Cheatography
https://cheatography.com
Cheat Sheet ini dibuat atas tujuan tugasan individu Fiqh Muamalat KFD 2303. Tajuk yang dipilih oleh penulis ialah "Analisis Kaedah Pengukuran Untung (Al-Ribh) dari Perspektif Muamalat Islam".
DEFINISI UNTUNGPerspektif Islam : | Untung dalam bahasa Arab ialah al-ribh yang bermaksud pertambahan/pertumbuhan kegiatan perniagaan. | Dari segi istilah ialah lebihan & pertambahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua unsur iaitu usaha(al-'amal) & modal(ra'su al-mal). | Imam al-Tabari : | Untung wujud apabila berlakunya pertukaran antara barang sama ada nilai barang itu sama atau melebihi harga belian tersebut. | Al-Nisaburi : | Mendefinisikan perniagaan (al-tijarah) kerana wujud untung di dalamnya. | Al-Qurtubi : | Merujuk kepada ungkapan kebiasaan orang Arab iaitu "kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu". |
KONSEP KEUNTUNGANPara Fuqaha' : | Membahagikan keuntungan kepada dua kategori iaitu bab zakat dan bab al-murabahah. | ZAKAT | Pertambahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat iaitu harta yang berkembang (al-namiyah). | AL- MURABAHAH | Pertambahan ke atas modal dan pertambahan ke atas modal setelah ditolak segala perbelanjaan yang dikeluarkan dalam memperoleh lebihan tersebut. |
| | BAB ZAKATImam al-Mawardi : | Zakat itu wajib ke atas harta yang mampu berkembang melalui usaha atau secara sendirinya. | Ibnu Qudamah : | Menghuraikan harta yang berpotensi untuk berkembang ialah haiwan ternakan dan buah-buahan dengan syarat cukup nisab dan hawl. | Al-Kasani : | Zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkembang. |
BAB AL-MURABAHAHAl-Baghdadi : | Menyatakan konsep keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbelanjaan tertentu dalam memperoleh keuntungan. | Imam Malik : | Untung wujud apabila berlaku pengeluaran akad secara lisan meski barang belum dipindahkan ke tempat asalnya. | Ibnu Khaldun : | Beliau menyatakan membeli barang dengan harga murah, jual semula dengan harga mahal adalah disebut sebagai untung. |
PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN PENDEKATAN FUQAHA'Terbahagi kepada dua pendekatan iaitu ukuran yang tetap (al-mi'yar al-jamid) dan ukuran yang fleksibel (al-mi'yar al-marin). Pendekatan tersebut adalah untuk menentukan ukuran bagi membezakan antara al-ghabn al-fahisy dan al-ghabn al-yasir. |
| | UKURAN YANG TETAPAl-Khajnadi (Golongan Hanafi) : | Melihat al-ghabn al-fahisy pada takat melebihi nisf al-'usyur. | Melihat ghabn al-yasir tidak melebihi nisf al-'usyur/tepat pada kadar nilfal-'usyur. | Ibn Yahya al-Bakhi : | Berpandangan al-Ghabn pada barang perniagaan (al-'arud) adalah nisf al-'usyur, al-Ghabn pada haiwan ialah al-'usyur iaitu 1/10 dan al-Ghabn pada barang tak alih/al-'aqar ialah sebanyak al-khumus (1/5). Keuntungan melebihi ketentuan dianggap al-fahisy/melampau. | Golongan Maliki & Golongan Syafi'i : | Meletakkan kadar al-thuluth iaitu 1/3 atau lebih sebagai al-ghabn al-fahisy. | Golongan Hanbali : | Terjadinya al-ghabn al-fahisy ialah pada kadar al-thuluth (1/3) atau al-sudus (1/6). | Al-Mardawi : | Berpandangan kadar al-rubu' (1/4) sebagai al-ghabn al-fahisy. | Golongan al-'Ibadiyyah : | Menetapkan kadar al-thuluth (1/3) atau lebih dalam menganggap sesuatu lebihan yang wujud dalam urus niaga sebagai al-ghabn al-fahisy. |
UKURAN YANG FLEKSIBELIbn 'Abidin : | Melihat al-ghabn al-fahisy sebagai suatu nisbah (keuntungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir (al-muqawwim).Sekiranya kadar keuntungan yang dibuat melebihi taksiran pentaksir, maka ia dianggap al-ghabn al-fahisy. | Sebahagian Ulama' Maliki : | Berbeza pendapat dalam penetapan kadar al-ghabn al-fahisy sama ada pada kadar 1/3 atau lebih. Ada yang mengatakan ia tiada had tertentu. Ia bergantung kepada kebiasaan yang berlaku sesama peniaga. Jika berlakunya al-taghabun (saling melakukan sesama mereka), maka tiada pilihan bagi al-maghbun (mangsa keadaan), manakala jika berlaku di luar kebiasaan al-maghbun punya pilihan. | Al-Mardawi : | Nisbah al-ghabn perlu ambil kira al-'uruf semasa (kebiasaan) dan bersesuaian dengan tahap masalah yang dihadapi. Nisbah hendaklah sedikit sahaja, agar mudah peroleh pulangan modal. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets