Cheatography
https://cheatography.com
Individual Assignment ✨
Nur Aqilah Izzati binti Kamaruddin (KID190504056)
Diploma Pendidikan Islam (Kelas 1)
Fiqh Muamalat (KSD2643)
TUJUAN BERHUTANG
● Untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa dengan tujuan untuk memiliki keperluan asas seperti kenderaan, rumah, perabot dan sebagainya. |
● Untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan atau meluaskan lagi empayar perniagaan. |
● Untuk melanjutkan pelajaran atau mendapatkan pendidikan dengan dibiayai oleh pihak-pihak tertentu. |
KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
∎ AL-'ARIYAH ∎ (pinjaman) |
↪ Pinjaman sesuatu barangan atau harta kepada peminjam bagi tujuan penggunaan manfaat tersebut secara percuma. |
↪ Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman. |
↪ Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang tersebut kecuali kecuaian adalah berpunca daripada peminjam sendiri. |
↪ Barang yang dipinjam hendaklah dipulangkan kepada tuannya dan bukan memulangkan gantian barang. |
↪ Hanya melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah apabila digunakan seperti kereta, telefon bimbit, baju dan buku. |
↪ Jika barang itu mudah musnah atau susut nilai seperti sabun, maka akad pinjaman tidak sah |
∎ AL-QARD ∎ (hutang) |
↪ Pinjaman melibatkan barang yang boleh diganti. |
↪ Disebut sebagai salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan. |
↪ Penghutang perlu memulangkan barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan yang asal. |
|
|
PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
▼ Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan. |
▼ Agama Islam menganjurkan umatnya untuk menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. |
DEFINISI AL-QARD
1) Bahasa |
➡ Al-qat'u (potong) |
2) Istilah |
➡ Penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan |
3) Al-Qard dikategorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berteraskan kepada konsep kebajikan. |
OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
▶ Membantu golongan yang memerlukan. |
▶ Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |
▶ Mendapat keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |
▶ Memupuk semangat persaudaraan, keprihatinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam. |
RUKUN AL-QARD
1) Pemiutang |
➡ Ahli Tabarru' yang memiliki harta tersebut. |
➡ Tiada unsur paksaan (redha). |
➡ Bukan kanak-kanak dan berakal (tidak gila). |
2) Penghutang |
➡ Bukan mahjur 'alaih kerana safih. |
➡ Berkemampuan untuk membayar balik pinjaman yang dibuat. |
3) Barang yang dipinjam |
➡ Barang-barang mithliy (yang mempunyai unit yang serupa di pasar) iaitu yang boleh disukat dan ditimbang. |
➡ Barang-barang yang boleh dipulangkan dengan nilainya seperti duit. |
4) Sighah |
➡ Lafaz ijab dan qabul. |
|
|
LARANGAN RIBA'
◑ Larangan terhadap riba adalah jelas berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 275. |
◑ Allah SWT telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-orang yang berjaya. |
◑ Rasulullah SAW melaknat orang yang memakan riba, orang yang menjadi agen, orang yang mencatat transaksi tersebut serta orang yang menjadi saksi |
◑ Hadith yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi menyatakan bahawa satu dirham riba yang dimakan oleh anak Adam terlalu berat dosanya disisi Allah SWT iaitu melebihi dosa tiga puluh enam kali melakukan maksiat zina. |
PRINSIP AL-QARD AL-HASAN
◆ Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |
◆ Keprihatinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesempitan. |
◆ Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah. |
➡ Dalil pensyariatannya 😊 |
(Surah Al-Baqarah, ayat 245) "Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan." |
➡ Hukum al-Qard al-Hasan 😊 |
◆ Sunat |
◆ Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada kesempitan hidup |
◆ Tidak Harus sekiranya diketahui bahawa wang tersebut digunakan bagi tujuan haram atau maksiat. |
|
|
PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
◩ Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing-masing. |
◩ Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang. |
◩ Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipulangkan dalam tempoh yang dijanjikan. |
◩ Menyelesaikan semua hutang. |
BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
▬ Institusi zakat memainkan peranan yang besar dalam meringankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang. |
▬ Kriteria yang diberikan perhatian ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas kehidupan. |
▬ Bantuan tidak disalurkan kepada mereka yang berhutang dengan pihak pemberi pinjaman tidak berlesen. |
GEJALA CETI HARAM / AH LONG
X Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau lesen tamat tempoh atau lesen digantung. |
X Ia bertentangan dengan ajaran Islam kerana perkhidmatan pinjaman kewangan yang ditawarkan mengandungi unsur riba. |
X Terjadinya keganasan serta kekerasan seperti ugutan, tindakan mencederakan peminjam, dan pembunuhan. |
Kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memantaunya |
⋙ Memberhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen. |
⋙ Kempen kesedaran. |
⋙ Khidmat nasihat. |
⋙ Menurunkan iklan ah long di kawasan-kawasan perumahan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets