Show Menu
Cheatography

FIqh Muamalat - Murabahah 2021 Cheat Sheet by

Aplikasi Akad Tambahan Dalam Produk Pembiayaan Perbankan Islam

PENDAH­ULUAN

Murabahah adalah jualan barangan dengan harga yang telah ditetapkan di pasaran dengan tambahan keuntungan yang diketahui.

PENSYA­RIATAN MURABAHAH

Firma Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah 2:198, Ertinya: “Tidak ada dosa bagimu untuk mencari kurniaan (rezeki hasil pernia­gaan) dari Tuhanmu. Apabila kamu bertolak dari Arafah hendaklah kamu memban­yakkan zikrullah di Masy'aril haram (Mudza­lifah) dan berzik­irlah kepada-Nya (Allah) sebaga­imana yang ditunj­ukkan kepada kamu, walaupun sebelum itu kamu termasuk golongan orang yang sesat.”

RUKUN MURABAHAH

sighah (lafaz tawaran dan peneri­maan).
membentuk akad.
terdiri daripada penjual (tawaran) dan pembeli (pener­imaan)

MEKANISME MURABAHAH DI MALAYSIA

deposit atau down payment sebanyak 10% daripada nilai aset yang dikehe­ndaki.
mendap­atkan bank untuk membiayai lebihan 90% daripada aset
bank akan meneliti permohonan pelanggan, menyemak rekod hutang pelanggan, jenama kereta dan jenis atau lokasi rumah, umur pelanggan
bank akan melantik pelanggan sebagai wakilnya untuk berurusan dengan pihak penjua
setelah sah pemilikan bank atas kereta atau rumah secara ‘milik manfaat’, maka bank akan menjual aset tersebut dengan harga mark up

KONTRAK MURABAHAH DI BANK ISLAM MALAYSIA (BIMB)

Deposit Komoditi Murabahah dan al-Bai' Bithaman Ajil merupakan produk yang paling popular
empat syarat Syariah asas untuk murabahah iaitu aset/k­omoditi hendaklah tersed­ia/­wujud, hendaklah mempunyai pemilikan aset/k­omoditi fizikal atau konstr­uktif, harga pembelian hendaklah diketahui dan tanpa syarat terhadap sebarang peristiwa masa depan dan harga tidak boleh diubah setelah ditetapkan

PENUTUP

kontrak Murabahah dengan mengam­bilkira penggunaan akad tambahan menyeb­abkan wujudnya kesan negatif di dalam pengurusan kontrak berkenaan sama ada terhadap pengguna mahupun bagi pihak bank.
 

MURABAHAH DALAM PERSPEKTIF FIQH

Istilah al-Mur­abahah lahir daripada usaha pengelasan jenis-­jenis jual beli dalam proses perbankan Islam. Antara pengelasan yang digunakan adalah dengan merujuk kepada harga barang yang dijual dan diband­ingkan dengan harga modal asal barang tersebut.

HUKUM

hadis mengga­mbarkan keharusan jual beli, antaranya dari Abdullah bin Umar r.a., dimana seorang lelaki bercerita kepada Rasulullah s.a.w. bahawa dia ditipu orang dalam hal jual beli. Maka sabda Baginda, “Apabila engkau berjual beli, maka kataka­nlah: Tidak boleh ada tipuan.

SYARAT MURABAHAH

-keunt­ungan yang ditambah pada kos hendaklah dimakl­umkan kepada pembeli
- pihak pembeli boleh membat­alkan kontrak jika berlaku kekeliruan dalam menentukan kadar sebenar kos.
- kos modal sebenar hendaklah dinyatakan kepada pembeli ketika akad.
- barangan yang dibeli secara murabahah dengan tangguhan serahan mestilah bukan daripada barangan atau perkara yang berkaitan dengan riba
- kontrak jual beli pertama di antara penjual dengan pembekal barangan adalah sah di sisi syara

AKAD TAMBAHAN

kafalah
jaminan kepada orangnya
Wa’ad
Pernyataan oleh seseorang tentang sesuatu tindakan yang akan dilakukan pada masa hadapan
Wakalah
menugaskan orang lain melakukan kerjanya dalam mengen­dalikan perkara yang diharuskan oleh syara

Bai’ Bithaman Ajil di Bank Islam Malaysia Berhad

ada satu harta untuk dicaga­rkan.
mempunyai akad untuk disebut harga .
menggu­nakan BFR (Base Financing Rate).
BBA tidak bercampur dengan unsur lain seperti unsur bai’ al-Inah yang hanya tertumpu kepada kad kredit sahaja tetapi mengan­dungi prinsip muamalah yang lain.
n BBA mematuhi kehendak syariah sepenu­hnya.
       
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet