Cheatography
https://cheatography.com
KONSEP PINJAMAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAMAL- 'ARIYAH | Merujuk kepada sesuatu pemberian barang atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam. | AL-QARD | Merujuk kepada pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan boleh ditukar mengikut bilangan, timbangan dan sukatan. |
DEFINISI AL-'ARIYAHAL-'ARIYAH | Bahasa : Saling bertukar atau mengganti sesuatu. | Istilah : Mengambil manfaat daripada sesuatu barang tanpa membayar imbuhan. Al-‘Ariyah adalah kontrak memberi kebenaran kepada peminjam untuk menggunakan manfaatnya sahaja dan bukannya untuk tujuan pemilikan. |
HUKUM DAN RUKUN AL-'ARIYAHHUKUM pinjaman adalah HARUS berdasarkan dalil Al-Quran dan dalil Ijmak Ulama. | RUKUN | a) Peminjam | b) Pemberi pinjaman | c) Barang pinjaman | d) Lafaz pinjaman |
DEFINISI AL-QARDBahasa : Bermaksud potong (al-qat'u) atau mengambil sebahagian hartanya. | Istilah : Merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa penambahan. |
AL-QARD AL- HASSANAL-QARD AL-HASSAN merupakan suatu pinjaman yang baik kerana peminjam tidak dikenakan sebarang faedah. | HUKUM adalah SUNAT berdasarkan hadis Rasulullah. | OBJEKTIF | 1) Membantu golongan yang kurang berkemampuan dan yang memerlukan. | 2) Merapatkan jurang taraf perbezaan kehidupan antara yang miskin dengan yang kaya. | 3) Mendapat ganjaran yang berterusan di dunia dan akhirat. |
HUKUM DAN RUKUN AL-QARDHUKUM Al-Qard berngantung kepada keadaan pemberi pinjaman dan yang meminjam. | RUKUN | 1) Pemiutang | 2) Penghutang | 3) Barang yang disimpan | 4) Sighah |
| | LARANGAN RIBADALIL AL-QURAN LARANGAN RIBA | ٱلَّذِينَ يَأْكُلُونَ ٱلرِّبَوٰا۟ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيْطَٰنُ مِنَ ٱلْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوٓا۟ إِنَّمَا ٱلْبَيْعُ مِثْلُ ٱلرِّبَوٰا۟ ۗ وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلْبَيْعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰا۟ ۚ فَمَن جَآءَهُۥ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِۦ فَٱنتَهَىٰ فَلَهُۥ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ ۖ وَمَنْ عَادَ فَأُو۟لَٰٓئِكَ أَصْحَٰبُ ٱلنَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَٰلِدُونَ | “...Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba" padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. | ( Surah Al-Baqarah: 275) |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG1) Setiap hutang yang dilakukan mestilah ditulis hitam putih bagi memastikan kontrak yang dilakukan antara kedua belah pihak dapat direkodkan bagi mengelakkan daripada berlaku penipuan. | 2) Penambahan bayaran tidak boleh dikenakan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab seperti kelewatan untuk melakukan pembayaran hutang. | 3) Setiap hutang perlu diselesaikan dan turut disyaratkan dalam perwarisan khususnya harta pusaka. | 4) Hutang merupakan hak terhadap individu yang wajib diselesaikan dalam tempoh perjanjian. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMININSTITUSI ZAKAT | 1) Institusi zakat berfungsi bagi mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam kehidupan masyarakat. | 2) Kriteria yang diberikan perhatian ialah golongan yang berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas seperti makan, minum, pakaian serta tempat tinggal. |
GEJALA CETI HARAM>Gejala ini jelas bertentangan dengan ajaran islam kerana mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga dan faedah dalam aspek pembayaran balik hutang. |
|
Help Us Go Positive!
We offset our carbon usage with Ecologi. Click the link below to help us!
Created By
www.cheatography.com/muhd-azim
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets