Cheatography
https://cheatography.com
cheat sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu subjek Fiqh Muamalat
KFD2303
pengenalan
pemilikan bermanfaat membolehkan pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki |
dari segi istilah:pemilikan boleh ditakrifkan berdasarkan 3 bentuk pemahaman iaitu: |
1.pemilikan sebagai satu sifat undang-undang bagi sesuatu benda yang mempunyai kesan |
|
2.pemilikan sebagai satu hubungan undang-undang antara pemilik dan hartanya |
|
3.pemilikan didefinisikan berdasarkan kesan perundangan terhadap harta yang dimilikinya |
Ibn al-Humam dan Ibn Nujaym daripada mazhab hanafi |
Pemilikan sebagai satu kuasa undang-undang yang diberikan secara asal kepada seseorang yang membenarkannya untuk gunakannya |
sebahagian ulama' hanafiyyah |
satu hubungan undang-undang antara seseorang dengan sesuatu benda yang memberinya kebebasan mutlak untuk gunakannya dan ia bersifat eksklusif iaitu menafikan orang lain daripada harta tersebut |
secara amnya,pemilikan pada asasnya dapat dirumuskan merujuk 4 sifat iaitu: |
1.Hubungan undang-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda sama ada sesutu aset ketara atau aset tidak ketara |
|
2.Tujuan utama pengekslusifian ialah memberikan hak kepada pemilik untuk menggunakan barangan yang dimiliki atau melupuskannya |
|
3.Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barang yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah |
|
4.Kemampuan untuk menggunakan dan melupuskan boleh muncul secara primer dan juga sekunder melalui kontrak |
Pemilikan bermanfaat antara hukum asal dan zahir
Hukum asal |
Bukti zahir |
Pemindahan milik berlaku selepas ijab dan qabul- Bukti sokongan: |
Tiada pendaftaran nama pemilikan dalam surat.Liabiliti menanggung risiko sekiranya rumah tersebut rosak sebelum dipindah milik secara rasmi melalui pendaftran |
-Terdapat dokumentasi undang-undang perjanjian jual beli |
-implikasi kontrak wujud,iaitu kemampuan pembeli menjual pada bank dan kemampuan bank menjual pada pembeli |
-Sekiranya pembayaran penuh telah dibuat,ia diiktiraf oleh undang-undang ekuiti |
-Sekiranya tiada pembayaran penuh dibuat,pembeli mempunyai hak dari segi undang-undang |
|
|
Pemilikan bermanfaat dalam undang-undang
Asal usul konsep pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership kembali kepada sejarah trust law(undang-undang amanah) pada kurun ke-12 hingga ke-13M yang muncul daripada prinsip ekuiti |
Ekuiti merupakan cabaran undang-undang yang ditadbir di bawah Mahkamah Chancery sebelum penggubalan Akta Kehakiman 1873 |
Perkataan beneficial yang merujuk manfaat seseorang dan merupakan terma yang diguna pakai dalam hal yang berkaitan tanah sebagai beneficial interest dan kepada seseorang pemilik sebagai benefcial owner |
Kini ekuiti buknan sebahagian undang-undang tapi merupakan satu prinsip moral yang bersifat fleksibel terhadap kejumudan undang-undang yang tidak memusnahkan undang-undang sebaliknya membantu undang-undang mencapai keadilan |
Tujuan utama ialah membuat perbezaan antara hak dan kuasa seseorang yang memegang harta untuk manfaat sendiri dan seseorang yang pegang harta untuk kegunaan dan manfaat orang lain |
Penggunaan konsep pemilikan bermanfaat di Malaysia ialah disebabkan oleh kekangan undang-undang sedia ada |
Pembentukan amanah ialah konsep penting bagi prinsip ekuiti yang berpegang pada keadilan kesaksamaan dan kebenaran |
Kamus undang-undang Black's Law menyatakan pemilik bermanfaat ialah seseorang yang diiktiraf dalam ekuiti sebagai pemilik sesuatu benda kerana penggunaan title menjadi kepunyaan beliau,meskipun milik undang-undang mungkin di bawah kepunyaan orang lain terutamanya seseorang yang mana harta miliknya dipegang secara amanah |
|
|
Pemilikan bermanfaat dalam kewangan islam
Dalam praktis kewangan Islam,konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai dalam setiap produk yang ditawarkan |
Dalam perbankan Islam pula,produk dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan tutut tidak terkecuali mengguna pakai konsep pemilikan bermanfaat |
Sebahagaian mereka mengiktiraf pemilikan bermanfaat sebagai pemilikan sebenar,manakala sebahagian yang lain menolak pemilikan ini di sisi syariah |
Antara badan yang mengiktiraf ialah Jawatankuasa Syariah Bank Al-Rajhi,Arab dimana mereka mengatakan aset yang dibeli dari seseorang kemudian djual pada pihak ketiga tetapi dalam masa yang sama aset masih diletakkan pada penjual pertama atas dasar kelebihan cukai yang wujud.Pada transaksi pertama,nama Bank Al-Rajhi akan didokumentasikan dan disahkan oleh badan berautoriti |
syarat bagi melaksanakan transaksi tersebut antaranya: |
1.Transaksi itu tidak dianggap sebagai satu bentuk penipuan dalam negara tersebut |
|
2.Kaedah ini merupakan satu bentuk penyelesaian undang-undang atau jalan keluar yang memberi manfaat pada pihak yang terlibat |
AAOIFI juga turut menyebut mengenai isu pemilikan bermanfaat dalam konsep pembiayaan murabahah li al-amir bi al-shira' |
Mengikut standard(8/5/4),bank dibenarkan untuk menunda pendaftaran atas nama pelanggan sebagai cagaran bagi pembayaran yang dibuat secra tangguh. |
Tetapi,bank masih perlu mengemukakan dokumen yang menunjukkan aset tersebut merupakan milik pelanggan |
Kedua-dua keputusan yang dikeluarkan oleh badan berautoriti tersebut mengiktiraf pemilikan aset seseorang walaupun namanya tidak didaftarkan keatas aset |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets