Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT PANDANGAN ISLAM Cheat Sheet by

Tugasan nota individu bagi subjek Fiqh Muamalat

BAHAGIAN PINJAMAN DALAM ISLAM

1) Al-Ariyah (pinjaman)
*Bahasa : Perpin­dahan
*Istilah : Memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak merosakkan keadaan asal benda itu apabila dipula­ngkan semula kepada pemilik asal.
*Contoh :- A meminj­amkan keretanya kepada B selama sebulan. Selepas sebulan, B perlu memula­ngkan semula kereta A dalam keadaan yang asal diteri­manya tanpa sebarang kerosakan.
2) Al- Qard (hutang)
*Bahasa : Potong
*Istilah : Memberi milik sesuatu harta sama ada wang atau benda kepada orang lain dan diganti semula tanpa ada sebarang penamb­ahan.
*Contoh:- A memberi hutang pada B sebanyak RM10.00 untuk tempoh 2 minggu. Selepas 2 minggu, B memula­ngkan semula hutang dengan nilai yang sama RM10.00 kepada A dan bukan pulangkan wang kertas yang asal.

KONSEP PINJAMAN AL-ARIYAH DAN AL-QARD

i) Konsep Al-Ariyah
# Pinjaman sesuatu barang bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma.
# Pemimjam tidak bertan­ggu­ngjawab atas sebarang kerosakan kecuali kecuaian berpunca daripada pemimjam sendiri.
# Barang asal pinjaman yang perlu dipula­ngkan kepada tuannya dan bukan barang gantian.
# Hanya melibatkan barang yang tidak musnah bila digunakan seperti buku, baju dan sebaga­inya.
# Jika barang itu sudah musnah seperti sabun, maka akad pinjaman tidak sah.
ii) Konsep Al-Qard
# Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti.
# Disebut sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa sebarang tambahan.
# Penghutang perlu pulangkan kembali barang pinjaman dalam bentuk gantian bukan bentuk asal.
"Prinsip utama akad Qard adalah ta'awun iaitu saling membantu sesama insan untuk ringankan beban golongan yang susah dan memerl­ukan."

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

~ Hutang yang dibuat perlu dicatat untuk memastikan penghutang sedar untuk membayar balik hutang dan rekod pembayaran yang telah dibuat untuk elak penipuan.
~ Dituntut melunaskan semua hutang sebelum mati untuk memudahkan urusan pembah­agian harta pusaka secara faraidh.
~ Hutang adalah hak individu tertentu yang wajib dibayar dalam tempoh yang dijanj­ikan.
~ Tak boleh kenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas kelewatan bayar balik hutang
"Sebarang tambahan terhadap wang atau barang yang diberi pinjam dilarang oleh islam kerana dianggap sebagai riba dan haram dari segi hukum syarak'."
 

DALIL BAGI PINJAMAN Al-ARIYAH

HADIS BAGI PINJAMAN AL-ARIYAH

DALIL BAGI PINJAMAN AL-QARD

HADIS BAGI PINJAMAN AL-QARD

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

# Pemberian hutang atau pinjaman wang yang bebas daripada unsur riba' dan mengut­amakan kebajikan sosial
# Penghutang hanya perlu bayar wang yang dipinjam tanpa faedah
# Mengut­amakan sikap toleransi dan prihatin penghutang yang boleh beri saguhati kepada pemiutang ketika menjel­askan hutang sebagai tanda terima kasih kerana hulur bantuan dalam keadaan terdesak
"Bantuan kepada Asnaf Al-Gha­rimin (golongan yang dibelenggu hutang) layak menerima peruntukan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persek­utuan melalui bahagian baitul mal jika golongan tersebut terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas dan bukan bagi yang berhutang dengan pinjaman tidak berlesen."

TUJUAN PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASSAN

- Membantu golongan memerlukan
- Memupuk semangat persau­­daraan dan keprih­­atinan
- Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat
"­­Al­­-Qard Al-Hassan adalah pinjaman yang baik atau ikhlas "
 

HUKUM PINJAMAN AL-ARIYAH DAN AL-QARD

Hukum Al-Ariyah
Hukum Al-Qard
a) Harus
a) Sunat
"­Tidak harus beri pinjam jika tahu wang atau barang tersebut digunakan untuk tujuan yang haram atau maksiat kerana boleh dianggap bersubahat dalam aktiviti diharamkan syarak­"

RUKUN PINJAMAN AL-ARIYAH

A) Pemimjam
-berakal dan baligh
 
-orang yang dikenali
B) Pemberi
-ahli tabarru yang boleh urus harta
pinjam
tersebut
 
-hak milik penuh barang tersebut
 
-bukan paksaan
C) Barang pinjaman
-barang yang dapat diambil manfaatnya
 
-barang yang kekal keadaan
 
asalnya semasa dipinj­amkan
D) Sighah
-ada lafaz ijab qabul yang
 
menunj­ukkan meminjam dan
 
memberi pinjam sebagai
 
tanda setuju

RUKUN PINJAMAN AL-QARD

A) Pemiutang
-tiada paksaan
 
-ahli tabarru yang memiliki harta itu
 
-tidak gila dan bukan kanak-­kanak
B) Penghutang
-mampu bayar balik pinjaman
 
-bukan mahjur alaih kerana safih
C) Barang yang
-barang mithliy (boleh dikira)
dihutang
-barang yang boleh dipula­ngkan
 
seperti duit
D) Sighah
-lafaz ijab oleh penghutang dan
 
qabul oleh pemiutang

GEJALA CETI HARAM

* Menjal­ankan perniagaan pinjaman wang tanpa lesen yang sah.
* Perkhi­dmatan pinjaman kewangan mengan­dungi unsur riba' dengan dikenakan bunga jika lewat bayar.
* Aktiviti mereka melakukan kekerasan dan ugutan.

LANGKAH PERANGI KEGIATAN CETI HARAM

# Pihak berkuasa mengambil tindakan member­hen­tikan pemberian lesen kepada pemimjam wang berlesen.
# Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran atau khidmat nasihat.
# Masyarakat berusaha besar-­besaran menurunkan iklan ah long di kawasan perumahan.
                   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          KSD2643 FIQH MUAMALAT Cheat Sheet