Show Menu
Cheatography

najwayunus01 Cheat Sheet by

Assignment Individu Fiqh Muamalat Sem 3 "KONTRAK MUSAQAH UNTUK PEMBANGUNAN TANAH WAKAF TERBIAR"

1. PENDAH­ULUAN

Wakaf merupakan suatu amalan yang disyar­iatkan oleh Islam kerana dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerlukan kepada pertol­ongan selain daripada menjad­ikannya salah satu ibadat.

MENURUT IMAM SYAFI'I
Wakaf dikenali sebagai sedekah muhramat.
MENURUT AHLI-AHLI FUQAHA (IMAM NAWAWI)
Wakaf ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta tersebut.
MENURUT IMAM SYARBINI DAN IMAM RAMLI
Wakaf ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan daripada harta tersebut dengan mengekakan zat serta hilang pengawasan terhadap harta itu di atas tindakan yang diharu­skan.
MENURUT IMAM SARKHASI DARI MAZHAB HANAFI
Wakaf ini ialah tertahan pemilikan harta daripada orang lain.
MENURUT MUHAMMAD HASAN DAN ABU YUSUF
Wakaf ini ialah tertahan sesuatu harta atas pemilikan Allah dan bertukar manfaatnya ke atas orang yang menyuk­ainya (sesiapa saja boleh menggu­nakan).

KESI­MPU­LAN­NYA
Harta wakaf adalah tertahan daripada sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya.

TUJUAN
Mendek­atkan diri kepada Allah SWT.

PEND­EKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK PERTAN­IAN

> Musaqah iaitu usahasama pengurusan dalam pertanian.
> Bahasa : Saling menyiram.
> Syara' : Satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.
> Dalam erti kata lain : Satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-­kerja pembaikan, pengairan dan perkar­a-p­erkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdas­arkan hasil tanaman.

Penduduk Madinah menamakan musaqah sebagai 'Al-Mu­'am­alat'.

HUKUM PELAKS­ANAAN KONTRAK MUSAQAH

> Majoriti Ulama (imam Malik, al-Sya­fi'e, al-Tsauri, Abu Yusuf, Muhammad bin Hassan, Ahmad dan Daud) meng­HAR­USkan akad kontrak ini.

Menurut riwayat di bawah yang berasal dari Bukhari dan Muslim telah meriwa­yatkan hadis yang bermaksud :
Bahawa lalu mereka meminta agar Nabi s.a.w. diizinkan tinggal di Khaibar, dan mereka bersedia untuk menggarap tanahnya, dengan balasan separuh dari hasil buahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda : "­Bai­klah, kami mengiz­inkan kamu tinggal padanya dengan syarat tersebut selama kami menyuk­ain­ya". Maka mereka pun tinggal di Khaibar hingga di usir dari Khaibar oleh Khalifah Umar r.a."
 

DARIPADA IMAM ABU HANIFAH DAN ZUFAR

Musaqah tidak diperb­olehkan sama sekali. Mereka menganggap agihan melalui hasil buah sebagai perkara yang tidak sah kerana bagi mereka, ia merupakan upah melalui hasil buah yang mana dilarang oleh syara'. Pendapat mereka berasakan hadis Rasulu­lllah s.a.w. yang bermaksud,
"Se­siapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengus­ahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembah­agian yang lain sama ada 1/3 ataupun 1/4 dan tidak ada hak yang ditent­uka­n."

KELE­BIHAN MUSAQAH PERTAN­IAN

1. Dapat mewujudkan persek­itaran kerja yang harmoni.
2. Dapat memupuk semangat ingin bekerja di kalangan golongan miskin.
3. Dapat mengel­uarkan golongan ini daripada kancah kemiskinan yang melarat.

MATLAMAT WAKAF DARI SUDUT EKONOMI

> Dengan mengur­angkan kadar kemiskinan dan dapat membantu golongan miskin untuk meneruskan kehidupan seharian.

RUKUN MUSAQAH TERBAHAGI KEPADA 5

i) Kedua Pihak Yang Berkon­trak
Kontrak yang dibuat oleh seseorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah. Syaratnya mesti berakal dan baligh.
ii) Punca Kerja/­Objek Musaqah
a. Imam Syafi'e mensya­ratkan buah kurma dan anggur.
 
b. Ulama' Hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengur­usnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan.
 
c. Imam Malik berpen­dapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaitun dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat.
iii) Buah
Pendapat terkuat bagi ulama' Syafi'e (Mazhab Hanbali) iaitu kontrak musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak.
iv) Kerja
Disyar­atkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. Dengan kata lain, segala kerja sepenuhnya mengenai pengurusan pohon.
v) Ijab dan Qabul
Ungkapan boleh dibuat oleh pemilik atau pengurus.
 

MODUS OPERANDI DALAM WAKAF PERTAN­IAN

1. Pengum­pulan modal dibuat daripada orang ramai (kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok))
2. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeu­payaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaks­anakan kerja tersebut.
3. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyed­iakan modal sebidang tanah untuk dibang­unkan oleh golongan miskin dan menyed­iakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak.
4. Pengusaha akan mengur­uskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun dan membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual.
5. Bila buah sudah masak dan boleh dijual maka, hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdas­arkan kepada perset­ujuan yang dipers­etujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40 ataupun 70-30 peratus.

KESI­MPU­LAN

1. Dengan pengenalan wakaf pertanian yang berasaskan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pemban­gunan wakaf di Malaysia.

2. Tanah wakaf yang terbiar dapat diopti­mumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada.

3. Harta wakaf semakin bertimbun dan penyel­esaian kepada harta wakaf ini masih lagi tidak dapat diatasi.

Dengan pengenalan konsep ini, secara tidak langsung boleh mengatasi masalah pemban­gunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat Islam serta pemban­gunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Studying Cheat Sheet