Show Menu
Cheatography

Cheat Sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD2303.

PENGEN­ALA­N/D­EFINISI

Perkataan untung menurut Kamus Dewan membawa maksud hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusa­haan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan.
Menurut kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance, untung bermaksud lebihan wang yang diperolehi oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam suatu tempoh pengiraan sesuatu akaun.
Dalam bahasa Indonesia pula, perkataan untung sinonim dengan perkataan laba dan dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai profit.

DEFINISI UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Perkataan untung dalam Bahasa Arab disebut al-ribh, berasal daripada kata dasar rabiha yang bermaksud pertam­bahan atau pertum­buhan dalam kegiatan pernia­gaan.
Dari segi istilah, al-ribh mempunyai pengertian yang berbeza. Menurut bahasa Arab, untung adalah lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur pengel­uaran utama iaitu usaha (al-'amal) dan modal (ra’su al-mal).

DALIL DAN PANDANGAN ULAMA MENGENAI TAKRIFAN UNTUNG

“Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak berunt­unglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”. (Surah Al-Baqarah : 16).
Imam al-Tabari berpan­dangan keuntungan daripada para peniaga ialah pertukaran daripada suatu barangan yang dimiliki sama ada nilai pertukaran itu sama atau melebihi harga belian barangan tersebut. Keuntungan barang perniagaan pula ialah hasil daripada pertukaran harta, iaitu apabila ia terpisah milik dengan cara akad jual beli.
Al-Nis­aburi menjel­askan bahawa keuntungan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendap­atkan lebihan melalui modal (tahsil al-ziyadah ala ra’s al-mal).
Menurut al-Qurtubi pula, maksud untung perniagaan dalam surah al-Baqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengun­gkapkan ayat rabaha baicuka yang bermaksud ‘berun­tunglah perniagaan kamu’ atau khasarat safaqtuka yang bermaksud ‘rugilah transaksi kamu’. Kedua-dua ungkapan ini mengan­dungi maksud; “kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu”.
Imam al-Alusi berpan­dangan keuntungan adalah usaha untuk mendap­atkan lebihan modal melalui modal atau tahsil al-ziyadah ala ra’s al-mal.
Rashid Rida pula berpen­dapat kaedahnya adalah melalui pertukaran (mu'aw­adah), iaitu pertukaran antara kedua-dua pihak dengan matlamat mendap­atkan keuntu­ngan.
 

AL-MUD­ARABAH

Konsep keuntungan dalam bab Al - Mudarabah :
Suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal.
Penubuhan sesebuah syarikat al-mud­arabah adalah untuk memperoleh keuntu­ngan.

PANDANGAN ULAMA'­/FU­QAHA' DALAM KONSEP KEUNTUNGAN

AL - BAGHDADI
Konsep keuntungan secara jelas dengan menyatakan “sesun­gguhnya keuntungan itu adalah lebihan ke atas modal”.
IMAM MALIK
Imam Malik berpen­dapat bahawa untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak.
IBNU QUDAMAH
Ibnu Qudamah pula mengis­til­ahkan untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak mengha­silkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung.
DR. MUHAMMAD SALAH
Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat di mana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli.
ABDUL RAHMAN BIN KHALDUN AL-MAG­HRIBI (IBN KHALDUN)
Untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.
KHURSHID AHMAD DAN MUHAMMAD NEJATULLAH SIDDIQI
Untung sebagai apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas, dengan syarat undang­-undang negara, peranc­angan dan polisinya atau kawala­n-k­awalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengel­uaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempen­garuhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran.
 

BAHAGI­AN-­BAH­AGIAN AL-RIBH (KEUNT­UNGAN)

Al-Ribh terbahagi kepada dua pengertian iaitu zakat dan Al-Mur­abahah.
1) zakat - Pertam­bahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat.
2) Al-Mur­abahah - Pertam­bahan ke atas modal setelah ditolak segala perbel­anjaan yang dikelu­arkan dalam memperoleh lebihan tersebut.

ZAKAT

Dalam Islam, kewajipan zakat (harta) hanya dikenakan ke atas harta yang berkembang (al-na­miyah).
Imam al-Mawardi menyatakan bahawa zakat itu wajib ke atas harta yang berpotensi untuk berkembang sama ada menerusi usaha atau berkembang dengan sendir­inya.
Ibn Qudamah menghu­raikan harta yang berpotensi untuk berkembang antaranya adalah barangan perniagaan berpotensi untuk mendapat keuntu­ngan, haiwan ternakan berkem­ung­kinan untuk berkembang dan juga buah-b­uahan dengan syarat cukup hawldan nisab untuk setiap jenis.
Menurut al-Kasani, maksud zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkem­bang.

AL-MUR­ABAHAH

Dalam bab al-mur­abahah, keuntungan (al-ribh) mempunyai dua penger­tian.
Pertama : “Perta­mbahan ke atas modal”.
Kedua : “Perta­mbahan ke atas modal setelah ditolak segala perbel­anjaan yang dikelu­arkan dalam memperoleh lebihan tersebut”.

KRITERIA KEUNTUNGAN YANG DIGARISKAN OLEH ISLAM

i. Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba.
ii. Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyem­bun­yikan fakta .
iii. Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan.
Keuntungan bukan daripada perbuatan al-Iht­ikar.

PEMBAH­AGIAN KEUNTU­NGAN: PENDEKATAN FUQAHA’

Mereka juga turut membah­agikan keuntungan kepada dua bentuk, pertama, al-ghabn al-fahisy dan kedua al-ghabn alyasir. Namun begitu, terdapat dua pendekatan di mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dengan al-ghabn alyasir. Pendekatan pertama mereka menggu­nakan ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan pendekatan kedua menggu­nakan ukuran yang fleksibel (al-mi`yar al-marin).

PENDEKATAN PERTAMA: UKURAN YANG TETAP

ULAMA'­/MAZHAB
Al-Kha­jnadi dari golongan HanafI
Ibn Yahya al-Balkhi
Golongan Syafi' i
AL-GHABN AL-FAHISY
Pada takat melebihi nisf al- usyur.
Keuntungan yang melebihi ketentuan ini ;- pada barang, nisf al-usyur - pada haiwan, 1/10-pada barang tak alih,1/5
Berlaku ketika mana kadar keuntungan yang diambil adalah melebihi al-thuluth ataupun satu pertig­a(1/3).
AL-GHABN AL-YASIR
Tidak melebihi (nisf al- usyur) atau tepat pada kadar nilf al- usyur
-
-

PENDEKATAN KEDUA : UKURAN YANG FLEKSIBEL

Ibn Abidin melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (almuq­awwim) 51. Dalam hal ini, sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka keuntungan tersebuat akan dianggap al-ghabn alfahisy.
Sebahagian ulama’ dari kalangan Maliki pula memberikan pilihan sekiranya berlaku al-ghabn alfahisy. Mereka hanya berbeza pandangan dalam penetapan kadar al-ghabn tersebut sama ada pada kadar satu pertiga (1/3) atau lebih.
Al-Mardawi pula berpen­dapat bahawa nisbah al-ghabn atau keuntungan perlu mengambil kira al- uruf semasa (kebia­saan) dan berses­uaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah tersebut hendaklah sedikit sahaja, supaya pulangan modal dapat diperoleh dengan mudah.

KESIMPULAN

Islam sangat menegaskan dalam konsep keuntungan supaya masyarakat Muslim lebih peka dan tidak melanggar patuh syariah seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar. Oleh yang demikian, masyarakat Islam sewajarnya lebih peka dan menyokong konsep keuntungan yang patuh syariah bukannya konven­sional.
           
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Mohammed Syafiq Hidayat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Teori Pemilikan Dalam Islam Cheat Sheet