Cheatography
https://cheatography.com
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
Pinjaman dibahagikan kepada 2 kategori iaitu al-'ariyah dan al-qard . |
Al-Ariyah hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal contohnya kereta . |
Sekiranya barang tersebut merupakan barang yang mudah musnah seperti sabun , maka akad pinjaman tersebut tidak sah . |
Al-Qard pula ialah pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan dan diganti mengikut timbangan . |
DEFINISI AL-QARD
Al-Qard : bahasa bermaksud al-qat'u (potong) |
Istilah : al-Qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut sama nilai dengan harta yang telah diambil oleh penghutang tanpa sebarang penambahan . |
Ia dilarang membuat sebarang penambahan kerana ia amat ditegah dalam Islam kerana ia dianggap sebagai riba' |
LARANGAN RIBA
Larangan riba adalah jelas lagi nyata berdasarkan kepada firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 275 ; |
وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ |
Maksudnya ; Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba . |
Allah S.W.T juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru supaya bertakwa hanyalah kepada Allah S.W.T . |
Selain itu , dosa orang yang melakukan riba juga adalah amat berat di sisi Allah S.W.T . |
|
|
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN
Prinsip muamalah Islam secara jelas mengharamkan jual beli yang mempunyai unsur riba . |
al-Qard al-Hasan bermaksud pinjaman yang baik . |
Ia merupakan kebaikan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan khususnya dalam aspek kewangan tanpa dikenakan tambahan . |
HUKUM AL-QARD AL-HASAN
Hukum perlaksanaan qard hasan adalah sunat . |
RUKUN AL-QARD
PEMIUTANG (orang yang memberi hutang) |
PENGHUTANG \ PEMINJAM (orang yang berhutang) |
BARANG YANG DIPINJAM |
SIGHAH (ijab dan qabul) |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
- Institusi zakat : Mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi . |
- Golongan yang berkemampuan untuk mengeluarkan zakat mampu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik . |
- Dapat memupuk nilai simpati dalam setiap individu . |
|
|
KESIMPULAN
Sebagai seorang muslim , kita haruslah menitikberatkan kepentingan agama sepanjang kehidupan seharian serta ditunjukkan sifat yang baik agar mendapat ganjaran di akhirat malah mampu menarik perhatian kepada orang bukan Islam . Islam itu mudah , silap jika ia dimudah-mudahkan serta diambil mudah . Semoga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa beramal soleh serta sentiasa mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat , inshaAllah . |
PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
1. Setiap hutang yang dibuat mestilah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya menyedari komitmen diri untuk membayar kembali hutang . |
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap peminjam yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang walaupun telah dipersetujui pada awal kontrak . |
OBJEKTIF AL-QARD AL-HASAN
1. Membantu golongan yang memerlukan . |
2. Menjadi salah satu jalan dakwah kepada golongan bukan Islam bahawa Islam itu indah kerana tiada kezaliman dilakukan walaupun dalam pinjaman . |
3. Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan di akhirat serta disenangi oleh sekalian makhluk . |
GEJALA CETI HARAM
Kegiatan ceti haram ialah bertentangan dengan ajaran Islam mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak memperoleh sebarang manfaat . |
Ia juga melibatkan Ah Long yang sentiasa menggunakan keganasan untuk memastikan penghutang membayar dengan kadar yang telah ditetapkan mereka . |
|
Created By
Metadata
Favourited By
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets