Cheatography
https://cheatography.com
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
1. Budaya suka berhutang sebegini amat ditegah oleh Islam kerana umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. |
2. Berhutang memberi kesan yang buruk kepada diri dan ahli keluarga. |
3. Rasulullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada tabiat berhutang seperti berikut: "Ya Allah, aku mohon perlindunganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, aku mohon perlindunganMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku mohon perlindunganMu dari sifat pengecut dan kedekut, dan aku mohon perlindunganMu daripada cengkaman hutang dan penindasan orang"
|
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
Al-'Ariyah |
Al-Qard |
- Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. |
- Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan. |
DEFINISI AL-QARD
❥ Dari segi bahasa : • Al-qat'u (potong).
|
❥ Dari segi istilah : • Merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan.
|
❥ Sebarang tambahan terhadap barang atau wang yang diberi pinjam adalah dianggap sebagai riba atau lebihan. |
❥ Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
|
|
DALIL LARANGAN RIBA
❥ Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275: |
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya."
|
PRINSIP DAN HUKUM Al-QARD AL-HASAN
❥ Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
❥ Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
❥ Hukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat. |
RUKUN AL-QARD
1. Pemiutang |
3. Barang yang dipinjam |
2. Penghutang/peminjam |
4. Sighah |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASSAN
❥ Membantu golongan yang memerlukan. |
❥ Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
❥ Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. |
❥ Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
❥ Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
|
|
AL-QARD AL-HASAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
❥ Amanah Ikhtiar Malaysia. |
❥ Skim pajak gadai Islam atau Al-Rahnu. |
❥ Skim pinjaman kewangan dan pembiayaan untuk menunaikan haji dan umrah. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
❥ Setiap hutang hendaklah ditulis bagi merekod pembayaran yang dibuat dan mengelakkan penipuan. |
❥ Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan. |
❥ Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan. |
❥ Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh tertentu. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
Institusi zakat - Fungsi institusi zakat bagi mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik.
|
GEJALA CETI HARAM
❥ Kegiatan ceti haram atau ah long ialah bertentangan dengan ajaran Islam mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus struktur pinjaman dan pembayaran balik. |
❥ Dikaitkan dengan keganasan seperti ugutan, pembunuhan, tindakan mencederakan dan sebagainya. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets