Cheatography
https://cheatography.com
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
• Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluas asas . |
• Agama Islam menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wataniyyah atau bersederhana . |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
1. Al-'ariyah : pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan/harta oleh pemberi pinjam kepada peminjam bagi memanfaatkan barangan tersebut secara percuma . |
2. Al-qard : pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan/komoditi yang boleh dianggar atau diganti mengikut bilangan . |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASSAN
1. Membantu golongan yang memerlukan |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin |
3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara |
4. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan di akhirat |
5. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat |
AL-QARD AL-HASAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
• Amanah Ikhtiar Malaysia (pinjaman ini tidak mengenakan faedah ke atas pinjaman) |
• Skim pajak gadai Islam/Ar-rahnu (transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang) |
|
|
LARANGAN RIBA
Banyak hadis Rasulullah SAW yang menggambarkan ketegasan Baginda dalam memerangi riba termasuk aspek orang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan orang yang menjadi saksi . |
عن جابر، قال: لعن رسول الله اکل الربا، وموکله، وکاتبه، وشاهديه، وقال : هم سواء |
Terjemahan : " Rasulullah SAW mengutuk penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan Baginda bersabda : Mereka semuanya adalah sama dalam melakukan dosa" |
PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN
• Prinsip muamalah Islam secara jelas mengharamkan sebarang bentuk pinjaman wang yang mempunyai faedah . |
• Sebarang tambahan nilai/lebihan jumlah pinjaman yang asal dianggap riba . |
HUKUM AL-QARD AL-HASSAN
• Hukumnya adalah sunat mengikut hadis Rasulullah SAW dan juha ijma' para fuqaha'. |
روي ابن مسعود ان النبي صلى الله عليه وسلم قال : من اقرض مسلما درهما مرتين کان له اجر صدقة مرة |
Terjemahan : "Sesiapa daripada kalangan muslim yang memberikan pinjaman kepada muslim yang lain sebanyak dua kali, ganjarannya seperti melakukan sedekah sekali" |
|
|
RUKUN AL-QARD
1. Pemiutang |
2. Penghutang/peminjam |
3. Barang yang dipinjam |
4. Sighah |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
• Setiap hutang hendaklah ditulis bagi merekod pembayaran yang dibuat dan mengelakkan penipuan. |
• Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjam yang diberikan. |
• Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan. |
• Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh tertentu. |
BANTUAN KEPADA ASNAF ALQHARIMIN
• Fungsi : mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam masyarakat |
• Kriteria : golongan yang terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas kehidupan |
GEJALA CETI HARAM
• Mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga/faedah serta tidak telus dalam pembayaran balik hutang |
• Dikaitkan dengan keganasan seperti ugutan, pembunuhan, tindakan mencederakan dan sebagainya. |
• Menyebabkan pelbagai kesan negatif seperti tekanan jiwa dan keruntuhan rumahtangga bagi penghutang |
|
Created By
Metadata
Favourited By
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets