asa : Perpin­­dahan
Ist­ilah : Memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak merosakkan keadaan asal benda itu apabila dipula­­ngkan semula kepada pemilik asal.
Con­toh :- Amir meminj­­amkan bajunya kepada Husein. Jadi, Husein perlu memula­­ngkan semula baju Amir dalam keadaan yang asal diteri­­manya tanpa sebarang kerosakan.
Al- Qard (hutang)
Bah­asa : Potong
Ist­ilah : Memberi milik sesuatu harta sama ada wang atau benda kepada orang lain dan diganti semula tanpa ada sebarang penamb­­ahan.
Con­­toh:- Amir memberi hutang pada Husein sebanyak RM1000.00 untuk tempoh sebulan. Selepas sebulan, Husein perlu memula­­ngkan semula hutang dengan nilai yang sama iaitu RM1000.00 kepada Amir tetapi bukan pulangkan wang kertas yang asal.

KONSEP PINJAMAN AL-ARIYAH DAN AL-QARD

Konsep Al-Ari­­ya­h(p­inj­aman)
> Pinjaman sesuatu barang bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma.
> Peminjam tidak bertan­­gg­u­n­gjawab atas sebarang kerosakan kecuali kecuaian berpunca daripada pemimjam sendiri.
> Barang asal pinjaman yang perlu dipula­­ngkan kepada tuannya dan bukan barang gantian.
> Hanya melibatkan barang yang tidak musnah bila digunakan seperti rumah, baju, kereta dan sebaga­­inya.
> Jika barang itu sudah musnah seperti sabun dan pemadam maka akad pinjaman tidak sah.
Konsep Al-Qar­d(h­uta­ng)
> Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti.
> Disebut sebagai salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa sebarang tambahan.
> Penghutang perlu pulangkan kembali barang pinjaman dalam bentuk gantian bukan bentuk asal.

HUKUM PINJAMAN AL-ARIYAH & AL-QARD

Hukum Al Ariyah
Hukum Al Qard
Sunat
Harus
"Tidak harus beri pinjam jika tahu wang atau barang tersebut digunakan untuk tujuan yang haram atau maksiat kerana boleh dianggap bersubahat dalam aktiviti diharamkan syarak­­"
 

RUKUN PINJAMAN AL-ARIYAH

A) Peminjam
- mestilah orang yang dikenali
- berakal dan baligh
B) Pemberi Pinjam
- bukan secara paksaan
- hak milik sepenuhnya barang itu
- ahli tabarru yang boleh urus harta itu
C) Barang Pinjaman
- barang yang diambil manfaatnya
- barang yang sedia asal semasa diambil tanpa cacat cela
D) Sighah
- ada lafaz ijab qabul

RUKUN PINJAMAN AL-QARD

A) Pemiut­ang
- tiada paksaan
- ahli tabrraru yang memiliki harta itu
- bukan kanak kanak dan beraka­l(tidak gila)
B) Penghu­tang
- mampu untuk bayar semula hutang
- bukan majhur alaih kerana safih
C) Barang yang dihutang
- barang yang boleh dihitung atau dikira­(mi­thliy)
- barang yang boleh dipula­ngkan nilainya seperti duit
D) Sighah
- lafaz ijab dan qabul

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

~ Hutang yang dibuat perlu dicatat untuk memastikan penghutang sedar untuk membayar balik hutang dan rekod pembayaran yang telah dibuat untuk elak penipuan.
~ Dituntut melunaskan semua hutang sebelum mati untuk memudahkan urusan pembah­­agian harta pusaka secara faraidh.
~ Tak boleh kenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas kelewatan bayar balik hutang
~ Hutang adalah hak individu tertentu yang wajib dibayar dalam tempoh yang dijanj­­ikan.
"­S­e­b­arang tambahan terhadap wang atau barang yang diberi pinjam dilarang oleh islam kerana dianggap sebagai riba dan haram dari segi hukum syarak­­'.­­"
 

DALIL BAGI PINJAMAN AL-ARIYAH

DALIL BAGI PINJAMAN AL-QARD

TUJUAN PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASSAN

# Membantu golongan yang memerl­ukan.
# Memupuk semangat keprih­atinan antara satu sama lain dan sifat kesaud­araan.
# Mendapat ganjaran dan pahala berterusan di dunia dan di akhirat.
"­A­­l­­-Qard Al-Hassan adalah pinjaman yang baik atau ikhlas "

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

+ Pemberi hutang dan penghutang mestilah bebas riba' dan mengut­amakan kebajikan sosial.
+ Mement­ingkan sikap toleransi dan prihatin kepada penghutang untuk berikan saguhati untuk pemberi hutang sebagai tanda terima kasih.
+ Penghutang hendaklah membayar hutangnya mengikut nilai asal tanpa faedah atau bunga.

LANGKAH PERANGI KEGIATAN CETI HARAM

^ Pihak berkuasa mestilah ambil tindakan untuk member­hen­tikan pemberian wang hutang tanpa lesen.
^ Pihak kerajaan pula hendaklah melakukan kempen khidmat nasihat dan kesedaran.
^ Masyarakat bekerj­asama untuk menurunkan iklan banner ah long besar besaran di kawasan perumahan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Cheat Sheet