Cheatography
https://cheatography.com
Cheat Sheet ini merupakan tugasan individu bagi subjek Fiqh Muamalat KFD 2303 yang bertajuk "Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam"
1.0 PENGENALANMenurut Kamus Dewan | Untung membawa maksud hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusahaan,perniagaan yang melebihi modal serta segala perbelanjaan yan berkaitan. | Menurut Kamus Harrap's Dictionary of Business Finance | Untung bermaksud lebihan wang yang diperolehi oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbelanjaan diselesaikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun. |
2.0 UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAMDari segi bahasa | Untung disebut al-ribh yang berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertambahan atau pertumbuhan dalam kegiatan perniagaan. | Dari segi istilah | Lebihan dan pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengeluaran utama iaitu usaha (al-mal) dan modal (ra'su al-mal) |
SURAH AL-BAQARAH (2:16)Majoriti ahli tafsir mereka memberikan takrifan untung berpandukan surah al-Baqarah ayat ke-16 yang bermaksud: "Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak beruntunglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk". |
PANDANGAN AHLI TAFSIRImam al-Tabari | Untung wujud ketika mana berlakunya pertukaran antara harga dengan barangan keluaran sama ada nilai tukaran itu sama ataupun melebihi harga belian tersebut. | Al-Nisaburi | Mendefinisikan perniagaan (al-tijarah) kerana keuntungan wujud di dalamnya. | Al-Qurtubi | Merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengungkapkan ayat yang mengandungi maksud; "kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu". | Imam al-Alusi | Mempunyai pendapat yang sama dengan Al-Nisaburi. | Rashid Rida | Kaedahnya adalah melalui pertukaran iaitu pertukaran antara kedua-dua pihak dengan matmalat mendapatkan keuntungan. |
| | KONSEP & DEFINISI KEUNTUNGANPara Fuqaha' membahagikan keuntungan (al-ribh) kepada dua pengertian: | 1) BAB ZAKAT | Pertambahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat iaitu harta yang berkembang (al-namiyah). | 2) BAB AL-MURABAHAH | Pertambahan ke atas modal dan pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut. |
BAB ZAKATIMAM AL-MAWARDI | Zakat itu wajib ke atas harta yang mampu berkembang melalui usaha atau secara sendirinya. | IBNU QUDAMAH | Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang ialah haiwan ternakan dan buah-buahan dengan syarat cukup nisab dan hawl. | AL-KASANI | Zakat tidak akan diperoleh kecuali dari harta yang berkembang. |
BAB AL-MURABAHAHAL-BAGHDADI | Menyatakan konsep keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbelanjaan tertentu dalam memperoleh keuntungan. | IMAM MALIK | Untung wujud apabila berlaku pengeluaran akad secara lisan meski barang belum dipindahkan ke tempat asalnya. | IBNU KHALDUN | Beliau menyatakan membeli barang dengan harga murah, jual semula dengan harga mahal adalah disebut sebagai untung. |
KRITERIA ASAS DALAM MENDAPATKAN KEUNTUNGANi) Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba. | ii) Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyembunyikan fakta. | iii) Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan. |
3.0 PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN: PENDEKATAN FUQAHA'Apakah bentuk keuntungan dalam pendekatan Fuqaha'? Terdapat dua bentuk keuntungan dalam pendekatan Fuqaha' iaitu yang pertama ialah al-ghabn al-fahisy dan yang kedua pula ialah al-ghabn al-yasir. | Apakah pendekatan dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn al-yasir? Pendekatan yang pertama adalah dengan menggunakan ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan pendekatan yang kedua pula adalah dengan menggunakan ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin). |
| | 3.1 PENDEKATAN PERTAMA: UKURAN YANG TETAPPara ulama' yang membezakan antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn al-yasir dengan menggunakan pendekatan pertama ini berbeza pandangan dalam meletakkan nisbah atau kadar yang tetap. Antaranya ialah: | AL-KHAJNADI DARI GOLONGAN HANAFI | Melihat ghabn al-fahisy pada takat melebihi nisf al-usyur manakala ghabn al-yasir tidak melebihi atau tetap (nilf al-usyur) | IBN YAHYA AL-BAKHI | Al-ghabn pada barang perniagaan nifl al-usyur, pada haiwan al-usyur (satu persepuluh) & pada barangan tak alih sebanyak al-khumus (satu perlima). | GOLONGAN MALIKI | Meletakkan kadar al-thuluth (satu pertiga) atau lebih sebagai al-ghabn al-fahisy. | GOLONGAN SYAFI'I | Al-ghabn al-fahisy berlaku ketika kadar keuntungan yan diambil melebihi al-thuluth (satu pertiga) | GOLONGAN HANBALI | Al-ghabn al-fahisy pada kadar al-thuluth (satu pertiga) atau al-sudus (satu perenam). | AL-MARDAWI | Melebihkannya contohnya al-rubu' (satu perempat). | GOLONGAN AL-IBADIYYAH | Menetapkan kadar al-thuluth (satu pertiga) atau lebih kerana beliau menganggap lebihan yang wujud merupakan al-ghabn al-fahisy. |
3.2 PENDEKATAN KEDUA: UKURAN YANG FLEKSIBELPara ulama' turut berbeza pendapat antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn al-yasir melalui pendekatan yang kedua yang meletakkan kaedah fleksibel. Antaranya ialah: | IBN ABIDIN | Melihat al-ghabn al-fahisy sebagai satu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (al-muqawwim). Namun, keuntungan tersebut akan dianggap sebagai al-ghabn al-fahisy sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir. | SEBAHAGIAN ULAMA' DARI KALANGAN MALIKI | Mereka berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn al-fahisy sama ada pada kadar satu pertiga (1/3) atau lebih. Hal ini kerana, ada yang mengatakan tidak ada had tertentu, tetapi ia disandarkan kepada tradisi atau kebiasaan yang berlaku sesama peniaga. | AL-MARDAWI | Nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al-uruf semasa (kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah tersebut hendaklah sedikit sahaja, supaya pulangan modal dapat diperoleh dengan mudah. |
4.0 KESIMPULANKesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-unsur yang haram seperti riba, ghabn, gharar, dan ihtikar. Oeh itu, umat Islam haruslah berusaha untuk memperoleh keuntungan yang bebas daripada unsur-unsur di atas. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets