Cheatography
https://cheatography.com
ASSIGNMENT INDIVIDUAL - PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENDAHULUAN
Manusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. |
Menjadi lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah. |
Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa. |
Seseorang boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan individu tersebut. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan berlebih-lebihan. |
Amalan berhutang juga akan memberi kemudaratan kepada diri dan ahli keluarga. |
Umat Islam perlu menjalani kehidupan secara wasatiyyah dan mengutamakan sikap qana'ah. |
Dosa orang yang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba. |
Individu yang berhutang akan diselubungi keresahan dan tekanan perasaan. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
Al-'ariyah |
Al-qard |
Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. |
Pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan atau timbangan. |
Hak pemilikan barang tersebut kekal pada pemberi pinjaman |
Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan |
Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada peminjam sendiri. |
Kesan transaksi menyebabkan wujudnya keberhutangan daripada pihak penghutang kepada pemiutang. |
Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah dan boleh dikembalikan dalam keadaan asal. |
Peminjam hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian (bukan benda yang asal). |
DEFINISI AL-QARD
Bahasa: al-qat'u (potong) |
Istilah: penyerahan suatu barang dengan syarat barang tersebut sama nilai tanpa sebarang tambahan apabila dipulangkan. |
Dikategorikan sebagai akad tabarru'(kontrak ramai). |
Kontrak yang berkonsepkan kebajikan |
Faedah transaksi hanya diperolehi penghutang. |
LARANGAN RIBA
وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا |
Terjemahan: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah:275) |
Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi. |
Melakukan riba merupakan dosa besar di sisi Allah SWT. |
|
|
FATWA PENGHARAMAN RIBA
Faedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara'. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN
Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
HUKUM AL-QARD AL-HASSAN
Hukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat. |
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat. |
RUKUN AL-QARD
1. Pemiutang (orang yang memberi pinjaman) |
2. Penghutang/peminjam |
3. Barang yang dipinjam |
4. Sighah (Lafaz ijab dan qabul) |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. |
3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
4. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. |
5. Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
AL-QARD AL-HASAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
Skim pmbiayaan secara mikrokredit Membantu meningkatkan taraf hidup dan memajukan sektor ekonomi.
|
Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu Transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat.
|
Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah Seseorang dibenarkan berhutang bagi tujuan menunaikan rukun islam yang kelima sekiranya dia yakin mampu membayar balik pinjaman tersebut.
|
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis. |
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan. |
iii) Kepentingan menyelesaikan semua hutang disyaratkan dalam perwarisan. |
iv) Hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh tertentu. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
PERANAN INSTITUSI ZAKAT |
Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf al-gharimin |
Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. |
Bantuan tidak diberikan kepada mereka yang berhutang dengan institusi kewangan kerana mereka berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
|
|
GEJALA CETI HARAM
Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung. |
Kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi unsur riba. |
Peminjam berdepan dengan keganasan dan ugutan sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman. |
Bagi menghentikan gejala ini, kerajaan mengambil tindakan memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran dan khidmat nasihat. |
KESIMPULAN
Islam telah menyediakan hamparan kehidupan yang syumul dalam aspek pengurusan kewangan. |
Islam mengharuskan umatnya berhutang tetapi tidak digalakkan kecuali dalam keadaan terdesak. |
Umat Islam dianjurkan untuk hidup secara bersederhana. |
Islam telah mensyariatkan instrumen pinjaman wang yang tidak membebankan seperti al-qard al-hasan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets