Show Menu
Cheatography

kaedah pengukuran keuntungan dari perspektif muamalat islam

Pengenalan

Maksud keuntungan menurut Dewan Bahasa adalah segala hasil atau pendapatan yang diperoleh melebihi daripada modal. Menurut perspektif Islam pula, untung berasal daripada kalimah arab iaitu 'Ribh' atau rabiha yg bermaksud pertam­bahan atau pertum­buhan dalam pernia­gaan. Dari segi istilah bermaksud lebihan dalam aktiviti perniagaan daripada 2 unsur iaitu usaha (al-amal) dan modal (ra'su al-mal). Para fukaha dan ulama membah­askan maksud keuntungan dari potongan ayat ke-16 surah al-Baqarah ' Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak berunt­unglah perniagaan mereka...'. Sebagai contoh Imam al-Tabari berpan­dangan bahawa keuntungan ialah pertukaran barang sama ada nilai pertukaran barang itu sama atau melebihi harga belian barangan itu. Sekiranya
nilai pertukaran itu rendah ia bermaksud rugi manakala sekiranya nilai barang itu tinggi ia bermaksud untung. Pra fuqaha juga berpen­dapat keuntungan mempunyai dua bahagian iaitu bahagian zakat dan bahagian al-Mur­abahah. Zakat dikenakan pada harta yang berkembang misalnya barang perniagaan yang berpotensi untuk mendapat keuntu­ngan. Oleh itu, zakat adalah wajib ke atas barang yang berpotensi untuk berkembang setalah cukup nisab dan haul. Darisegi murabahah pula keuntungan dapat didefi­nasikan 'perta­mbahan ke atas modal setelah ditolak segala perbel­anjaan yang dikelu­arkan'
Antara kriteria yang digariskan atau dititik beratkan oleh islam:
i) Keuntungan bukan berasal daripada riba
ii) Keuntungan bukan daripada unsur penipuan
iii) Keuntungan bukan daripada perbuatan ihtikar
 

Pembah­agian Keuntungan Menurut Fuqaha'

Para Fuqaha' membah­agikan keuntungan kepada dua bahagian iaitu:
1) Ghabn al-Fahisy
2) Ghabn al-Yasir
Para Fuqaha' menggu­nakan dua pendekatan iaitu mereka menggu­nakan ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan yang kedua ialah ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin)

Pendekatan Pertama: Ukuran yang Tetap

Dikemu­kakan oleh sebahagian ulama Hanafi, Maliki, Syafie, Hanbali dan lain-lain. Para ulama berbeza pendapat mengenai pendekatan pertama ini.
i. Al-Kha­jnadi dari golongan Hanafi berpen­dapat bahawa al-ghabn al-fahisy adalah pada takat melebihi nisf al-usyur, manakala ghabn al-yasir pula tidak melebihi nisf al-usyur.
ii. Ibn Yahya al-Balkhi berpen­dapat nisbah pada barangan perniagaan (al-arud) seperti haiwan ialah sebanyak al-usyur (1/10), manakala pada barang tak alih (al-aqar) sebanyak al-khumus (1/5). Golong Maliki meletakkan al-thulus (1/3) atau lebih sebagai ghabn al-fahisy
iii. Golongan Hanbali meletakkan al-Ghabn al-Fahisy pada kadar al-thulus (1/3) atau al-sudus (1/6)
iv. Golongan Syafie melihat ghabn al-fashisy berlaku ketika kadar keuntungan di ambil melebih 1/3
v. Golongan al-Iba­diyyah menetapkan al-thulus (1/3)
 

Pendekatan Kedua: Ukuran Yang Fleksibel

Pandangan ini dikemukan oleh golongan Hanafi pada riwayat yang jelas ( zahir al-riw­ayah), dan juga sebahagian ulama Hanbali. Di antara pandangan mereka ialah:
i. Ibn Abidin ghabn al-fahisy suatu kadar keuntungan yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pentaksir. Kadar yang dibuat melebihi taksiran dianggap sebagai ghabn al-fahisy
ii. Sebahagian ulama dari mazhab Maliki berbeza pandangan dari sudut kadar atau nisbah, iaitu pada kadar 1/3 atau lebih. Ada juga yang menyatakan ia disand­arkan berdas­arkan tradisi atau budaya sesuatu tempat sesama peniaga.
iii. Al-Mardawi pula berpen­dapat nisbah ghabn perlulah berdas­arkan uruf semasa dan sesuai dengan maslah yang dihadapi.

Kesimpulan

Secara keselu­ruhan, dapat disimp­ulkan bahawa konsep dalam untung dalam islam seperti yang dibahaskan oleh para fuqaha' begitu jelas di mana para peniaga boleh menjad­ikannya sebagai panduan dalam menentukan kadar dan nisbah keuntungan yang munasabah. Nisbah yang ditetapkan bukan sahaja mering­ankan beban para pembeli, malah dapat mengek­alkan kelang­sungan perniagaan peniaga atau firma sekiranya kriter­ia-­kri­teria yang dikemukan diikuti sepenu­hnya. Keuntungan dalam ekonomi konven­sional dan islam sentiasa berubah dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan manusia. Cuma bezanya keuntungan di dalam Islam berlan­daskan syarak dan membawa keadilan kepada manusia. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah keuntungan yang berlan­daskan syarak bebas daripada unsur-­unsur haram seperti riba, ghabn, ghara, dan ikhtikar. Oleh itu, umat islam perlulah berusaha untuk mengel­akkan daripada unsur-­unsur haram.
           
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet