Show Menu
Cheatography

Kontrak Musaqah Cheat Sheet by

Pembangunan Tanah Wakaf Terbiar Siti Aisyah Binti Muhammad Nafi

ABST­RAK

Wakaf merupan instrumen terpenting selepas zakat dalam mengge­rakkan sumbernya ke arah pemban­gunan sosial ekonomi umat Islam secara amnya. Namun demikian, institusi wakaf di Malaysia tidak sepatutnya menjadikan harta wakaf sebagai harta simpanan dan ianya perlu digerakkan demi mencapai matlamat asas wakaf itu sendiri. Dalam hal ini, kontrak Musaqah adalah satu alternatif yang perlu dikete­ngahkan dalam memban­gunkan tanah wakaf terbiar untuk projek pertanian yang boleh menjana keuntungan yang berpan­jangan dan lumayan.

PEND­AHU­LUAN

Wakaf merupakan amalan yang disyar­iatkan oleh Islam kerana dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerl­ukan.
Terdapat beberapan takrifan wakaf yang dikemu­kakan oleh beberapa orang alim ulama, antaranya :
Imam Syafi'e : Amalan wakaf juga dikenali sebagai sedekah muhramat.
Mazhab Imam Nawawi : Wakaf ialah terhal­angnya harta yang boleh dimanf­aatkan dari harta tersebut dengan mengek­alkan zat harta itu. Dengan hilang penguasaan memiliki harta tersebut dan perlak­unnya membawa kepada kebaikan untuk mendek­atkan diri kepada Allah SWT.
Imam Sarkhasi dari Mazhab Hanafi : Wakaf ini ialah tertahan pemilikan harta daripada orang lain.
Berdas­arkan kepada takrif­an-­tak­rifan oleh para ulama, jelas menunj­ukkan bahawa wakaf ini adalah tertahan dari sudut pemili­kannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi memban­gunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya.

PERM­ASA­LAHAN KAJIAN

> Masih terdapat banyak harta-­harta wakaf yang gagal dibang­unkan demi kepent­ingan umat Islam.
> Matlamat para pewakaf masih belum tercapai.
> Keadaan umat Islam yang miskin masih ramai.
 

PEND­EKATAN KONTRAK MUSAQAH

Pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pemban­gunan Nasional (DPN) yang bertujuan membasmi kemiskinan adalah kurang memban­ggakan dalam memban­gunkan ekonomi bumipu­ter­a-m­uslim. Dengan kewujudan instrumen wakaf, ianya boleh dijadikan pemangkin dalam mengur­angkan kadar kemiskinan negara dengan penumpuan terhadap kaum Melayu yang beragama Islam di Malaysia.
Pemban­gunan Tanah Wakaf yang Terbiar :
> Bertujuan perlad­angan dengan menggu­nakan kontrak Musaqah bagi mengga­lakkan golongan miskin untuk bekerja.
> Dapat menjana pendapatan golongan miskin.
> Mewujudkan peluang pekerjaan.
> Di bawah pemantauan pihak berwajib iaitu Majlis Agama Islam Negeri.

MUSA­QAH

Ialah usahasama pengurusan dalam pertanian
Definisi :
> Segi bahasa : Saling menyiram
> Segi syarak : Satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdas­arkan hasil tanaman.

RAJAH 1

 

HUKUM MUSAQAH

Harus
Majoriti Ulama iaitu Imam Malik, Al-Sya­fi'e, Al-Tsauri, Abu Yusuf, Muhammad Bin Hassan, Ahmad dan Daud.
Berlan­daskan kepada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

HADIS

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim :
" Ibnu Umar r.a telah mencer­itakan bahawa Rasulullah SAW pernah memben­arkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-b­uahan atau tanah pertan­ian­nya."
Menurut riwayat lain yang berasal dari Bukhari dan Muslim :
" Bahawa lalu mereka meminta agar Nabi SAW diizinkan tinggal di Khaibar, dan mereka bersedia untuk menggarap tanahnya, dengan balasan separuh dari hasil buahnya. Rasulullah SAW bersabda ; " Baiklah, kami mengiz­inkan kamu tinggal padanya dengan syarat tersebut selama kami menyuk­ain­ya."­ Maka mereka pun tinggal di Khaibar hingga di usir dari Khaibar oleh Khalifah Umar r.a."

HUKUM MUSAQAH

TIDAK DIPERB­OLEHKAN SAMA SEKALI
Oleh Abu Hanifah dan Zufar
> Mereka tidak mengha­ruskan usahasama pengurusan dan mereka menganggap agihan melalui hasil buah sebagai perkara yang tidak sah kerana bagi mereka, ia merupakan upah melalui hasil buah yang mana dilarang oleh syara'.
> Pendapat mereka berasaskan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Sesiapa yang mempuyai tanah hendaklah dia mengus­ahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembah­agian yang lain sama ada 1/3 ataupun 1/4 dan tidak ada hak yang ditentukan."
 

RUKUN MUSAQAH

1. KEDUA PIHAK YANG BERKONTRAK : Kontrak yang dibuat oleh seorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah (iaitu seseorang yang berakal dan baligh)
2. OBJEK MUSAQAH : Imam Syafi'e mensya­ratkan buah kurma dan anggur.
3. BUAH : Pendapat yang terkuat bagi ulama' Syafi'e yang juga merupakan pendapat Mazhab Hanbali ialah kontrak Musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak.
4. KERJA : Pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan.
5. IJAB & QABUL : Ungkapan boleh dibuat oleh pihak pemilik atau pengurus.

CARA PELAKS­ANAAN KONTRAK MUSAQAH

1. Pengum­pulan modal daripada orang ramai melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok.
2. Pihak Majlis Agama Islam Negeri atau pihak berkuasa akan membuat pilihan, hanya golongan miskin yang berkem­ampuan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk bekerja.
3. Pihak berkuasa akan membayar upah (ujrah) kepada golongan pengusaha.
4. Pengusaha akan mengur­uskan ladang sehingga buah dapat dikutip dan dijual.
5. Apabila buah sudah masak dan dijual, hasil jualan perlu diagihkan diantara pengusaha dan pihak berkuasa.

KESI­MPU­LAN

> Kontrak Musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun pengggerak kepada pemban­gunan wakaf di Malaysia.
> Tanah wakaf dapat diopti­mumkan sebaik mungkin.
> Menjana pendapatan yang lebih tinggi teruta­manya untuk umat Islam.
> Membasmi kemiskinan yang sedia ada.
> Pemban­gunan sosial ummah yang lebih baik & berkesan pada masa hadapan.
   
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet
          fiqh muamalat Cheat Sheet