Cheatography
https://cheatography.com
Aktiviti pinjaman kewangan sudah menjadi sebahagian daripada
budaya masyarakat moden hari ini.
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
-Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. |
-Terdapat suatu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW enggan menyembahyangkan jenazah seorang sahabat yang telah meninggal dunia setelah mengetahui sahabat yang meninggal dunia tersebut belum melangsaikan hutangnya. Tindakan Rasulullah SAW ini menggambarkan dosa orang tidak menjelaskan hutangnya begitu berat lebih-lebih lagi dalam situasi sekiranya hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
AL-'ARIYAH |
AL-QARD |
-Pinjaman yang melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat barang atau harta tersebut secara percuma. |
-Pinjaman yang melibatkan pemindahan pemilikan barangan atau komoditi yang boleh dianggarkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan, |
-Hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan yang boleh dikembalikan dalam keadaan asal contohnya kereta. |
-Peminjam hendaklah memulangkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal. |
DEFINISI AL-QARD
Bahasa - Al-qat'u (potong). |
Istilah - Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN
-Al-qard al-hassan bermaksud pinjaman yang baik. |
-Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
-Ia merupakan satu kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan kewangan. |
HUKUM AL-QARD AL-HASAN
Sunat - memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan. |
Harus - memberi seseorang berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup. |
|
|
RUKUN AL-QARD
Pemiutang - Seorang ahli tabarru yang boleh menguruskan harta, berurus niaga dan memiliki harta tersebut. |
Penghutang - Bukan seorang yang mahjur 'alaih kerana safih, orang gila atau kanak-kanak. |
Barang yang dipijam - Barang yang boleh dihitung atau dikira(mithliy). |
Sighah - Mempunyai lafaz ijab dan qabul. |
OBJEKTIF PELAKSAAAN AL-QARD AL-HASAN
1. Membantu golongan yang memerlukan. |
2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. |
3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
4. Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat islam. |
LARANGAN RIBA
Terdapat hadith Rasulullah SAW yang menggambarkan ketegasan Baginda dalam memerangi amalan riba. |
- "Rasulullah SAW mengutuk penerima riba, pemberi riba, pencatat dan dua orang saksi dan Baginda bersabda: Mereka semuanya adalah sama dalam melakukan dosa." |
DALIL LARANGAN RIBA'
الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَن جَاءهُ مَوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّهِ فَانتَهَىَ فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ |
"Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu is berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (surah al-Baqarah ayat 275) |
|
|
FATWA PENGHARAMAN RIBA
Majma' al-Fiqh al-Islamiy dalam persidangannya kali kedua di Jeddah pada 22-28 Disember 1985 telah mengeluarkan fatwa bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas hutang disebabkan peminjam lewat menjelaskan hutang atau faedah yang ditetapkan pada awal kontrak pinjaman, kedua-duanya adalah riba yang diharamkan oleh hukum syara'. |
PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
1. Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing. |
2. Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang. |
3. Kepentingan menyelesaikan semua hutang turut disyaratkan dalam perwarisan. |
4. Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh sebagaimana yang dijanjikan. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
Institusi zakat - Berfungsi bagi mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi dalam kehidupan masyarakat. |
-Golongan yang berkemampuan untuk mengeluarkan zakat mampu meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik. |
GEJALA CETI HARAM
Kegiatan ceti haram atau ah long secara jelas bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengandungi unsur riba dengan mengenakan bayaran bunga atau faedah serta tidak telus terutama sekali dalam aspek struktur pinjaman dan pembayaran balik. |
KESIMPULAN
Islam merupakan agama yang telah menyediakan hamparan jalan kehidupan yang syumul dengan menganjurkan umatnya bijak menguruskan kehidupan temasuk dalam aspek pengurusan kewangan. Meskipun Islam mengharuskan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan, namun tindakan tersebut tidak sewajarnya dijadikan sebagai amalan atau budaya melainkan dalam keadaan terdesak atau sangat memerlukan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets