Cheatography
                https://cheatography.com
            
        
        
    
                   
                            
    
                    Individual assignment -Konsep pinjaman menurut perspektif Islam.
                    
                 
                    
        
        
            
    
        
                            
        
                
        
            
                                
            
                
                                                | PENDAHULUAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Manusia bekerja dan berusaha keras untuk mencari kesenangan dan keselesaan hidup. |  
                                                                                            | Sudah menjadi lumrah manusia mendambakan kehidupan yang mewah. |  
                                                                                            | Kebanyakkan masyarakat terpaksa berhutang untuk menikmati taraf hidup yang lebih selesa. |  PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG
                        
                                                                                    
                                                                                            | Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman yang melebihi keperluan asas. |  
                                                                                            | Islam menganjurkan umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah dan utamakan sikap qana'ah. |  
                                                                                            | Kisah yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW telah menggambarkan bahawa dosa orang yang berhutang begitu berat lebih-lebih lagi hutangnya dilipat gandakan dengan riba. |  
                                                                                            | Tabiat hutang ini perlu diperangi kerana kehidupan orang yang berhutang diselubungi keresahan. |  KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM
                        
                                                                                    
                                                                                            | Al-'ariyah | Al-qard |  
                                                                                            | Pemberian satu barangan oleh pemberi pinjam kepada peminjam. | Pinjaman yang melibatkan pemindahan barangan yang boleh dianggarkan dan diganti ikut bilangan. |  
                                                                                            |  |  
                                                                                            | Hak pemilikan:-Kekal pada pemberi pinjaman. | Orang Arab menyebut salaf- pinjaman yang dibayar balik tanpa syarat keuntungan. |  
                                                                                            | -Peminjam tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan kecuali atas kecuaian peminjam. | Kesan transaksi:-wujudnya hutang daripada satu pihak ke pihak yang lain. |  
                                                                                            | -Hanya barang yang tidak musnah dan boleh diguna bila dipulangkan. | -Contoh:tidak semestinya dipulangkan dengan benda yang sama. |  DEFINISI AL-QARD
                        
                                                                                    
                                                                                            | Bahasa: al-qat'u (potong) |  
                                                                                            | Istilah: penyerahan suatu barang dengan syarat barang tersebut sama nilai tanpa sebarang tambahan apabila dipulangkan. |  
                                                                                            | Dikategorikan sebagai akad tabarru'. |  
                                                                                            | -Kontrak yang berkonsepkan kebajikan. |  |  | LARANGAN RIBA
                        
                                                                                    
                                                                                            | وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا |  
                                                                                            | Terjemahan: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. (Surah Al-Baqarah:275) |  
                                                                                            | Rasulullah melaknat orang yang memakan riba, menjadi agen, mencatat transaksi dan menjadi saksi. |  
                                                                                            | Dosa melakukan riba adalah berat di sisi Allah SWT. |  
                                                                                            | FATWA PENGHARAMAN RIBA |  
                                                                                            | Semua telah bersepakat bahawa setiap penambahan atau faedah ke atas semua bentuk pinjaman adalah riba dan haram. |  PRINSIP AL-QARD AL-HASAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik. |  
                                                                                            | Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa faedah. |  
                                                                                            | Dalil pensyariatan |  
                                                                                            | Dalam surah al-Hadid, ayat 11. |  HUKUM AL-QARD AL-HASAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Sunat. |  
                                                                                            | Harus bila mana dia berhutang untuk keselesaan hidup. |  
                                                                                            | Tidak harus memberi pinjam apabila tahu untuk tujuan haram atau maksiat. |  RUKUN AL-QARD
                        
                                                                                    
                                                                                            | 1. Pemiutang | 3. Barang yang dipinjam |  
                                                                                            | 2. Penghutang | 4. Sighah |  OBJEKTIF PELAKSANAAN AL-QARD AL-HASAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | 1. Membantu golongan yang memerlukan. |  
                                                                                            | 2. Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya. |  
                                                                                            | 3. Mengukuhkan sektor sosio ekonomi negara. |  
                                                                                            | 4. Mendapatkan keberkatan dan ganjaran berterusan di dunia dan akhirat. |  |  | INSTRUMEN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH
                        
                                                                                    
                                                                                            | Telah dilaksanakan di Malaysia untuk meringankan beban golongan yang terdesak. |  
                                                                                            | Prinsip al-qard al-hasan telah digunakan secara meluas dalam ar-rahnu. |  
                                                                                            | Institusi kewangan dan koperasi di Malaysia tawarkan skim pinjaman untuk tunaikan umrah atau haji. |  PRINSIP-PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG
                        
                                                                                    
                                                                                            | Semua hutang hendaklah ditulis. |  
                                                                                            | Tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan kepada peminjam. |  
                                                                                            | Menyelesaikan semua hutang termasuk dalam syarat perwarisan. |  
                                                                                            | Perlu dipulangkan dalam tempoh yang dijanjikan. |  BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHARIMIN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Institusi zakat mainkan peranan yang besar. |  
                                                                                            | Fungsi: mewujudkan keseimbangan dalam aspek sosial dan ekonomi. |  
                                                                                            | Contoh: golongan yang mampu keluarkan zakat untuk bantu. |  
                                                                                            | Bantuan tidak diberikan kepada mereka yang berhutang dengan bank kerana mereka mampu untuk bayar balik. |  GEJALA CETI HARAM
                        
                                                                                    
                                                                                            | Aktiviti perniagaan pinjaman wang tanpa lesen yang sah. |  
                                                                                            | Kegiatan yang bertentangan dengan ajaran Islam. |  
                                                                                            | Sering dikaitkan dengan keganasan serta kekerasan apabila tidak dapat bayar balik. |  
                                                                                            | Banyak berlaku keruntuhan rumahtangga dan perpecahan keluarga. |  
                                                                                            | Bagi memerangi, kerajaan mengambil tindakan. Contohnya, berhentikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen. |  KESIMPULAN
                        
                                                                                    
                                                                                            | Islam telah sediakan hamparan kehidupan yang syumul. |  
                                                                                            | Walaupun boleh berhutang, tapi tidak digalakkan kecuali terdesak. |  
                                                                                            | Islam telah syariatkan instrumen pinjaman wang yang tidak membebankan seperti al-qard al-hasan. |  | 
            
                            
            
            
        
        
        
        
        
            
    
        
          
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets