Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT ISLAM Cheat Sheet by

Fiqh Mualamalat MARSAH

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG

1. Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersed­erhana dan mengut­amakan sikap qana'ah.
2. Berhutang memberi kesan yang buruk kepada diri dan ahli keluarga.
3. Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada tabiat berhutang seperti berikut:
"Ya Allah, aku mohon perlin­dun­ganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, aku mohon perlin­dun­ganMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku mohon perlin­dun­ganMu dari sifat pengecut dan kedekut, dan aku mohon perlin­dun­ganMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang"

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-­'Ar­iyah
Al-Qa­rd
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
- Pinjaman yang melibatkan pemin­dahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.

DEFINISI AL-QARD

❥ Dari segi bahasa :
Al-qat'u (potong).
❥ Dari segi istilah :
Merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penamb­ahan.
❥ Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah dianggap sebagai riba atau lebi­han.
Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebaji­kan.
 

DALIL LARANGAN RIBA

❥ Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275:
الَّذِينَ يَأْكُ­لُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَ­بَّطُهُ الشَّي­ْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنّ­َهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْ­لَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
"­Ora­ng-­orang yang memakan (menga­mbil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuy­ung­-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengat­akan: "­Bahawa sesung­guhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah mengha­lalkan berjua­l-beli (berniaga) dan mengha­ramkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengha­raman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terser­ahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamn­ya."­

PRINSIP DAN HUKUM Al-QARD AL-HASAN

Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
❥ Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
❥ Hukum pelaks­anaan qard hasan adalah sunat.

RUKUN AL-QARD

1. Pemiutang
3. Barang yang dipinjam
2. Penghu­­ta­n­g­/p­­eminjam
4. Sighah

OBJEKTIF PELAKS­­ANAAN AL-QARD AL-HASSAN

❥ Membantu golongan yang memerl­ukan.
❥ Menguk­uhkan sektor sosio ekonomi negara.
❥ Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.
❥ Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.
❥ Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.
 

AL-QARD AL-HASAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH

❥ Amanah Ikhtiar Malaysia.
❥ Skim pajak gadai Islam atau Al-Rahnu.
❥ Skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji dan umrah.

PRINSI­­P-­P­R­INSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

❥ Setiap hutang hendaklah ditulis bagi merekod pembayaran yang dibuat dan mengel­­akkan penipuan.
❥ Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan.
❥ Kepent­ingan menyel­esaikan semua hutang turut disyar­atkan dalam perwar­isan.
❥ Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­­ngkan dalam tempoh tertentu.

BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHA­RIMIN

Inst­itusi zakat
- Fungsi institusi zakat bagi mewujudkan keseim­bangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkem­ampuan mengel­uarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.

GEJALA CETI HARAM

❥ Kegiatan ceti haram atau ah long ialah berten­­tangan dengan ajaran Islam meng­a­ndungi unsur riba dengan meng­e­nakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus struktur pinjaman dan pembayaran balik.
❥ Dikaitkan dengan keganasan seperti ugutan, pembun­­uhan, tindakan menced­­erakan dan sebaga­­inya.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          PERANCANGAN KEWANGAN ISLAM : KFD2543 Cheat Sheet
          izyanzulkani Cheat Sheet