Konsep Wasiat
Definisi Wasiat adalah satu akad atau kontrak yang didedikasikan semasa hayat pemilik harta untuk memindahmilikkan hartanya kepada pewaris yang hanya berkuatkuasa selepas kematiannya. |
Subjek kepada wasiat ini boleh berupa ‘ayn (corpus) atau manfaat (usufruct).
Wasiat Sebagai Instrumen Perancangan Harta
Wasiat merupakan instrument perancang harta, ia merupakan sebahagian daripada sistem perwarisan Islam di samping faraid, hibah, wakaf, dan sebagainya. Seseorang yang beragama Islam diharuskan untuk berwasiat kepada sesiapa yang dikehendaki, termasuk dalam kalangan keluarganya yang bukan Islam dengan syarat kadar wasiat itu tidak melebihi satu pertiga nilai harta bersihnya. |
Prodesur Wasiat
Malaysia mengunakan undang-undang bagi wasiat adalah mengikut hukum syarak. Manakala orang bukan Islam mengunakan Undang-Undang Sivil bagi urusan wasiat. Terdapat tiga negeri yang mempunya undang-undang khusus mengenai wasian iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. |
|
|
Pembentukan Wasit
Permohonan |
Borang Permohonan Wasiat (Borang A) serta melampirkan dokumen sokongan seperti maklumat pewasiat, maklumat penerima wasiat, maklumat saksi, maklumat harta yang hendak diwasiatkan, maklumat hutang (sekiranya ada) dan arahan pewasiat. |
Dokumen Sokongan dan Saksi |
Permohonan perlu disertakan beberapa dokumen sokongan iaitu salinan sah dokumen pengenalan diri bagi pewasiat, waris, dua orang saksi; dan dokumen hak milik, sijil saham, sijil simpanan tetap berkaitan. |
Pendaftaran |
Maklumat yang terkandung di dalam Daftar Wasiat iaitu rekod mengenai sesuatu wasiat sama ada fail pewasiat masih dalam proses semakan, pewasiat telah menandatangani wasiat atau fail pewasiat telah ditutup. |
Penyediaan Dokumen Wasiat Bertulis |
Dokumen Wasiat Bertulis dengan maklumat-maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, pengakuan pewasiat yang melantik MAIS sebagai wasi dan pemegang amanah kepada harta pusaka pewasiat serta senarai serta butirbutir harta pewasiat. |
Penyimpanan |
Dokumen Wasiat Bertulis hendaklah dibuat dalam dua salinan, untuk simpanan MAIS dan pewasiat. Dokumen Wasiat Bertulis yang telah ditandatangani oleh pewasiat dan saksi-saksi akan disimpan di dalam peti besi. |
Pindaan atau Pembatalan Wasiat |
Dalam tempoh selepas wasiat itu dibuat sehingga hari kematiannya, pewasiat mempunyai hak untuk membatalkan wasiat tersebut, sama ada melibatkan keseluruhan atau sebahagian daripadanya. |
Pengemaskinian Status Pewasiat |
Bagi memastikan pewasiat masih hidup, pihak MAIS akan merekod setiap maklumat daripada pewasiat, dalam bentuk bertulis atau lisan. Maklumat tersebut direkod setiap tempoh 3 hingga 6 bulan sekali. |
|
|
Pelaksanaan Wasiat
Penerimaan Maklumat Kematian Pewasiat |
Pihak waris, ahli keluarga atau saksi perlulah memberitahu kepada pihak MAIS dengan mengemukakan sijil kematian pewasiat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. |
Pembacaan Wasiat |
Pembacaan dokumen wasiat bertulis dilakukan di hadapan penerima wasiat, waris-waris, dan saksi-saksi mengikut tempat yang dipersetujui bersama. MAIS perlu dimaklumkan oleh waris jumlah sebenar harta pewasiat. |
Siasatan |
Siasatan dilakukan merangkumi siasatan kepada benefisiari, waris dan harta pewasiat. Siasatan bukan sahaja tertumpu kepada harta pewasiat, tetapi ia juga melibatkan mengenai hutang-hutang pewasiat kepada pemiutang dan hutang penghutang kepada pewasiat. |
Penilaian Harta |
Tujuan penilaian harta pewasiat adalah mendapatkan nilai sebenar harta wasiat, merangkumi harta tak alih dan harta alih. |
Pengesahan Wasiat |
Jika berlaku percanggahan atau pertikaian berkenaan kesahihan maklumat dalam Borang Wasiat Bertulis, maka pihak penerima wasiat, waris-waris, dan saksisaksi boleh mengemukakan permohonan melalui saman dan penyata tuntutan di Mahkamah Syariah. |
Pelaksanaan Wasiat |
MAIS hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka si mati atau sebagai pemegang amanah manamana amanah. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets