Show Menu
Cheatography

Implimentasi Kontrak Musaqoh Untuk Pembangunan Tanah Wakaf Terbiar Dalam Menjana Ekonomi Sektor Pertanian Di Malaysia. - Amirul Azmeer Bin Nazaruddin / KID190504010 / DPI / SEM 3 / KELAS 1

PENGENALAN

1) Wakaf merupakan suatu amalan yang disyar­iatkan oleh islam kerana dengan berwakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan.
2) Menurut mazhab imam nawawi wakaf bererti terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta tersebut.
3) Harta wakaf ini tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat islam secara amnya.
4) Oleh itu, satu pendekatan baru yang ditemui oleh Majlis Wakaf Malaysia bagi menjal­ankan usaha yang baik untuk memban­gunkan tanah wakaf yang terbiar dengan memper­ken­alkan konsep Musa­qah dalam pertanian di Malaysia.

KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN

1) Musaqah dari segi bahasa: saling menyiram.
2) Dari segi syara': satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.

PERMAS­ALAHAN KAJIAN

1) Apakah jenis pemban­gunan yang boleh dibuat ?
2) Daripada manakah dapat diperolehi dana atau pembiayaan untuk memban­gunkan tanah wakaf ?
- Persoalan yang dibang­kitkan ini telah menimb­ulkan tanda tanya kerana peratusan pemban­gunan tanah wakaf di Malaysia adalah pada tahap yang kurang memuaskan
 

RUKUN MUSAQAH

1) Dua pihak yang berkon­trak: kontrak yang dibuat diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu'amalah harta.
2) Objek Musaqah: Imam Syafie mensya­riatkan buat kurma dan anggur.
3) Buah: yang penting dalam syarat ini ialah segala pengha­silan pohon menjadi milik kongsi, namun tidak juga diharuskan jika semua hasil hana diperu­ntukkan untuk sebelah pihak sahaja.
4) Kerja: disyar­iatkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5) Ijab dan Qabul: ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus. Ulama Syafie berpen­dapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak musaqah. Jika digunakan juga maka kontrak tersebut tidak sah.

DALIL

yang bermaksud: "Maka terang­kanlah kepadaku tentang yang kamu tanam, kamukah yang menumb­uhk­annya atau kamikah yang menumb­uhk­ann­ya?­" (Al-Wa­qiah: 63-64)

HUKUM

- Majoriti Ulama iaitu termasuk Imam Malik, Al-Syafie mengha­ruskan akad kontrak ini. Mankala Abu Hanifah dan Zufar berpen­dapat bahawa musaqah tidak diperb­olehkan sama sekali. Majoriti ulama yang membol­ehkan akad ini adalah berlan­daskan kepada hadis Raslullah s.a.w yang bermaksud:
"Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­iannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
 

MODUS OPERANDI KONTRAK MUSAQAH

- Dalam Pemban­gunan Wakaf Pertanian hukum serta penjelasan kontrak musaqah dalam aktiviti wakaf pertanian.
- Ia dapat dirumuskan ialah dengan pemben­tukan idea tentang operasi wakaf pertanian itu sendiri yang berlan­daskan kontrak musaqah.

HIKMAH

1) Dapat memban­gunkan tanah-­tanah wakaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak majlis agama islam negeri.
2) Pengusaha akan lebih rajin dan bersem­angat untuk bekerja kerana jika hasil diperolehi banyak, maka keuntungan agihannya pon banyak.

KESIMPULAN

- Kontrak Musaqah dapat mengatasi masalah pemban­gunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya menjana ekonomi umat islam serta pemban­gunan sosial ummah yang lebih baik pada masa akan datang.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Analisis Pemilikan Bermanfaat dalam Kewangan Islam Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat KFD 2303 Cheat Sheet
          izyanzulkani Cheat Sheet