Show Menu
Cheatography

Pemilikan Bermanfaat dalam Pembiayaan Rumah Cheat Sheet by

ANALISIS SYARIAH TERHADAP KONSEP PEMILIKAN BERMANFAAT (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM PEMBIAYAAN PERUMAHAN

Definisi Pemilikan (Milk­iyyah)

a) Dari segi bahasa:
~Pemilikan dalam bahasa Arab disebut sebagai milk (ملك) atau milki­yyah (ملك­ية) yang merujuk kepada kekuatan dan kesihatan pada sesuatu.
~Ibn Manzur (1955) menyatakan di dalam Lisan al-Arab kalimah malk, mulk, milk bermaksud keadaan menguasai sesuatu dan keupayaan bertindak melupuskan sesuatu yang dimiliki.
b) Dari segi istilah:
1) Menurut Mazhab Hanafi: Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengen­dalikan sesuatu harta melainkan jika terdapat halangan.
2) Menurut Mazhab Maliki: Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat harta yang membol­ehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki dan menerima pampasan daripa­danya.
3) Menurut Mazhab Syafi'i: Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) yang ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripa­danya.
4) Menurut Mazhab Hanbali: Keupayaan yang sah untuk mengen­dalikan sesuatu harta.

Pembah­agian Pemilikan

1) Pemi­likan penuh (milk tam)
~seseorang memiliki fizikal dan manfaat harta tersebut secara bersama
2) Pemi­likan separa penuh (milk naqis)
~seseorang tidak memiliki fizikal dan manfaat harta secara bersama dalam suatu masa
~terbahagi kepada tiga iaitu pemilikan terhadap fizikal harta tanpa memiliki manfaa­tnya, pemilikan terhadap manfaat harta tanpa memiliki fizikalnya dan memiliki hak untuk mengambil manfaat daripada harta tetapi beliau tidak memiliki manfaat harta tersebut

Konsep Pemilikan Bermanfaat

~pemilikan bermanfaat merupakan pemilikan penuh ke atas sesuatu aset
~pemilik bermanfaat ialah pemilik sebenar sesuatu aset walaupun namanya tidak didaft­arkan
~pemilikan bermanfaat wujud dalam prinsip ekuiti yang diamalkan dalam sistem undang­-undang Inggeris di United Kingdom
 

Aplikasi Pembiayaan Perumahan Bay' Bithaman Ajil

1) Pelanggan membayar deposit 10% kepada pemaju dan menerima pemilikan berman­faat.
2) Pelanggan dan bank menand­ata­ngani Property Purchase Agreement dan Property Sale Agreem­ent. Melalui pemilikan bermanfaat yang dimiliki, pelanggan menjual aset secara tunai kepada bank bagi mendap­atkan pembiayaan BBA iaitu baki 90% harga aset.
3) Bank selaku pemilik aset, menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan bayaran secara tangguh.

Aplikasi Al-Ijarah Al-Mun­tahiyat Bi Al-Tamlik

1) Pelanggan mengenal pasti aset.
2) Pelanggan memohon pembiayaan IMBT dan membayar deposit terus kepada bank. Kaedah lain, pelanggan menjadi wakil bank membayar deposit kepada pemaju.
3) Bank membeli aset dengan membayar harga penuh (10% deposit + 90% baki) kepada pemaju.
4) Bank selaku pemilik bermanfaat menyewakan aset kepada pelanggan dengan bayaran dan tempoh yang dipers­etujui dan berjanji akan menyer­ahkan pemilikan kepada pelanggan pada akhir tempoh sewaan.
5) Pada akhir tempoh sewaan, bank menyer­ahkan pemilikan kepada pelanggan.

Aplikasi Musharakah Mutana­qisah

1) Pelanggan mengenal pasti aset, tandat­angani Perjanjian Jual Beli (S&P), bayar deposit 10% dan memohon pembiayaan bank.
2) Bank dan pelanggan memasuki aturan Musha­rakah Mutana­qisah.
3) Pelanggan menyewa aset daripada bank.
4) Pelanggan membeli bahagian bank dengan membayar amaun tambahan.
5) Perkon­gsian berakhir dan pelanggan memiliki 100% pemilikan aset (nama pemilik akan diserah kepada pelang­gan).

Dalil

~implikasi daripada sesuatu kontrak jual beli menyeb­abkan berlakunya perpin­dahan hak pemilikan
al-Kasani (1986) dalam al-Bada'i al-Sana'i:
عقد معاوضة تمليك بتمليك وتسليم بتسليم
Maksudnya: Kontrak pertukaran iaitu saling bertukar pemilikan dan saling membuat penyer­ahan.
Ibn Qudamah (1968) di dalam al-Mughni:
مبادلة المال بالمال تمليكًا وتملكًا
Maksudnya: Pertukaran harta dengan harta, bagi memind­ahkan pemilikan dan mengambil pemilikan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          izyanzulkani Cheat Sheet