-Kewujudan instrumen waqaf boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam mengurangkan kadar kemiskinan negara iaitu dengan penumpuan terhadap kaum melayu yang beragama islam. |
-Pembangunan tanah waqaf yang terbiar boleh dibangunkan untuk menjana pendapatan golongan miskin iaitu dengan mewujudkan peluang pekerjaan untuk diusahakan di bawah pihak berwajib. |
-Musaqah pada bahasa : saling menyiram |
-Musaqah pada syara' : satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman. |
-Hadis yang membolehkan akad berlandaskan hadis rasulullah : |
" Ibnu umar r.a telah menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w pernah membenarkan penduduk Yahudi Khaibar untuk mengurap tanahnya dengan balasan separuh dari hasil kebun buah-buahan atau tanah pertanian. |
-Kontrak ini bersesuaian diimplementasikan dalam institusi di Malaysia kerana dapat membangunkan tanah waqaf yang terbiar dan secara tidak langsung dapat membantu golongan miskin untuk menjana pendapatan dengan hasil jualan tanaman yang dikongsi bersama dengan pihak berwajib. |
-Kaedah ini dapat menjawab permasalahan yang diutarakan berkenaan dengan pembangunan tanah wakaf di Malaysia. |
-Pihak berwajib perlu memilih golongan miskin yang bersesuaian iaitu sihat tubuh badan dan sempurna fizikalnya untuk melaksanakan projek pertanian tersebut. |
-Perbezaan golongan miskin golongan kaya dan miskin dapat dibezakan seperti golongan kaya dirujuk kepada golongan yang mempunyai pendapatan melebihi keperluan individu dan tanggungan, manakala golongan miskin ialah golongan yang tidak mempunyai pendapatan untuk menampung keperluan diri dan tanggungan khusus. |
-Agihan faktor lebih kepada golongan miskin yang berkeupayaan untuk menjalankan pekerjaan iaitu orang yang sihat tubuh badan dan sempurna. |
-Agihan personal ialah pelengkap agihan faktor. |
-Peruntukkan asal agihan sedekah hanya kepada individu yang miskin dan tidak berupaya. |
-Individu miskin tetapi fizikalnya sihat tidak berhak dalam agihan sedekah. |
-Hadis yang telah diriwayatkan Abu Hurairah sebagaiman sabda Raulullah s.a.w yang bermaksud : |
"Sedekah tidak halal bagi orang kaya, orang sihat dan kuat" |
-Idea pelaksanaa kontrak Musaqah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni serta memupuk semangat ingin bekerja dikalangan golongan miskin dan mengeluarkan golongan ini dari kancah kemiskinan. |
-Matlamat waqaf tersebut dapat dicapai dari sudut sosial iaitu dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan dapat membantu golongan miskin untuk teruskan kehidupan seharian. |
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets