Cheatography
https://cheatography.com
Fiqh Muamalat (Individual Assignment)
Tajuk :-
"IMPLEMENTESI KONTRAK MUSAQAH UNTUK PEMBANGUNAN
TANAH WAKAF TERBIAR DALAM MENJANA EKONOMI SEKTOR
PERTANIAN DI MALAYSIA"
Maksud Wakaf
Imam Nawawi : |
-Wakaf ialah terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta itu serta hilang penguasaan memiliki harta tersebut dan pelakuannya membawa kepada kebaikan untuk mendekatkan diri kepada Allah. |
Faedah Wakaf
Pensyariatan Wakaf : |
-Wakaf boleh dijadikan sebagai penggerak kepada pembangunan negara sama ada dari sudut ekonomi pertanian mahupun ekonomi pembangunan. |
-Wakaf juga merupakan salah satu daripada institusi ekonomi Islam yang menggabungkan elemen rohaniah dengan harta benda. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari sudut pengorbanan yang dilakukan oleh para pewakaf dalam mengorbankan hartanya demi kepentingan umat Islam dalam memartabatkan ekonomi umat Islam dan kebajikan sosial secara khususnya. |
|
|
Maksud Musaqah
Musaqah dari segi : |
Bahasa ialah saling menyiram. |
Syara' ialah satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
Hukum Musaqah
Jumhur Ulama bersepakat : |
-Boleh Dilakukan. |
-Hal ini kerana, sudah merupakan suatu transaksi yang amat diperlukan oleh masyarakat untuk memenuhi keperluan hidup dan sebagai bentuk sosial antara sesama manusia dengan salah satu cara memberi pekerjaan kepada mereka yang kurang mampu. |
Hadis
Hadis Rasululullah s.a.w yang bermaksud : |
“Ibnu Umar r.a telah menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk menggarap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertaniannya. |
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |
|
|
Operasi Cadangan Kontrak Musaqah
(5) Operasi Cadangan Kontrak Musaqah : |
1)Pengumpulan modal dibuat daripada orang ramai iaitu melalui kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok. |
2)Pihak majlis agama islam negeri atau pihak berkuasa hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut. |
3)Pihak majlis agama islam negeri atau pihak berkuasa akan menyediakan sebidang tanah dan modal untuk dibangunkan oleh golongan miskin dan proses penanaman seperti pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak. |
5)Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun dan membaja sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual. |
6)Sekiranya buah tersebut sudah masak dan boleh dijual, maka hasil jualan hendaklah diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan persetujuan yang dipersetujui pada awal kontrak. |
|
|
Rukun Musaqah
Jumhur Ulama bersepakat : |
1.Kedua Pihak Yang Berkontrak |
2.Objek Musaqah |
3.Buah |
4.Kerja |
5.Ijab dan Qabul |
Modus Operandi Kontrak Musaqah
Kesimpulan
Natijahnya : |
-Kontrak Musaqah mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya menjana ekonomi umat islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets