Cheatography
https://cheatography.com
Secara umumnya jualan al salam ini boleh difahami sebagai jual beli secara tempahan, di mana pembeli menempah barang dan melunaskan harganya.
BAY' AL-SALAM
Dari segi bahasa: |
Al-Salam ialah al-Salaf yang bermaksud al-taqdim iaitu pendahuluan atau mendahulukan. Di dalam kitab al-Fiqh "ala Mazahib al-'Arba'ah menyatakan al-Salam ialah bahasa penduduk Hijjaz manakala al-Salaf ialah bahasa penduduk Iraq. |
Dari segi istilah: |
Menjual sesuatu barang yang bertangguh dengan yang segera, ataupun menjual suatu yang disifatkan dalam tanggungan iaitu dengan mendahulukan bayarannya dan menangguhkan barangan untuk ke suatu tempoh tertentu. Dengan perkataan lain, menyerahkan tukaran yang ada untuk tukaran yang ditetapkan sifatnya dalam tanggungan sehingga ke suatu tempoh tertentu. |
DALIL AL-QURAN BAY' AL-SALAM
Dalil yang dipetik melalui ayat al-quran adalah seperti yang berikut. Firman Allah SWT: |
يَا أََيُّهَا الَّذِينَ اَمَنُوا إِذَا تَدَايَنْتُمْ بِدَيْنٍ إِلَى أَجَلٍ مُسَمَّى فَاكْتُبُوهز |
“Wahai orang-orang yang beriman,apabila kamu berhutang untuk waktu yang ditentukan maka hendaklah kamu menulisnya.” |
DALIL AL-SUNNAH BAY' AL-SALAM
Dalil al-sunnah yang memperkatakan mengenai al-salam: |
حدثنا عن إبن عباس, قال.قدم رسول الله صلى الله عليه وسلم المدينة, وهم يسلفون في الثمار, السنة والسنتين, فقال: ((من اسلف في تمر, فاليسلف في كيل معلوم ووزن معلوم إلى أجل مسمى)) |
Dikhabarkan kepada kami oleh Ibn Abbas RA,katanya semasa Nabi Muhammad SAW datang ke Madinah nabi mendapati orang-orang Islam di sini menempah atau mengeluar buah-buahan semasa setahun ataupun dua tahun iaitu mereka membayar tunai harganya untuk memperoleh buah-buahan selepas setahun ataupun dua tahun. Maka nabi bersabda: “Sesiapa yang ingin menempah atau mengedar,hendaklah dia mengikut sukatan tertentu,timbangan tertentu dan tempoh tertentu. |
|
|
RUKUN BAY' AL-SALAM
Al-Aaqidaan (العاقدان): |
Pihak yang mengikat perjanjian, mereka terdiri dari pembeli dan penjual. |
Al-Sighah (الصيغة): |
Ijab (الإيجاب : Penawaran) dan qabul (القبول : Persetujuan). |
Ra's al-Maal (رأس المال): |
Modal atau harga. |
|
- Kadar dan bentuk pembayaran mestilah diketahui oleh kedua-dua pihak. |
|
- Penyerahan dan penerimaan modal sebagai motif dalam jual salam perlulah dilakukan semasa akad. |
Al-Muslam fih (المسلم فيه): |
Barang yang ditempah. |
SYARAT BAY' AL-SALAM
i. Barang-barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifatnya dan ciri-cirinya. |
ii. Barangan tersebut mestilah dikenalpasti jenis,kuantiti dan sifat oleh kedua-dua pihak. |
iii. Barang tersebut tidak dicampuradukkan dengan barang lain yang berlainan jenis. |
iv. Barangan tersebut mestilah berstatuskan hutang dan hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk barang tersebut. |
v. Barangan tersebut mampu diserahkan. |
vi. Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. |
vii. Tempat penyerahan perlu ditentukan. |
|
|
APLIKASI SEMASA BAY' AL-SALAM
1) Pembiayaan Salam Secara Campuran (Hybrid) |
- Kenal Pasti Penjual. |
- Permohonan Dan Janji. |
- Bay' Al-Salam. |
- Jual Bayaran Tangguh (Muajjal). |
2) Produk Al-Salam Sebagai Pembiayaan Modal Kerja (Working Capital) |
KESIMPULAN BAY' AL-SALAM
● Jual beli al-Salam atau Bay Al-Salam adalah salah satu cara jual beli yang dibenarkan di dalam Islam. |
● Dalam jual beli Al-Salam, Islam telah menetapkan beberapa peraturan-peraturan yang perlu dipenuhi. |
● Islam mendatangkan lima tujuan utama untuk memeliharanya: |
1) Memelihara agama (الدين حفظ) |
2) Memelihara diri (حفظ النفس) |
3) Memelihara akal (حفظ العقل) |
4) Memelihara keturunan (حفظ النسْل) |
5) Memelihara harta (حفظ المال) |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets