Show Menu
Cheatography

Mohammed Syafiq Hidayat Cheat Sheet by

NOTA FIQH MUAMALAT KONSEP PINJAMAN MENURUT PRESEKTIF ISLAM MOHAMMED SYAFIQ HIDAYAT BIN GHAZALI KID190504026

Pengenalan

Sudah menjadi lumrah manusia mendam­bakan kehidupan yang serba mewah dengan berkereta besar, mendiami rumah yang dilengkapi dengan perabot dan kemudahan yang serba canggih dan eksklusif. Perkara sudah tentunya melibatkan peminjaman wang yang besar semata ingin bermegah dan selesa.

Pandangan Islam Mengenai Amalan Berhutang

Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan.
Hal ini akan, wujud sikap segelintir anggota masyarakat yang memben­arkan tabiat berhutang menguasai kehidupan mereka sehingga membawa kemuda­ratan bukan sahaja kepada diri sendiri malah ahli keluarga.
Di samping itu, budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana agama yang mulia ini mengan­jurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana'ah.

Konsep Pinjaman Dalam Islam

Al-A'riyah
Al-Qard
Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma.
Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau boleh diganti mengikut bilangan.
Hak pemili­kan- Kekal pada pemberi pinjaman.
Orang arab menyeb­utnya salaf iaitu iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan
Peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada pemimjam sendiri.
Ia akan memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal
Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikemb­alikan dalam keadaan asal.
Sebagai contoh: penghutang tidak harus memula­ngkang barangan yang sama kepada pemiutang
 

Definisi Al-Qard

Sudut bahasa: al-qat'u (potong)
Sudut istilah: penyerahan sesuatu barang daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama nilai dengannya.
Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarru'.
Kontrak yang berasakan konsep kebajikan.

Larangan Riba

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275:
وَأَ­حَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksud­nya­:"Allah telah mengha­­lalkan berjua­­l-beli (berniaga) dan mengha­­ramkan riba''
Allah SWT juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-­orang yang berjaya.

Fatwa Pengha­raman Riba

Kadar faedah yang dikenakan dalam semua bentuk aspek pinjaman adalah riba

Prinsip Al-Qadr Al-Hasan

Bermaksud al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
Selain itu, ia merupakan satu kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan kewangan.
Dalil Pensya­ria­tan
Firman Allah dalam surah al-Hadid, ayat 11

Hukum Al-Qard Al-Hasan

Sunat
Memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan dalam kesempitan atau kesusahan

Rukun Al-Qard

1. Pemiutang: orang yang memberikan pinjaman
2. Penghu­tang: peminjam
3. Barang yang dipinjam: barang­-barang yang sah diberi pinjam
4. Sighah: lafaz ijab dan qabul yang membawa maksud pemberian pinjaman dan hutang
 

Objektif Pelaks­anaan Al-Qard Al-Hasan

1. Membantu golongan yang memerlukan
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya
3. Memupuk semangat persau­daraan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam
4. Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara
5. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat

Instrumen Penjana Sosio Ekonomi Ummah

Antara agensi yang menawarkan skim pinjaman secara qard hasan ialah Amanah Ikhtiar Malaysia
Prinsip qard hasan juga digunakan secara meluas dalam skim pajak gadai Islam al-rahnu di Malaysia
Selain itu, terdapat juga beberapa institusi kewangan dan koperasi di Malaysia yang menawarkan skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah

Prinsip Umum Berhutang

1. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman
3. Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh yang ditetapkan

Bantuan Kepada Asnaf Al-Gha­rimin

Pusat zakat memainkan peranan penting dalam hal ini untuk mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf al-gha­rimin.
Hal demikian kerana, golongan seperti ini tidak mampu untuk berhutang dan jikalau mereka berhutang sekalipun mereka tidak terdaya untuk membay­arnya pada tempoh yang diberikan.

Kesimpulan

Islam merupakan agama yang telah menyed­iakan hamparan jalan kehidupan yang syumul.
Islam telah mensya­riatkan instrumen pemberian pinjaman kewangan yang tidak membeb­ankan pengguna menerusi prinsip alqard al-hasan.
               
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Saiyidah Ibrahim Cheat Sheet
          Jua FiqhMuamalat Cheat Sheet