Show Menu
Cheatography

sitiaishahzinee Cheat Sheet by

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

PENDAH­ULUAN
Islam merupakan agama syumul yang turut memberi perhatian terhadap permas­alahan ekonomi ummah khususnya berkaitan kemiskinan dan kekurangan sumber pendap­ata­n.T­erdapat pelbagai mekanisme seperti zakat,­sed­eka­h,wakaf dan kaedah bantuan pinjaman (Qard al-Hasan) kebajikan dan perbankan islam.

DEFINISI AL-QARD

~Dari sudut bahasa ialah pinjaman yang baik atau al-qat­'u(­potong)
~Dari sudut istilah ialah pemilikan sesuatu barang kepada orang lain pada masa tertentu dengan syarat barang tertentu perlu dipula­ngkan kepada pemiliknya selepas tamat tempoh tanpa sebarang bayaran tambahan.

LARANGAN RIBA'

وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا
ا Terjem­­ahan: Padahal Allah telah mengha­­lalkan berjua­­l-beli (berniaga) dan mengha­­ramkan riba. (Surah Al-Baq­­ar­a­h­:275) Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi. Dosa melakukan riba adalah berat di sisi Allah SWT. FATWA PENGHA­­RAMAN RIBA Semua telah bersepakat bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas semua bentuk pinjaman adalah riba dan haram.

AL-QARD AL-HASAN DALAM SOSIO-­EKONOMI

1) Skim pembiayaan secara mikrok­­redit
2) Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu
3) Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah
4) Skim dalam himpunan kontrak dan sukuk
 

PINJAMAN AI-QARD

DALIL AL-QARD
مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَ­اعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُؤن " Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipa­tga­ndakan balasannya dengan bergan­da-­ganda banyaknya? dan (ingat­lah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada­Nyalah kamu semua dikemb­ali­kan­" (Al-Ba­qar­ah:245)
 
HUKUM AL QARD
Hukum asal bagi pemberi hutang adalah harus namun ianya boleh berubah bergantung kepada keadaan.
1.HARAM : Jika pemberi hutang mengetahui hutang tersebut digunakan untuk tujuan haram seperti membeli barang­-barang yang diharamkan atau untuk tujuan yang diharam seperti judi.
2.MAKRUH : Jika pemberi hutang mengetahui hutang yang diberikan kepada hutang adalah bertujuan untuk perkara yang tidak bermanfaat seperti menunj­uk-­nunjuk.
3. WAJIB : Jika pemberi hutang mengetahui penghutang amat memerlukan hutang tersebut bagi tujuan menampung kehidu­pannya.

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-'a­riya merujuk kepada pinjaman melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan boleh dikemb­­alikan dalam keadaan asal. Sekiranya barang tersebut barang yang mudah musnah atau susut nilai maka akad pinjaman tidak sah.
Al-qard merujuk kepada pinjaman yang melibatkan peminjam dikehe­­ndaki memula­­ngkan kembali nilai yang sama dan bukan memula­­ngkan wang kertas yang asal.
 

RUKUN AL-QARD

1) Pemi­utang (orang yang memberi pinjaman)
2) Peng­h­ut­­ang­­/p­e­m­in­jam
3) Barang yang dipinjam
4) Sighah (Lafaz ijab dan qabul)

SYARAT AL-QARD (HUTANG)

- Kadar hutang diketahui nilai,­tim­bangan bilang­anu­kuran dan tempoh berhutang
-Mestilah dari satu jenis barangan yang tidak bercampur dengan jenis lain
-Tiada tambahan bayaran sama ada melebihi tempoh berhutang atau tidak
-Tidak disyar­atkan keuntungan oleh penghutang kepada pemberi hutang apabila hutang berjaya dibayar

PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASAN

1.Membantu golongan yang memerl­­ukan.
2.Mera­patkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
3.Meng­uk­­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
4.Mend­ap­­atkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.

KESIMPULAN

Dalam konteks Malaysia kaedah Qard Al-Hasan turut diperk­enalkan dalam sistem kewangan Islam melalui beberapa produk dan skim pajak gadai dan sukuk mendorong ke arah pemban­gunan ekonomi. Sistem ekonomi Islam adalah sistem yang sempurna bersum­berkan al-Quran dan al-Sunnah yang berter­askan akidah­,sy­ari­ah,­akhlak dan ilmu untuk menjamin keseja­hteraan sosial. Pinjaman atau Al-Qard dalam islam merupakan satu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu-­mem­ban­tu,­suk­arela dan belas kasihan kepada individu yang memerl­ukan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          izyanzulkani Cheat Sheet