Show Menu
Cheatography

PEMILIKAN BERMANFAAT DALAM (BENEFICIAL OWNERSHIP) DALAM PEMBIAYAAN RUMAH

Definisi Pemilikan

Dari segi bahasa: Bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية).
Ibn Manzur (1955): Kalimah malk, mulk, milk bermaksud keadaan menguasai sesuatu dan keupayaan bertindak melupuskan sesuatu yang dimiliki.
Dari segi istilah:
1. Menurut mazhab Hanafi: Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengen­dalikan sesuatu harta melainkan jika mendapat halangan.
2. Menurut mazhab Maliki: Hukum syarak (mengikut perund­angan yang sah) yang ditetapkan fizikal harta ataupun manfaat harta yang membol­ehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki.
3. Menurut mazhab Syafi'ie: Hukum syarak yang ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat harta yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripa­danya.
4. Menurut mazhab Hanbali: Keupayaan yang sah untuk mengendali sesuatu harta.

Pembah­agian Pemilikan

1. Pemilikan penuh (milk tam)
2. Pemilikan separa penuh (milk naqis)

Pemilikan Penuh (milk tam)

1. Seseorang memiliki fizikal dan manfaat harta tersebut secara bersama.
2. Terjadi disebabkan beberapa kaedah transaksi seperti:
Jual beli, hibah, wasiat dan lain-lain.
3. Melalui kaedah tersebut, seseorang memiliki harta secara penuh (miliki fizikal dan manfaat harta)

Pemilikan Separa Penuh (milk naqis)

Memp­unyai 3 pecahan:
1. Pemilikan fizikal tanpa harta (milk 'ayn bi la manfaa­h).
Contoh: Kes wasiat- Si A mewasi­atkan manfaat rumahnya kepada orang lain (fizikal rumah milik si A, manfaat rumah sahaja milik penerima wasiat).
2. Pemilikan manfaat harta tanpa memiliki fizikalnya (milk manfaah bi la 'ayn).
Contoh: Sewa rumah- Si B memiliki manfaat harta, namun pemilik rumah tersebut adalah orang lain (berga­ntung kepada aqad yang dipers­etujui bagi kedua-dua belah pihak).
3. Hak menerima manfaat (milk intifa')
Contoh: Si C menggu­nakan kereta si D. Si D mahu memiliki manfaat kereta yang dipinjam. Sebagai imbalan, Si C perlu membayar harga sewa.
 

Pemilikan Manfaat Menurut Undang­-Undang Inggeris.

Defi­nisi:
Sir Arthur Underhill : Amanah didefi­nisikan sebagai tanggu­ngjawab ekuiti yang mengikat seseorang (pemilik amanah) untuk mengen­dalikan harta yang diaman­ahkan bagi benefi­siari (pemilik manfaat).
Amanah mempunyai 4 elemen penting (Hudson 2007, menurut definisi Sir Arthur) :
1. Mengikuti kaedah ekuiti.
- Ekuiti : Satu cabang undang­-undang yang ditadbir di bawah Mahkamah Chancery.
- Ekuiti berpegang kepada prinsip keadilan, kesaks­amaan dan kebenaran.
2. Memberikan hak harta kepada benefi­siari.
3. Mengenakan tanggu­ngjawab kepada pemegang amanah.
Garner (2004) : Pemilik bermanfaat ialah seseorang yang diiktiraf sebagai pemilik sesuatu kerana manfaat harta itu kembali kepadanya biarpun hak milik undang­-undang orang lain.

Penerimaan Prinsip Ekuiti Di Malaysia

- Seksyen 3 Akta Sivil 1956 memben­arkan pemakaian common law dan prinsi­p-p­rinsip ekuiti dalam perund­angan tempatan.
- Terdapat sekatan pemakaian sistem perund­angan tanah Inggeris dalam seksyen 6 Akta Sivil 1956 (tidak bermaksud prinsip ekuiti tidak boleh diapli­kas­ikan).
- Kanun Tanah Negara 1965 tidak menghalang pengwu­judan kepent­ingan benefi­sial.
- Pemakaian prinsip ekuiti adalah tidak dihalang, tetapi perlu mengikuti kesesuaian amalan di Malaysia.

Pemilikan Bermanfaat Dalam Kewangan Islam

Antara produk yang menggu­nakan konsep pemilikan berman­faat:
1. Bay' Bithaman Ajil.
2. Al-Ijarah Thumma Al-Bay' (AITAB).
3. Musyarakah Mutana­qisah.

Kedudukan Pemilikan Bermanfaat Menurut Syariah.

Antara Pemilikan Bermanfaat Menurut Syariah.
- Jawata­nkuasa Syariah Bank Al-Rajhi, Arab Saudi.
 

Pemilikan Bermanfaat Dalam Jual Beli

Aplikasi Pemilikan Bermanfaat Dalam Jual Beli
1. Pelanggan membayar deposit 10% kepada pemaju dan menerima pemilikan berman­faat.
2. Pelanggan dan bank menand­ata­ngani Property Purchase Agreem­ent.
3. Pelanggan menjual aset secara tunai kepada bank bagi mendap­atkan pembiayaan BBA (Bay' Bithaman Ajil).
4. Bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan bayaran secara tangguh.

Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Sewaan.

Aplikasi Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Sewaan
1. Pelanggan mengenal pasti aset.
2. Pelanggan memohon pembiayaan IMBT (Al-Ijarah Al-Mun­tahiyat Bi Al-Tamlik) dan membayar deposit terus kepada bank.
3. Bank membeli aset dengan membayar harga penuh.
4. Bank selaku pemilik bermanfaat menyewakan aset kepada pelanggan dengan bayaran dan tempoh yang dipers­etujui.
5. Pada akhir tempoh sewaan, bank meyerahkan pemilikan kepada palanggan.

Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Perkon­gsian.

Aplikasi Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Perkon­gsian
1. Pelanggan mengenal pasti aset, tandat­angani Perjanjian Jual Beli (S&P), bayar deposit 10% dan memohon pembiayaan bank.
2. Bank dan pelanggan memasuki aturan MM (Musya­rakah Mutana­qisah).
3. Pelanggan meyewa aset daridapa bank.
4. Pelanggan membeli bahagian bank dengan membayar amaun tambahan.
5. Perkon­gsian berakhir dan palanggan memiliki 100% pemilikan aset.
 

Konsep Pembiayaan Bermanfaat

Dalam Pembiayaan Rumah
Al-K­asani (1986) dalam al-Bada'i al- Sana'i: Kontrak pertukaran iaitu saling bertukar pemilikan dan saling membuat penyer­ahan.
Ibn Qudamah (1968) dalam al-Mug­hni: Pertukaran harta dengan harta, bagi memind­ahkan pemilikan dan mengambil pemilikan.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: " Wahai orang-­orang yang beriman! Apabila kamu menjal­ankan sesuatu urusan dengan hutang, piutang yang diberi tempoh hinggan ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayara­nny­a)". (Surah Al-Baq­ara­h:282)
4 cadangan konsep yang saling berkaitan bagi melakukan takyif fiqhi ( Nik Abdul Rahim 2015) iaitu:
1. Konsep rahn.
2. Konsep khiyar naqd.
3. Konsep bai' al-wafa.
4. Konsep shurut taqyid­iyyah.

Kesimpulan

- Pemilikan bermanfaat merupakan pemilikan penuh ke tas aset.
- Pemilikan bermanfaat ialah pemilik sebenar sesuatu aset walaupun namanya tidak didaftar.
- Pemilikan bermanfaat wujud dalam prinsip ekuiti (sistem undang­-undang Inggeris).
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets