Cheatography
https://cheatography.com
ASSIGNMENT INDIVIDUAL - PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
PENDAHULUANManusia bekerja dan berusaha keras siang dan malam untuk mencari kesenangan dan keselesaaan hidup. | Menjadi lumrah manusia mendambakan kehidupan yang serba mewah. | Rata-ratanya masyarakat terpaksa berhutang atau membuat pinjaman kewangan untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa. | Seseorang boleh berhutang tetapi jumlah hutang tersebut mestilah berkadaran dengan jumlah pendapatan individu tersebut. |
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANGIslam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan bagi tujuan berlebih-lebihan. | Amalan berhutang juga akan memberi kemudaratan kepada diri dan ahli keluarga. | Umat Islam perlu menjalani kehidupan secara wasatiyyah dan mengutamakan sikap qana'ah. | Dosa orang yang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba. | Individu yang berhutang akan diselubungi keresahan dan tekanan perasaan. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAMAl-'ariyah | Al-qard | Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. | Pemindahan pemilikan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan atau timbangan. | Hak pemilikan barang tersebut kekal pada pemberi pinjaman | Orang Arab menyebut salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan | Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan kecuali berpunca daripada peminjam sendiri. | Kesan transaksi menyebabkan wujudnya keberhutangan daripada pihak penghutang kepada pemiutang. | Hanya melibatkan barangan yang tidak musnah dan boleh dikembalikan dalam keadaan asal. | Peminjam hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian (bukan benda yang asal). |
DEFINISI AL-QARDBahasa: al-qat'u (potong) | Istilah: penyerahan suatu barang dengan syarat barang tersebut sama nilai tanpa sebarang tambahan apabila dipulangkan. | Dikategorikan sebagai akad tabarru'(kontrak ramai). | Kontrak yang berkonsepkan kebajikan | Faedah transaksi hanya diperolehi penghutang. |
LARANGAN RIBAوَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا | Terjemahan: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah:275) | Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi. | Melakukan riba merupakan dosa besar di sisi Allah SWT. |
| | FATWA PENGHARAMAN RIBAFaedah yang dikenakan dalam semua bentuk pinjaman (hutang) adalah riba dan diharamkan oleh hukum syara'. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASSANAl-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. | Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
HUKUM AL-QARD AL-HASSANHukum pelaksanaan qard hasan adalah sunat. | Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. | Tidak harus memberikan pinjaman sekiranya untuk tujuan haram atau maksiat. |
RUKUN AL-QARD1. Pemiutang (orang yang memberi pinjaman) | 2. Penghutang/peminjam | 3. Barang yang dipinjam | 4. Sighah (Lafaz ijab dan qabul) |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN1. Membantu golongan yang memerlukan. | 2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. | 3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. | 4. Menghapuskan diskriminasi sosial dan ekonomi dalam masyarakat. | 5. Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
AL-QARD AL-HASAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAHSkim pmbiayaan secara mikrokredit Membantu meningkatkan taraf hidup dan memajukan sektor ekonomi. | Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu Transaksi pemberian kemudahan pinjaman wang kepada pemegang gadaian sebagai cagaran terhadap pinjaman yang dibuat. | Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah Seseorang dibenarkan berhutang bagi tujuan menunaikan rukun islam yang kelima sekiranya dia yakin mampu membayar balik pinjaman tersebut. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANGi) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis. | ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan. | iii) Kepentingan menyelesaikan semua hutang disyaratkan dalam perwarisan. | iv) Hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh tertentu. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMINPERANAN INSTITUSI ZAKAT | Meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang atau asnaf al-gharimin | Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi masyarakat iaitu golongan yang berkemampuan mengeluarkan zakat bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik. |
Bantuan tidak diberikan kepada mereka yang berhutang dengan institusi kewangan kerana mereka berkemampuan untuk membayar balik pinjaman.
| | GEJALA CETI HARAMPerniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau telah tamat atau lesen digantung. | Kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi unsur riba. | Peminjam berdepan dengan keganasan dan ugutan sekiranya gagal membuat bayaran balik pinjaman. | Bagi menghentikan gejala ini, kerajaan mengambil tindakan memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen, kempen kesedaran dan khidmat nasihat. |
KESIMPULANIslam telah menyediakan hamparan kehidupan yang syumul dalam aspek pengurusan kewangan. | Islam mengharuskan umatnya berhutang tetapi tidak digalakkan kecuali dalam keadaan terdesak. | Umat Islam dianjurkan untuk hidup secara bersederhana. | Islam telah mensyariatkan instrumen pinjaman wang yang tidak membebankan seperti al-qard al-hasan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets