Cheatography
                https://cheatography.com
            
        
        
    
                   
                            
    
                    KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
                    
                 
                    
        
        
            
    
        
                            
        
                
        
            
                                
            
                
                                                
                                
            
        
    
    
            KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
        
                        
                                                                                    
                                                                                            PENDAHULUAN  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Islam merupakan agama syumul yang turut memberi perhatian terhadap permasalahan ekonomi ummah khususnya berkaitan kemiskinan dan kekurangan sumber pendapatan.Terdapat pelbagai mekanisme seperti zakat,sedekah,wakaf dan kaedah bantuan pinjaman (Qard al-Hasan) kebajikan dan perbankan islam.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            DEFINISI AL-QARD
        
                        
                                                                                    
                                                                                            ~Dari sudut bahasa ialah pinjaman yang baik atau al-qat'u(potong)  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            ~Dari sudut istilah ialah pemilikan sesuatu barang kepada orang lain pada masa tertentu dengan syarat barang tertentu perlu dipulangkan kepada pemiliknya selepas tamat tempoh tanpa sebarang bayaran tambahan.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            LARANGAN RIBA'
        
                        
                                                                                    
                                                                                            وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            ا Terjemahan: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah:275) Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi. Dosa melakukan riba adalah berat di sisi Allah SWT. FATWA PENGHARAMAN RIBA Semua telah bersepakat bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas semua bentuk pinjaman adalah riba dan haram.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            AL-QARD AL-HASAN DALAM SOSIO-EKONOMI
        
                        
                                                                                    
                                                                                            1) Skim pembiayaan secara mikrokredit  | 
                                                                                                                        2) Skim pajak gadai Islam atau al-rahnu  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            3) Skim pinjaman kewangan & pembiayaan untuk menunaikan haji atau umrah  | 
                                                                                                                        4) Skim dalam himpunan kontrak dan sukuk  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
                             | 
                                                                              | 
                                                        
                                
    
    
            PINJAMAN AI-QARD
        
                        
                                                                                    
                                                                                            DALIL AL-QARD  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللّهَ قَرْضاً حَسَناً فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافاً كَثِيرَةً وَاللّهُ يَقْبِضُ وَيَبْسُطُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُؤن  " Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan" (Al-Baqarah:245)  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            |   | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            HUKUM AL QARD  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            Hukum asal bagi pemberi hutang adalah harus namun ianya boleh berubah bergantung kepada keadaan.  | 
                                                                                                                        1.HARAM : Jika pemberi hutang mengetahui hutang tersebut digunakan untuk tujuan haram seperti membeli barang-barang yang diharamkan atau untuk tujuan yang diharam seperti judi.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            2.MAKRUH : Jika pemberi hutang mengetahui hutang yang diberikan kepada hutang adalah bertujuan untuk perkara yang tidak bermanfaat seperti menunjuk-nunjuk.  | 
                                                                                                                        3. WAJIB : Jika pemberi hutang mengetahui penghutang amat memerlukan hutang tersebut bagi tujuan menampung kehidupannya.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Al-'ariya merujuk kepada pinjaman melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan boleh dikembalikan dalam keadaan asal. Sekiranya barang tersebut barang yang mudah musnah atau susut nilai maka akad pinjaman tidak sah.  | 
                                                                                                                        Al-qard merujuk kepada pinjaman yang melibatkan peminjam dikehendaki memulangkan kembali nilai yang sama dan bukan memulangkan wang kertas yang asal.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
                             | 
                                                                              | 
                                                        
                                
    
    
            RUKUN AL-QARD
        
                        
                                                                                    
                                                                                            1) Pemiutang (orang yang memberi pinjaman)  | 
                                                                                                                        2) Penghutang/peminjam  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            3) Barang yang dipinjam  | 
                                                                                                                        4) Sighah (Lafaz ijab dan qabul)  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            SYARAT AL-QARD (HUTANG)
        
                        
                                                                                    
                                                                                            - Kadar hutang diketahui nilai,timbangan bilanganukuran dan tempoh berhutang  | 
                                                                                                                        -Mestilah dari satu jenis barangan yang tidak bercampur dengan jenis lain  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            -Tiada tambahan bayaran sama ada melebihi tempoh berhutang atau tidak  | 
                                                                                                                        -Tidak disyaratkan keuntungan oleh penghutang kepada pemberi hutang apabila hutang berjaya dibayar  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
        
                        
                                                                                    
                                                                                            1.Membantu golongan yang memerlukan.  | 
                                                                                                                        2.Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya.  | 
                                                                                 
                                                                                            
                                                                                            3.Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara.  | 
                                                                                                                        4.Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
    
    
            KESIMPULAN
        
                        
                                                                                    
                                                                                            Dalam konteks Malaysia kaedah Qard Al-Hasan turut diperkenalkan dalam sistem kewangan Islam melalui beberapa produk dan skim pajak gadai dan sukuk mendorong ke arah pembangunan ekonomi. Sistem ekonomi Islam adalah sistem yang sempurna bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah yang berteraskan akidah,syariah,akhlak dan ilmu untuk menjamin kesejahteraan sosial. Pinjaman atau Al-Qard dalam islam merupakan satu kontrak yang diasaskan atas dasar bantu-membantu,sukarela dan belas kasihan kepada individu yang memerlukan.  | 
                                                                                 
                                                                         
                             
                             | 
                                                            
            
                            
            
            
        
        
        
        
        
            
    
        
          
        
         
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets