Cheatography
https://cheatography.com
Individual Assignment ✨
Nur Aqilah Izzati binti Kamaruddin (KID190504056)
Diploma Pendidikan Islam (Kelas 1)
Fiqh Muamalat (KSD2643)
TUJUAN BERHUTANG● Untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dengan tujuan untuk memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya. | ● Untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau meluaskan lagi empayar perniagaan. | ● Untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh pihak-pihak tertentu. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM∎ AL-'ARIYAH ∎ (pinjaman) | ↪ Pinjaman sesuatu barangan atau harta kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma. | ↪ Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman. | ↪ Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendiri. | ↪ Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada tuannya dan bukan memulangkan gantian barang. | ↪ Hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan seperti kereta, telefon bimbit, baju dan buku. | ↪ Jika barang itu mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman tidak sah | ∎ AL-QARD ∎ (hutang) | ↪ Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti. | ↪ Disebut sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan. | ↪ Penghutang perlu memulangkan barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan yang asal. |
| | PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG▼ Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. | ▼ Agama Islam menganjurkan umatnya untuk menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. |
DEFINISI AL-QARD1) Bahasa | ➡ Al-qat'u (potong) | 2) Istilah | ➡ Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan | 3) Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN▶ Membantu golongan yang memerlukan. | ▶ Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. | ▶ Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. | ▶ Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam. |
RUKUN AL-QARD1) Pemiutang | ➡ Ahli Tabarru' yang memiliki harta tersebut. | ➡ Tiada unsur paksaan (redha). | ➡ Bukan kanak-kanak dan berakal (tidak gila). | 2) Penghutang | ➡ Bukan mahjur 'alaih kerana safih. | ➡ Berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat. | 3) Barang yang dipinjam | ➡ Barang-barang mithliy (yang mempunyai unit yang serupa di pasar) iaitu yang boleh disukat dan ditimbang. | ➡ Barang-barang yang boleh dipulangkan dengan nilainya seperti duit. | 4) Sighah | ➡ Lafaz ijab dan qabul. |
| | LARANGAN RIBA'◑ Larangan terhadap riba adalah jelas berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275. | ◑ Allah SWT telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-orang yang berjaya. | ◑ Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, orang yang menjadi agen, orang yang mencatat transaksi tersebut serta orang yang menjadi saksi | ◑ Hadith yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi menyatakan bahawa satu dirham riba yang dimakan oleh anak Adam terlalu berat dosanya disisi Allah SWT iaitu melebihi dosa tiga puluh enam kali melakukan maksiat zina. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN◆ Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. | ◆ Keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan. | ◆ Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. | ➡ Dalil pensyariatannya 😊 | (Surah Al-Baqarah, ayat 245) "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." | ➡ Hukum al-Qard al-Hasan 😊 | ◆ Sunat | ◆ Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup | ◆ Tidak Harus sekiranya diketahui bahawa wang tersebut digunakan bagi tujuan haram atau maksiat. |
| | PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG◩ Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing. | ◩ Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang. | ◩ Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh yang dijanjikan. | ◩ Menyelesaikan semua hutang. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN▬ Institusi zakat memainkan peranan yang besar dalam meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang. | ▬ Kriteria yang diberikan perhatian ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas kehidupan. | ▬ Bantuan tidak disalurkan kepada mereka yang berhutang dengan pihak pemberi pinjaman tidak berlesen. |
GEJALA CETI HARAM / AH LONGX Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau lesen tamat tempoh atau lesen digantung. | X Ia bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengandungi unsur riba. | X Terjadinya keganasan serta kekerasan seperti ugutan, tindakan mencederakan peminjam, dan pembunuhan. | Kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memantaunya | ⋙ Memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen. | ⋙ Kempen kesedaran. | ⋙ Khidmat nasihat. | ⋙ Menurunkan iklan ah long di kawasan-kawasan perumahan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets