Cheatography
                https://cheatography.com
            
        
        
    
                   
                            
    
                    Cheat Sheet ini dibuat adalah kerana tugasan individu subjek Fiqh Muamalat KFD 2303.
                    
                 
                    
        
        
            
    
        
                            
        
                
        
            
                                
            
                
                                                | PENGENALAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Pemilikan bermanfaat merupakan prinsip yang diguna dalam dokumentasi kontrak, termasuk kewangan Islam. |  
                                                                                            | Pemilikan, secara etimologi, dikenali sebagai milkiyyah atau milk, yang merujuk makna pemegangan sesuatu barangan dan kemampuan untuk menggunakannya |  
                                                                                            | Tokoh mazhab al-Shafi‘i, al-Subki berpendapat pemilikan ialah sesuatu yang bersifat maknawi |  
                                                                                            | Pemilikan bermanfaat membolehkan pemiliknya melakukan transaksi tertentu terhadap aset yang dimiliki. |  
                                                                                            | Pemilik tersebut ialah seseorang menikmati manfaat daripada sesuatu aset walaupun nama pemilik didaftarkan di atas orang lain |  
                                                                                            | Pemilik harta berhak menguasai zat dan menikmati segala faedah dan manfaat dalam harta yang dimiliki. |  SIFAT PEMILIKAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Hubungan undang-undang dan eksklusif antara seseorang dengan sesuatu benda sama ada sesuatu a‘yan |  
                                                                                            | Tujuan utama pengeksklusifan ialah memberikan hak kepada pemilik untuk menggunakan barangan yang dimiliki atau melupuskannya |  
                                                                                            | Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah |  
                                                                                            | Kemampuan untuk mengguna dan melupuskan barangan yang dimiliki boleh terhalang dengan sebab halangan yang sah |  PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM KEWANGAN ISLAM
                        
                                                                                    
                                                                                            | Produk-produk yang ditawarkan dalam industri kewangan Islam perlu meletakkan aset sandaran sebagai pendasar untuk melaksanakan sesuatu kontrak |  
                                                                                            | Status pemilikan sesuatu aset hanya dapat ditentukan melalui kontrak yang digunakan. |  
                                                                                            | Dalam praktis kewangan Islam, konsep pemilikan bermanfaat telah diguna pakai hampir dalam setiap produk yang ditawarkan. |  |  | KAEDAH TARJIH KETIKA TA‘ARUD BAYN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Ta‘arud yang banyak disebutkan oleh para fuqaha’ ialah ta‘arud antara dalil. Ia merujuk maksud percanggahan antara dua dalil yang tidak boleh diserasikan secara zahir. |  
                                                                                            | Oleh kerana itu, percanggahan yang berlaku sebenarnya bersifat relatif kerana ia bergantung kepada penelitian dan pandangan para fuqaha’. |  
                                                                                            | Asal yang dimaksudkan di sini ialah hukum yang dipakai yang telah sabit sebelum wujudnya bukti zahir |  
                                                                                            | Zahir di sini ialah situasi yang menunjukkan kepada sesuatu perkara yang berlawanan dengan hukum asal |  PEMILIKAN BERMANFAAT ANTARA HUKUM ASAL DAN ZAHIR
                        
                                                                                    
                                                                                            | dari segi hukum asal, pemilik bermanfaat telah memeterai kontrak jual beli dengan sempurna dan pemindahan milik telah berlaku |  
                                                                                            | Namun, apa yang zahir ialah pemilikan undang-undang atau berdaftar masih di bawah nama penjual |  
                                                                                            | Oleh kerana Syariah menetapkan pemindahan milik telah berlaku selepas proses ijab dan qabul dilaksanakan, hukum ini dianggap hukum asal |  KESIMPULAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Kajian mendapati prinsip pemilikan bermanfaat atau beneficial ownership berasal daripada undang-undang Inggeris |  
                                                                                            | Oleh itu, pemakaiannya dalam industri kewangan Islam juga hendaklah merujuk konsep yang dikehendaki dalam undang-undang Inggeris berdasarkan prinsip ekuiti |  
                                                                                            | Hal ini disokong lagi dengan beberapa dokumentasi undang-undang perjanjian tersebut, di samping garis panduan Syariah yang dikeluarkan oleh BNM mengiktiraf pemindahan bermanfaat. |  
                                                                                            | Ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan kewangan Islam lebih terkawal dan stabil dari sudut kepatuhannya terhadap Syariah dan mampu mengharmonikan konflik antara undang-undang dan Syariah. |  | 
            
                            
            
            
        
        
        
        
        
            
    
        
          
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets