Cheatography
https://cheatography.com
ahmad syukri
kid 190504002
kelas 2
semester 3
diploma pendidikan islam
PENDAHULUAN
Manusia pada era kini telah bekerja untuk mencapai keselesaan hidup dan telah menjadi lumrah manusia untuk mendambakan kehidupan yang mewah seperti anak raja dan sebagainya. Walau bagaimanapun, tidak semua yang orang bekerja keras dapat merasakan nikmat syurga dunia ini meski sudah berhempas pulas dalam mengecapi impiannya. Ini semua kerana takdir yang telah diatur oleh Allah yang Maha Mengetahui kerana di dunia ini tidak ada yang kebetulan melainkan berbetulan kerana Allah telah mengaturkan rezeki yang terbaik untuk setiap hambanya. |
LARANGAN RIBA
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
Maksud: Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba
(Al-Baqarah:275)
Orang tidak memakan riba terdiri daripada orang-orang yang berjaya.
Rasulullah juga melaknat orang yang memakan riba dan seangkatan dengannya.
Dosa bagi orang yang memakan riba amatlah berat disisi Allah. |
FATWA PENGHARAMAN RIBA
Semua ahli fatwa telah bersepakat bahawa setiap penambahan atau faedah keatas semua bentuk pinjaman adalah riba dan haram. |
KESIMPULAN
Islam telah mengajar bahawa amalan berhutang tidak digalakkan kerana terdapat unsur riba jika tidak mengikut cara yang betul. Hal ini juga boleh menyebabkan keruntuhan akhlak dalam diri seseorang dan perkara ini perlu dibendung dan selesaikan dengan cara yang betul mengikut hukum syarak. |
|
|
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
1) Amalan berhutang tidak digalakkan dalam Islam kerana memudaratkan diri sendiri dan juga ahli keluarga.
2) Amalan berhutang amat ditegah kerana agama Islam menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah dan mengutamakan sikap qana'ah. |
PRINSIP DAN HUKUM Al-QARD AL-HASAN
Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
Hukum melaksanakan al-qard al-hasan adalah sunat. |
RUKUN AL-QARD
1) Pemberi pinjam
2) Barang yang dipinjam
3) Peminjam
4) Sighah |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASSAN
1) Membantu golongan yang memerlukan.
2) Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara.
3) Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
4) Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat.
5) Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
|
|
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
AL-'ARIYAH |
AL-QARD |
Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. |
Pinjaman yang melibatkan pemidahan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan. |
Hak pemilikan masih kekal pada pemberi pinjam. |
Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik tanpa syarat keuntungan. |
Pemberi pinjam tidak bertanggungjawab jika ada kerosakan pada barang disebabkan kecuaian peminjam. |
Kesan transaksi ini wujudlah hutang daripada pemberi hutang dan penghutang. |
Pinjaman 'ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan. |
Penghutang mestilah memulangkan barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan asal. |
INSTRUMEN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
1) Telah dilaksanakan di Malaysia untuk meringankan beban golongan yang terdesak.
2) Prinsip al-qard al-hasan telah digunakan secara meluas dalam ar-rahnu.
3) Skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji dan umrah. |
|
|
DEFINISI AL-QARD
Bahasa: al-qat'u (potong)
Istilah: penyerahan suatu barang dengan syarat barang tersebut sama nilai tanpa sebarang tambahan apabila dipulangkan.
Kategori: akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan konsep kebajikan. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
1) Semua hutang hendaklah ditulis.
2) Tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada peminjam.
3) Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan.
4) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh tertentu. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
Institusi zakat mainkan peranan yang besar bagi mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dengan cara golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan, |
GEJALA CETI HARAM
Kegiatan ceti haram atau ah long ialah bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus struktur pinjaman dan pembayaran balik. Hal ini sering dikaitkan dengan keganasan serta kekerasan apabila tidak dapat bayar balik dan banyak berlaku keruntuhan rumahtangga dan perpecahan keluarga. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets