Show Menu
Cheatography

This cheat sheet is about an assigntment of Fiqh Muamalat KFD 2303.

1.0 PENGENALAN (Definisi Untung)

Kamus Dewan
Hasil pendapatan atau perolehan daripada sesuatu kegiatan seperti perusa­haan, perniagaan yang melebihi modal serta segala perbel­anjaan yang berkaitan.
Kamus Harrap’s Dictionary of Business Finance
Lebihan wang yang diperoleh oleh firma ataupun perusahaan selepas semua perbel­anjaan disele­saikan dalam suatu tempoh pengiraan suatu akaun.
Ekon­omi
Sejumlah bayaran kepada faktor­-faktor pengel­uaran setelah ditolak daripada hasil keluaran sesebuah syarikat.
Pera­kau­nan
Untung terhasil daripada pengur­angan pelbagai kos yang dibela­njakan daripada hasil jualan yang dipero­lehi.

2.0 UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Bahasa Arab
al-ribh / rabiha (perta­mbahan atau pertum­buhan dalam kegiatan pernia­gaan).
Isti­lah
lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua hasil pengel­uaran utama iaitu usaha (al-’­amal) dan modal (ra’sul mal).

2.0 UNTUNG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Bahasa Arab
al-ribh / rabiha (perta­mbahan atau pertum­buhan dalam kegiatan pernia­gaan).
Isti­lah
lebihan dan pertam­bahan dalam aktiviti perniagaan yang terhasil daripada dua hasil pengel­uaran utama iaitu usaha (al-’­amal) dan modal (ra’sul mal).

Al-Baqarah : 16

“Mereka itulah orang yang memberi kesesatan dengan petunjuk, maka tidak berunt­unglah perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk”.

Pentaf­siran Ulama’ Berdas­arkan Ayat Tersebut

Imam al-Tab­ari
- Nilai pertukaran yang kurang daripada harga beliannya maka ia dianggap rugi. - Untung wujud ketika mana berlakunya pertukaran antara harga dengan barangan keluaran sama ada nilai tukaran itu sama ataupun melebihi harga belian tersebut. - Keuntungan barang perniagaan pula ialah hasil daripada pertukaran harta, iaitu apabila ia terpisah milik dengan cara akad jual beli.
Al-N­isa­buri, Imam al-Alusi
Keuntungan adalah suatu tambahan ke atas modal dan perniagaan pula ialah suatu usaha untuk mendap­atkan lebihan melalui modal.
Al-Q­urt­ubi
Maksud untung perniagaan dalam surah al-Baqarah di atas adalah merujuk kepada kebiasaan orang Arab yang sering mengun­gkapkan ayat rabaha bai’uka atau khasarat safaqtuka yang bermaksud “kamu mendapat keuntungan dan kerugian dalam jual beli kamu”.
Rashid Rida
Kaedahnya adalah melalui pertuk­aran, iaitu pertukaran antara kedua-dua pihak dengan matlamat mendap­atkan keuntu­ngan.

Pembah­agian Keuntungan (Al-Ribh)

1) Zakat - Pertam­bahan ke atas modal dan ia ditinjau dari segi harta yang diwajibkan zakat.
2) Al-m­ura­bahah - Pertam­bahan ke atas modal setelah ditolak segala perbel­anjaan yang dikelu­arkan dalam memperoleh lebihan tersebut.
 

Zakat

Imam al-Maw­ardi
Zakat itu wajib ke atas harta yang berpotensi untuk berkembang sama ada menerusi usaha atau berkembang dengan sendir­inya.
Ibn Qudamah
Menghu­raikan harta yang berpotensi untuk berkembang antaranya adalah barangan perniagaan berpotensi untuk mendapat keuntu­ngan, haiwan ternakan berkem­ung­kinan untuk berkembang dan juga buah-b­uahan dengan syarat cukup hawl dan nisab untuk setiap jenis.
Al-K­asani
Zakat tidak akan diperolehi kecuali dari harta yang berkem­bang.

Al-Mur­abahah

Pertama: “Kontrak jual beli dengan harga pertama dengan tambahan keuntungan yang ditetapkan dan disepakati antara kedua-dua pihak pelaku kontrak (penjual dan pembeli)”.
Kedua: “Kontrak jual beli apa yang dimili­kinya dengan apa yang sepatutnya (modal) dan dengan lebihan”.
Al-Han­afi­yyah, Al-Sya­fi’­iyyah, Al-Han­abilah, Al-Ima­miyyah serta Al-Zay­diyyah mendef­ini­sikan modal (ra’su al- mal) dalam kontrak al-mur­abahah sebagai harga yang dengannya dibeli sesuatu barangan.

Konsep Keuntungan dalam Bab Al-Mud­arabah

> Suatu kontrak antara dua orang atau lebih untuk berkongsi keuntungan tanpa berkongsi dalam modal
> Penubuhan sesebuah syarikat al-mud­arabah adalah untuk memperoleh keuntungan

Pandangan Ulama’­/Fu­qaha’

Al-B­agh­dadi
Keuntungan adalah lebihan ke atas modal selepas mengurangi segala kos (beban) perbel­anjaan tertentu dalam memperoleh keuntu­ngan.
Imam Malik
Untung dianggap berlaku sama ada sesuatu harta itu dicairkan ataupun tidak.
Sebi­langan fuqaha’
Untung itu wujud apabila berlakunya pengel­uaran akad secara lisan meskipun barang belum dipind­ahkan dari tempat asalnya.
Ibnu Qudamah
Untung sebagai satu lebihan ke atas modal. Jika sesuatu modal tidak mengha­silkan lebihan, maka ia tidak dinamakan sebagai untung.
Dr Muhammad Salah
Untung adalah matlamat asasi bagi firma ataupun syarikat di mana segala aktiviti ekonomi yang diceburi akan melibatkan proses penjanaan untung seperti jual beli.
Abdul Rahman bin Khaldun al-Mag­hribi ataupun Ibn Khaldun
Untung sebagai nilai yang timbul hasil daripada kerja yang dilakukan oleh manusia.
Khurshid Ahmad dan Muhammad Nejatullah Siddiqi
Apa yang ditentukan dalam keadaan biasa dan sederhana mengikut hukum penawaran dan permintaan dalam pasaran bebas, dengan syarat undang­-undang negara, peranc­angan dan polisinya atau kawala­n-k­awalan lain tidak campur tangan dalam sistem jualan dan belian, pengel­uaran komoditi serta pasaran persaingan monopoli tidak dibenarkan mempen­garuhi pasaran serta tidak berlaku keadaan darurat yang memberi kesan kepada pasaran.
 

Kriteria Asas Dalam Mendap­atkan Keuntungan

i. Keuntungan bukan berasal daripada perbuatan riba.
ii. Keuntungan bukan daripada usaha penipuan dengan menyem­bun­yikan fakta.
iii. Keuntungan bukan daripada perbuatan penipuan.

3.0 PEMBAH­AGIAN KEUNTU­NGAN: PENDEKATAN FUQAHA’

Para fuqaha' membah­agikan keuntungan kepada dua bentuk, pertama, al-ghabn al-fahisy dan kedua al-ghabn alyasir. Maka, terdapat dua pendekatan di mana ulama fiqh berbeza pendapat dalam menentukan ukuran bagi membezakan antara keduanya. Pendekatan pertama mereka menggu­nakan ukuran yang tetap dan pendekatan kedua menggu­nakan ukuran yang fleksibel.

Pendekatan pertama ; ukuran yang tetap

ULAM­A’/­MAZ­HAB
AL-GHABN AL-FAH­ISY
AL-GHABN AL-YASIR
Al-K­hajnadi dari golongan Hanafi
Takat melebihi nisf al-’usyur
Tidak melebihi atau tepat pada kadar nisf al-’usyur
Ibn Yahya Al-Bal­khi
Keuntungan yang melebihi ketentuan ini ; - pada barang, nisf al-usyur - pada haiwan, 1/10 - pada barang tak alih, 1/5
-
Golongan Maliki, Golongan al-’Ib­adi­yyah, Golongan Syafie
1/3 atau lebih
-
Golongan Hanbali
1/3 atau 1/6
-

Pendekatan kedua ; ukuran yang fleksibel

Ibn ‘Abidin - Suatu nisbah (keunt­ungan) yang tidak termasuk dalam penetapan taksiran oleh pihak pentaksir, tetapi jika kadar melebihi taksiran, keuntungan dianggap al-ghabn al-fah­isy.
Seba­hagian daripada ulama’ Maliki - Memberi pilihan jika berlakunya al-ghabn al-fah­isy. - Ada yang mengatakan tiada had tertentu tetapi mengikut tradisi atau kebiasaan sesama peniaga.
Al-M­ard­awi - Nisbah al-ghabn atau keuntungan mengambil kira al-’uruf semasa (kebia­saan) dan sesuai dengan tahap masalah yang dihadapi.

4.0 KESIMPULAN

Untung yang diiktiraf oleh Islam ialah untung yang bebas daripada unsur-­unsur haram seperti riba, ghabn, gharar dan ihtikar. Oleh itu umat Islam perlu berusaha untuk memperoleh keuntungan yang bebas daripada unsur-­unsur yang disebutkan di atas.
   

Help Us Go Positive!

We offset our carbon usage with Ecologi. Click the link below to help us!

We offset our carbon footprint via Ecologi
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          fiqh muamalat Cheat Sheet
          Fiqh Muamalat Fitri Cheat Sheet