Cheatography
https://cheatography.com
Implimentasi Kontrak Musaqoh Untuk Pembangunan Tanah Wakaf Terbiar Dalam Menjana Ekonomi Sektor Pertanian Di Malaysia.
-
Amirul Azmeer Bin Nazaruddin / KID190504010 / DPI / SEM 3 / KELAS 1
PENGENALAN
1) Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh islam kerana dengan berwakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan. |
2) Menurut mazhab imam nawawi wakaf bererti terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta tersebut. |
3) Harta wakaf ini tertahan dari sudut pemilikannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi umat islam secara amnya. |
4) Oleh itu, satu pendekatan baru yang ditemui oleh Majlis Wakaf Malaysia bagi menjalankan usaha yang baik untuk membangunkan tanah wakaf yang terbiar dengan memperkenalkan konsep Musaqah dalam pertanian di Malaysia. |
KONTRAK MUSAQAH UNTUK WAKAF PERTANIAN
1) Musaqah dari segi bahasa: saling menyiram. |
2) Dari segi syara': satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
PERMASALAHAN KAJIAN
1) Apakah jenis pembangunan yang boleh dibuat ? |
2) Daripada manakah dapat diperolehi dana atau pembiayaan untuk membangunkan tanah wakaf ? |
- Persoalan yang dibangkitkan ini telah menimbulkan tanda tanya kerana peratusan pembangunan tanah wakaf di Malaysia adalah pada tahap yang kurang memuaskan |
|
|
RUKUN MUSAQAH
1) Dua pihak yang berkontrak: kontrak yang dibuat diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh) kerana kontrak musaqah merupakan kontrak pertukaran atau kontrak mu'amalah harta. |
2) Objek Musaqah: Imam Syafie mensyariatkan buat kurma dan anggur. |
3) Buah: yang penting dalam syarat ini ialah segala penghasilan pohon menjadi milik kongsi, namun tidak juga diharuskan jika semua hasil hana diperuntukkan untuk sebelah pihak sahaja. |
4) Kerja: disyariatkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. |
5) Ijab dan Qabul: ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus. Ulama Syafie berpendapat bahawa ungkapan sewa tidak boleh digunakan dalam kontrak musaqah. Jika digunakan juga maka kontrak tersebut tidak sah. |
DALIL
yang bermaksud: "Maka terangkanlah kepadaku tentang yang kamu tanam, kamukah yang menumbuhkannya atau kamikah yang menumbuhkannya?" (Al-Waqiah: 63-64) |
HUKUM
- Majoriti Ulama iaitu termasuk Imam Malik, Al-Syafie mengharuskan akad kontrak ini. Mankala Abu Hanifah dan Zufar berpendapat bahawa musaqah tidak diperbolehkan sama sekali. Majoriti ulama yang membolehkan akad ini adalah berlandaskan kepada hadis Raslullah s.a.w yang bermaksud: |
"Ibnu Umar r.a telah menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). |
|
|
MODUS OPERANDI KONTRAK MUSAQAH
- Dalam Pembangunan Wakaf Pertanian hukum serta penjelasan kontrak musaqah dalam aktiviti wakaf pertanian. |
- Ia dapat dirumuskan ialah dengan pembentukan idea tentang operasi wakaf pertanian itu sendiri yang berlandaskan kontrak musaqah. |
HIKMAH
1) Dapat membangunkan tanah-tanah wakaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak majlis agama islam negeri. |
2) Pengusaha akan lebih rajin dan bersemangat untuk bekerja kerana jika hasil diperolehi banyak, maka keuntungan agihannya pon banyak. |
KESIMPULAN
- Kontrak Musaqah dapat mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya menjana ekonomi umat islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik pada masa akan datang. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets