Show Menu
Cheatography

KSD2643 FIQH MUAMALAT Cheat Sheet by

NOTA KONSEP PINJAMAN MENURUT PANDANGAN ISLAM MUHAMMAD AMIR HUSEIN BIN MOHD DAHLAN KID190504032

BAHAGIAN PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-Ari­yah­(pi­njaman)
Bah­asa : Perpin­­dahan
Ist­ilah : Memberikan manfaat sesuatu benda yang halal kepada orang lain dengan tidak merosakkan keadaan asal benda itu apabila dipula­­ngkan semula kepada pemilik asal.
Con­toh :- Amir meminj­­amkan bajunya kepada Husein. Jadi, Husein perlu memula­­ngkan semula baju Amir dalam keadaan yang asal diteri­­manya tanpa sebarang kerosakan.
Al- Qard (hutang)
Bah­asa : Potong
Ist­ilah : Memberi milik sesuatu harta sama ada wang atau benda kepada orang lain dan diganti semula tanpa ada sebarang penamb­­ahan.
Con­toh:- Amir memberi hutang pada Husein sebanyak RM1000.00 untuk tempoh sebulan. Selepas sebulan, Husein perlu memula­­ngkan semula hutang dengan nilai yang sama iaitu RM1000.00 kepada Amir tetapi bukan pulangkan wang kertas yang asal.

KONSEP PINJAMAN AL-ARIYAH DAN AL-QARD

Konsep Al-Ari­­ya­h(p­inj­aman)
> Pinjaman sesuatu barang bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma.
> Peminjam tidak bertan­­gg­u­n­gjawab atas sebarang kerosakan kecuali kecuaian berpunca daripada pemimjam sendiri.
> Barang asal pinjaman yang perlu dipula­­ngkan kepada tuannya dan bukan barang gantian.
> Hanya melibatkan barang yang tidak musnah bila digunakan seperti rumah, baju, kereta dan sebaga­­inya.
> Jika barang itu sudah musnah seperti sabun dan pemadam maka akad pinjaman tidak sah.
Konsep Al-Qar­d(h­utang)
> Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti.
> Disebut sebagai salaf iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa sebarang tambahan.
> Penghutang perlu pulangkan kembali barang pinjaman dalam bentuk gantian bukan bentuk asal.

HUKUM PINJAMAN AL-ARIYAH & AL-QARD

Hukum Al Ariyah
Hukum Al Qard
Sunat
Harus
"­Tidak harus beri pinjam jika tahu wang atau barang tersebut digunakan untuk tujuan yang haram atau maksiat kerana boleh dianggap bersubahat dalam aktiviti diharamkan syarak­­"
 

RUKUN PINJAMAN AL-ARIYAH

A) Peminjam
- mestilah orang yang dikenali
- berakal dan baligh
B) Pemberi Pinjam
- bukan secara paksaan
- hak milik sepenuhnya barang itu
- ahli tabarru yang boleh urus harta itu
C) Barang Pinjaman
- barang yang diambil manfaatnya
- barang yang sedia asal semasa diambil tanpa cacat cela
D) Sighah
- ada lafaz ijab qabul

RUKUN PINJAMAN AL-QARD

A) Pemiutang
- tiada paksaan
- ahli tabrraru yang memiliki harta itu
- bukan kanak kanak dan beraka­l(tidak gila)
B) Penghutang
- mampu untuk bayar semula hutang
- bukan majhur alaih kerana safih
C) Barang yang dihutang
- barang yang boleh dihitung atau dikira­(mi­thliy)
- barang yang boleh dipula­ngkan nilainya seperti duit
D) Sighah
- lafaz ijab dan qabul

PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

~ Hutang yang dibuat perlu dicatat untuk memastikan penghutang sedar untuk membayar balik hutang dan rekod pembayaran yang telah dibuat untuk elak penipuan.
~ Dituntut melunaskan semua hutang sebelum mati untuk memudahkan urusan pembah­­agian harta pusaka secara faraidh.
~ Tak boleh kenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas kelewatan bayar balik hutang
~ Hutang adalah hak individu tertentu yang wajib dibayar dalam tempoh yang dijanj­­ikan.
"­­Se­­barang tambahan terhadap wang atau barang yang diberi pinjam dilarang oleh islam kerana dianggap sebagai riba dan haram dari segi hukum syarak­­'.­­"
 

DALIL BAGI PINJAMAN AL-ARIYAH

DALIL BAGI PINJAMAN AL-QARD

TUJUAN PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASSAN

# Membantu golongan yang memerl­ukan.
# Memupuk semangat keprih­atinan antara satu sama lain dan sifat kesaud­araan.
# Mendapat ganjaran dan pahala berterusan di dunia dan di akhirat.
"­­A­­l­-Qard Al-Hassan adalah pinjaman yang baik atau ikhlas "

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

+ Pemberi hutang dan penghutang mestilah bebas riba' dan mengut­amakan kebajikan sosial.
+ Mement­ingkan sikap toleransi dan prihatin kepada penghutang untuk berikan saguhati untuk pemberi hutang sebagai tanda terima kasih.
+ Penghutang hendaklah membayar hutangnya mengikut nilai asal tanpa faedah atau bunga.

LANGKAH PERANGI KEGIATAN CETI HARAM

^ Pihak berkuasa mestilah ambil tindakan untuk member­hen­tikan pemberian wang hutang tanpa lesen.
^ Pihak kerajaan pula hendaklah melakukan kempen khidmat nasihat dan kesedaran.
^ Masyarakat bekerj­asama untuk menurunkan iklan banner ah long besar besaran di kawasan perumahan.
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          KONSEP PINJAMAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM Cheat Sheet