1. PENDAHULUAN
Wakaf merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam kerana dengan amalan wakaf seseorang itu dapat membantu sesama insan yang memerlukan kepada pertolongan selain daripada menjadikannya salah satu ibadat.
MENURUT IMAM SYAFI'I
Wakaf dikenali sebagai sedekah muhramat.
MENURUT AHLI-AHLI FUQAHA (IMAM NAWAWI)
Wakaf ialah terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan dari harta tersebut dengan mengekalkan zat harta tersebut.
MENURUT IMAM SYARBINI DAN IMAM RAMLI
Wakaf ialah terhalangnya harta yang boleh dimanfaatkan daripada harta tersebut dengan mengekakan zat serta hilang pengawasan terhadap harta itu di atas tindakan yang diharuskan.
MENURUT IMAM SARKHASI DARI MAZHAB HANAFI
Wakaf ini ialah tertahan pemilikan harta daripada orang lain.
MENURUT MUHAMMAD HASAN DAN ABU YUSUF
Wakaf ini ialah tertahan sesuatu harta atas pemilikan Allah dan bertukar manfaatnya ke atas orang yang menyukainya (sesiapa saja boleh menggunakan).
KESIMPULANNYA
Harta wakaf adalah tertahan daripada sudut pemilikannya dan manfaatnya boleh dinikmati bersama demi membangunkan sosial dan ekonomi umat Islam secara amnya.
TUJUAN
Mendekatkan diri kepada Allah SWT. |
PENDEKATAN KONTRAK MUSAQAH UNTUK PERTANIAN
> Musaqah iaitu usahasama pengurusan dalam pertanian.
> Bahasa : Saling menyiram.
> Syara' : Satu kontrak penyerahan tanaman atau pohon kepada orang yang menjaga dan memelihara tanaman dengan agihan hasil atau ianya merupakan satu kontrak kerja berdasarkan hasil tanaman.
> Dalam erti kata lain : Satu bentuk penyerahan pemilik tanaman kepada penjaga yang melakukan kerja-kerja pembaikan, pengairan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat pengurusan akan diberi upah berdasarkan hasil tanaman.
Penduduk Madinah menamakan musaqah sebagai 'Al-Mu'amalat'. |
HUKUM PELAKSANAAN KONTRAK MUSAQAH
> Majoriti Ulama (imam Malik, al-Syafi'e, al-Tsauri, Abu Yusuf, Muhammad bin Hassan, Ahmad dan Daud) mengHARUSkan akad kontrak ini.
Menurut riwayat di bawah yang berasal dari Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis yang bermaksud :
"Bahawa lalu mereka meminta agar Nabi s.a.w. diizinkan tinggal di Khaibar, dan mereka bersedia untuk menggarap tanahnya, dengan balasan separuh dari hasil buahnya. Rasulullah s.a.w. bersabda : "Baiklah, kami mengizinkan kamu tinggal padanya dengan syarat tersebut selama kami menyukainya". Maka mereka pun tinggal di Khaibar hingga di usir dari Khaibar oleh Khalifah Umar r.a." |
|
|
DARIPADA IMAM ABU HANIFAH DAN ZUFAR
Musaqah tidak diperbolehkan sama sekali. Mereka menganggap agihan melalui hasil buah sebagai perkara yang tidak sah kerana bagi mereka, ia merupakan upah melalui hasil buah yang mana dilarang oleh syara'. Pendapat mereka berasakan hadis Rasululllah s.a.w. yang bermaksud,
"Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengusahakan dengan bercucuk tanam dan tidak ada pembahagian yang lain sama ada 1/3 ataupun 1/4 dan tidak ada hak yang ditentukan." |
KELEBIHAN MUSAQAH PERTANIAN
1. Dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni.
2. Dapat memupuk semangat ingin bekerja di kalangan golongan miskin.
3. Dapat mengeluarkan golongan ini daripada kancah kemiskinan yang melarat. |
MATLAMAT WAKAF DARI SUDUT EKONOMI
> Dengan mengurangkan kadar kemiskinan dan dapat membantu golongan miskin untuk meneruskan kehidupan seharian. |
RUKUN MUSAQAH TERBAHAGI KEPADA 5
i) Kedua Pihak Yang Berkontrak |
Kontrak yang dibuat oleh seseorang yang diharuskan berurusan dalam perkara harta adalah sah. Syaratnya mesti berakal dan baligh. |
ii) Punca Kerja/Objek Musaqah |
a. Imam Syafi'e mensyaratkan buah kurma dan anggur. |
|
b. Ulama' Hanbali pula melihat kepada pohon buah yang memerlukan pengurusan yang mana pengurusnya mendapat bahagian daripada hasil buah pohon yang diuruskan. |
|
c. Imam Malik berpendapat musaqah boleh dilakukan untuk semua tumbuhan yang memiliki batang, seperti ruman, tin, zaitun dan sejenisnya walaupun dalam keadaan darurat. |
iii) Buah |
Pendapat terkuat bagi ulama' Syafi'e (Mazhab Hanbali) iaitu kontrak musaqah dikira sah apabila pohonnya mula berbuah meskipun belum masak. |
iv) Kerja |
Disyaratkan bahawa pengurus diberi kuasa sepenuhnya ke atas kerja berkenaan. Dengan kata lain, segala kerja sepenuhnya mengenai pengurusan pohon. |
v) Ijab dan Qabul |
Ungkapan boleh dibuat oleh pemilik atau pengurus. |
|
|
MODUS OPERANDI DALAM WAKAF PERTANIAN
1. Pengumpulan modal dibuat daripada orang ramai (kutipan saham wakaf dan sumbangan saham wakaf pokok)) |
2. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa akan membuat pemilihan iaitu hanya memilih golongan miskin yang berkeupayaan sahaja dari sudut fizikal dan mental untuk melaksanakan kerja tersebut. |
3. Pihak majlis agama Islam negeri ataupun pihak berkuasa tempatan akan menyediakan modal sebidang tanah untuk dibangunkan oleh golongan miskin dan menyediakan modal untuk proses penanaman iaitu pembelian benih, baja, racun serta jentera pembajak. |
4. Pengusaha akan menguruskan ladang tersebut dari sudut penjagaan iaitu meracun dan membaja dan sebagainya sehingga buah tersebut dapat dikutip dan dijual. |
5. Bila buah sudah masak dan boleh dijual maka, hasil jualan tersebut perlu diagihkan di antara pengusaha dan pihak berkuasa berdasarkan kepada persetujuan yang dipersetujui pada awal kontrak sama ada 50-50, 60-40 ataupun 70-30 peratus. |
KESIMPULAN
1. Dengan pengenalan wakaf pertanian yang berasaskan kontrak musaqah ini serba sedikit menjadi pemangkin ataupun penggerak kepada pembangunan wakaf di Malaysia.
2. Tanah wakaf yang terbiar dapat dioptimumkan sebaik mungkin bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta dapat membasmi kemiskinan yang sedia ada.
3. Harta wakaf semakin bertimbun dan penyelesaian kepada harta wakaf ini masih lagi tidak dapat diatasi.
Dengan pengenalan konsep ini, secara tidak langsung boleh mengatasi masalah pembangunan harta wakaf di Malaysia dan seterusnya dapat menjana ekonomi umat Islam serta pembangunan sosial ummah yang lebih baik dan berkesan pada masa hadapan. |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets