Cheatography
https://cheatography.com
Assignment individual for Fiqh Muamalat
PENGENALAN
Harta wakaf : tertahan dari sudut pemilikkannya & manfaatnya dinikmati demi membangunkan sosial dan ekonomi umat Islam. |
Tujuan tanah wakaf dibangunkan : untuk perladangan,menjana pendapatan & beri peluang pekerjaan kepada golongan miskin. |
Menurut Imam Syafi'i : wakaf adalah sedekah muhramat. |
Menurut Imam Sarkhasi (Mazhab Hanafi) : wakaf ialah tertahan pemilikan harta daripada orang lain. |
PENDEKATAN MUSAQAH UNTUK PROJEK PERTANIAN
Musaqah (bahasa) : saling menyiram. |
Musaqah (syara') : satu kontrak penyerahan tanaman kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil. |
Hukum Musaqah : |
-majoriti ulama mengharuskan akad kontrak. |
-Abu Hanifah & Zufar tidak menggalakkan sama sekali. |
|
|
HADIS KONTRAK MUSAQAH
(a)"Ibnu Umar r.a menceritakan,bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |
(b)"Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah ia mengusahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembahagian yang lain sama ada 1/3 atau 1/4 dan tidak ada hak yang ditentukan." |
(c)"Sedekah tidak halal bagi orang kaya, orang sihat dan kuat." (Hadis Riwayat Abu Hurairah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w) |
PERKAITAN DIANTARA AGIHAN FAKTOR & AGIHAN PERSONAL
-Agihan faktor merujuk kepada agihan sumber yang dibahagikan kepada golongan miskin yang berkeupayaan untuk menjalankan pekerjaan. |
-Agihan personal adalah merupakan peruntukan khas daripada golongan kaya. |
-2 jenis agihan ini berkait rapat kerana agihan personal membantu dalam melengkapi agihan faktor. |
-Agihan ini bermaksud golongan miskin yang sihat tubuh badan & fizikal akan diberi lima atau sepuluh ekar kebun untuk diusahakan. |
|
|
RUKUN MUSAQAH
1.Kedua Pihak yang Berkontrak : Kontrak yang dibuat oleh seseorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah.(berakal & baligh) |
2.Objek Musaqah : Imam syafie mensyariatkan buah kurma & anggur. |
3.Buah : Pengkhususan bahagian bagi kedua pihak yang beraqad. |
4.Kerja : Pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. |
5.Ijab & Qabul : Ungkapan yang dibuat oleh pihak pemilik/pengurus. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets