Show Menu
Cheatography

Pemilikan Bermanfaat Dalam Kewangan Islam Cheat Sheet by

cheat sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD2303

pengenalan

pemilikan bermanfaat membol­ehkan pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki
dari segi istila­h:p­emi­likan boleh ditakr­ifkan berdas­arkan 3 bentuk pemahaman iaitu:
1.pemi­likan sebagai satu sifat undang­-undang bagi sesuatu benda yang mempunyai kesan
 
2.pemi­likan sebagai satu hubungan undang­-undang antara pemilik dan hartanya
 
3.pemi­likan didefi­nisikan berdas­arkan kesan perund­angan terhadap harta yang dimili­kinya
Ibn al-Humam dan Ibn Nujaym daripada mazhab hanafi
Pemilikan sebagai satu kuasa undang­-undang yang diberikan secara asal kepada seseorang yang memben­ark­annya untuk gunakannya
sebahagian ulama' hanafiyyah
satu hubungan undang­-undang antara seseorang dengan sesuatu benda yang memberinya kebebasan mutlak untuk gunakannya dan ia bersifat eksklusif iaitu menafikan orang lain daripada harta tersebut
secara amnya,­pem­ilikan pada asasnya dapat dirumuskan merujuk 4 sifat iaitu:
1.Hubungan undang­-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda sama ada sesutu aset ketara atau aset tidak ketara
 
2.Tujuan utama pengek­slu­sifian ialah memberikan hak kepada pemilik untuk menggu­nakan barangan yang dimiliki atau melupu­skannya
 
3.Kema­mpuan untuk mengguna dan melupuskan barang yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah
 
4.Kema­mpuan untuk menggu­nakan dan melupuskan boleh muncul secara primer dan juga sekunder melalui kontrak

Pemilikan bermanfaat antara hukum asal dan zahir

Hukum asal
Bukti zahir
Pemindahan milik berlaku selepas ijab dan qabul- Bukti sokongan:
Tiada pendaf­taran nama pemilikan dalam surat.L­ia­biliti menanggung risiko sekiranya rumah tersebut rosak sebelum dipindah milik secara rasmi melalui pendaftran
-Terdapat dokume­ntasi undang­-undang perjanjian jual beli
-implikasi kontrak wujud,­iaitu kemampuan pembeli menjual pada bank dan kemampuan bank menjual pada pembeli
-Sekiranya pembayaran penuh telah dibuat,ia diiktiraf oleh undang­-undang ekuiti
-Sekiranya tiada pembayaran penuh dibuat­,pe­mbeli mempunyai hak dari segi undang­-undang
 

Pemilikan bermanfaat dalam undang­-undang

Asal usul konsep pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership kembali kepada sejarah trust law(un­dan­g-u­ndang amanah) pada kurun ke-12 hingga ke-13M yang muncul daripada prinsip ekuiti
Ekuiti merupakan cabaran undang­-undang yang ditadbir di bawah Mahkamah Chancery sebelum penggu­balan Akta Kehakiman 1873
Perkataan beneficial yang merujuk manfaat seseorang dan merupakan terma yang diguna pakai dalam hal yang berkaitan tanah sebagai beneficial interest dan kepada seseorang pemilik sebagai benefcial owner
Kini ekuiti buknan sebahagian undang­-undang tapi merupakan satu prinsip moral yang bersifat fleksibel terhadap kejumudan undang­-undang yang tidak memusn­ahkan undang­-undang sebaliknya membantu undang­-undang mencapai keadilan
Tujuan utama ialah membuat perbezaan antara hak dan kuasa seseorang yang memegang harta untuk manfaat sendiri dan seseorang yang pegang harta untuk kegunaan dan manfaat orang lain
Penggunaan konsep pemilikan bermanfaat di Malaysia ialah disebabkan oleh kekangan undang­-undang sedia ada
Pemben­tukan amanah ialah konsep penting bagi prinsip ekuiti yang berpegang pada keadilan kesaks­amaan dan kebenaran
Kamus undang­-undang Black's Law menyatakan pemilik bermanfaat ialah seseorang yang diiktiraf dalam ekuiti sebagai pemilik sesuatu benda kerana penggunaan title menjadi kepunyaan beliau­,me­skipun milik undang­-undang mungkin di bawah kepunyaan orang lain teruta­manya seseorang yang mana harta miliknya dipegang secara amanah
 

Pemilikan bermanfaat dalam kewangan islam

Dalam praktis kewangan Islam,­konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai dalam setiap produk yang ditawarkan
Dalam perbankan Islam pula,p­roduk dalam pembiayaan perumahan dan kenderaan tutut tidak terkecuali mengguna pakai konsep pemilikan bermanfaat
Sebaha­gaian mereka mengik­tiraf pemilikan bermanfaat sebagai pemilikan sebena­r,m­anakala sebahagian yang lain menolak pemilikan ini di sisi syariah
Antara badan yang mengik­tiraf ialah Jawata­nkuasa Syariah Bank Al-Raj­hi,Arab dimana mereka mengatakan aset yang dibeli dari seseorang kemudian djual pada pihak ketiga tetapi dalam masa yang sama aset masih diletakkan pada penjual pertama atas dasar kelebihan cukai yang wujud.Pada transaksi pertam­a,nama Bank Al-Rajhi akan didoku­men­tasikan dan disahkan oleh badan beraut­oriti
syarat bagi melaks­anakan transaksi tersebut antaranya:
1.Tran­saksi itu tidak dianggap sebagai satu bentuk penipuan dalam negara tersebut
 
2.Kaedah ini merupakan satu bentuk penyel­esaian undang­-undang atau jalan keluar yang memberi manfaat pada pihak yang terlibat
AAOIFI juga turut menyebut mengenai isu pemilikan bermanfaat dalam konsep pembiayaan murabahah li al-amir bi al-shira'
Mengikut standa­rd(­8/5­/4)­,bank dibenarkan untuk menunda pendaf­taran atas nama pelanggan sebagai cagaran bagi pembayaran yang dibuat secra tangguh.
Tetapi­,bank masih perlu mengem­ukakan dokumen yang menunj­ukkan aset tersebut merupakan milik pelanggan
Kedua-dua keputusan yang dikelu­arkan oleh badan beraut­oriti tersebut mengik­tiraf pemilikan aset seseorang walaupun namanya tidak didaft­arkan keatas aset
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet