Show Menu
Cheatography

KONSEP PINJAMAN MENURUT ISLAM Cheat Sheet by

Individual assignment for Fiqh Muamalat semester 3

KONSEP PINJAMAN DALAM ISLAM

Al-'­ari­yah
Al-q­ard
Melibatkan pemberian sesuatu barangan atau harta oleh pemberi pinjaman kepada peminjam.
Melibatkan pemindahan pemilikan barangan yang boleh diangg­arkan dan diganti mengikut bilangan, sukatan atau timbangan.
Hak pemilikan ke atas barang tersebut masih kekal pada pemberi pinjaman.
Salaf (hutang) iaitu pinjaman yang dibayar balik kepada pemiutang tanpa syarat keuntungan
Peminjam tidak bertan­ggu­ngjawab terhadap sebarang kerosakan atau susut nilai bagi barang.
Wujudnya hutang atau keberh­utangan daripada satu pihak iaitu penghutang kepada satu pihak yang lain iaitu pemberi hutang (pemiu­tang).
Melibatkan barangan atau benda yang tidak musnah.
Peminjam (pengh­utang) hendaklah memula­ngkan kembali barang yang dipinjam dalam bentuk gantian dan bukan merupakan benda yang asal.

RUKUN AL-QARD

1.Pe­miu­tan­g­(Orang yang beri hutang)
- boleh mengur­uskan harta, berurus niaga dan memiliki harta tersebut dan tiada unsur paksaan (redha)
2. Penghu­tan­g/p­emi­njam
- Bukan seorang yang mahjur 'alaih, orang gila atau kanak-­kanak dan tiada unsur paksaan (redha) yang mampu untuk bayar balik pinjaman
3. Barang yang dipinjam
(a)Fu­qaha' mazhab Hanafi- sah berhutang barang­-barang mithliy.
(b) fuqaha' mazhab Maliki, Syafi'i dan Hanbali - harus bagi barang­-barang yang boleh disukat atau ditimbang.
4. Sighah ( Ijab dan kabul )
 

DEFINISI AL-QARD

Bahasa bermaksud al-qat­'u(­potong)
Dari segi istilah penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kembali kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan
Al-Qard dikate­gorikan sebagai akad tabarru' iaitu kontrak yang berter­askan kepada konsep kebajikan.

PRINSIP AL-QARD AL-HASSAN

al-qard al-hasan bermaksud pinjaman yang baik.
manife­stasi keprih­atinan seseorang untuk melakukan kebajikan dengan membantu saudaranya yang berada dalam kesemp­itan.
Peminjam hanya perlu membayar jumlah wang yang dipinjam sahaja tanpa dikenakan faedah.
Dalil pensya­riatan al-Qard al-Has­san
Surah al-Baq­arah, ayat 245: "Si­apakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan bergan­da-­ganda banyaknya dan (ingat­lah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada­Nyalah kamu semua dikemb­ali­kan."
Hukum al-Qard al-Has­san
Hukum pelaks­anaan Qard hasan adalah sunat
Harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membeb­askan dirinya daripada kesempitan hidup
 

OBJEKTIF PELAKS­ANAAN AL-QARD AL-HASSAN

Merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang kaya dan miskin.
Membantu golongan memerl­ukan.
Memupuk semangat persau­daraan, keprih­atinan, ehsan dan saling bantu membantu di kalangan umat Islam.
Menyed­iakan ruang, peluang dan kemudahan kepada golongan berpen­dapatan rendah.
Mengha­puskan diskri­minasi sosial dan ekonomi dalam masyar­akat.
Wasilah da'wah kepada golongan bukan Islam.

LARANGAN RIBA

Larangan terhadap riba adalah jelas berdas­arkan kepada firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 275
Allah SWT juga telah memberi peringatan kepada orang yang beriman agar tidak memakan riba sebaliknya mereka diseru agar bertaqwa kepada Allah SWT kerana dengan itu mereka akan terdiri daripada orang-­orang yang berjaya.
Baginda melaknat orang yang memakan riba, orang yang menjadi agen, orang yang mencatat transaksi tersebut serta orang yang menjadi saksi
Dosa orang yang melakukan riba juga adalah amat berat di sisi Allah SWT.

PRINSIP - PRINSIP UMUM KETIKA BERHUTANG

i) Setiap hutang yang dibuat hendaklah ditulis bagi memastikan pihak-­pihak yang berkontrak khususnya penghutang menyedari komitmen dan obligasi masing­-ma­sing.
ii) Tidak boleh mengenakan sebarang bayaran tambahan terhadap pinjaman yang diberikan atas sebab kelewatan membuat pembayaran balik hutang.
iii) Menyel­esaikan semua hutang.
iv) Hutang merupakan hak individu tertentu yang wajib dipula­ngkan dalam tempoh sebaga­imana yang dijanj­ikan.
 

BANTUAN KEPADA ASNAF AL-GHA­RIMIN

Institusi zakat memainkan peranan yang besar dalam mering­ankan beban yang dihadapi oleh golongan yang dibelenggu hutang.
Kriteria yang diberikan perhatian ialah golongan ini terpaksa berhutang atas faktor memenuhi keperluan asas kehidupan.
Bantuan tidak disalurkan kepada mereka yang berhutang dengan pihak pemberi pinjaman tidak berlesen.

AL-QARD AL-HASSAN PENJANA SOSIO EKONOMI UMMAH

Membantu proses penjanaan pendapatan secara tetap kepada golongan yang berpotensi
Memajukan sektor ekonomi tertentu khususnya industri kecil dan sederhana.
Digunakan secara meluas dalam skim pajak gadai Islam atau al-rahnu di Malaysia yang ditawarkan oleh koperasi dan bank

GEJALA CETI HARAM

Perniagaan pemberian pinjaman wang tanpa lesen yang sah atau lesen tempoh atau lesen digantung.
Kerajaan mengambil tindakan berterusan untuk mengawal dan memant­aunya
Member­hen­tikan pemberian lesen kepada peminjam wang berlesen.
Kempen kesedaran.
Khidmat nasihat.
Menurunkan iklan ah long di kawasa­n-k­awasan perumahan.

PANDANGAN ISLAM MENGENAI AMALAN BERHUTANG

Islam tidak mengga­lakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan
Dosa orang tidak menjel­askan hutangnya begitu berat, lebih-­lebih lagi hutangnya itu dilipat gandakan dengan riba
Jiwa mereka sebenarnya diselu­bungi keresahan dan tekanan perasaan siang dan malam.
Rasu­lullah SAW sering berdoa kepada Allah SWT agar dijauhkan daripada tabiat berhutang :
"Ya Allah, aku mohon perlin­dun­ganMu daripada perasaan sedih dan gelisah, aku mohon perlin­dun­ganMu daripada kelemahan dan kemalasan, aku mohon perlin­dun­ganMu dari sifat pengecut danked­ekut, dan aku mohon perlin­dun­ganMu daripada cengka­man­hutang dan penindasan orang"

Help Us Go Positive!

We offset our carbon usage with Ecologi. Click the link below to help us!

We offset our carbon footprint via Ecologi
 

Comments

No comments yet. Add yours below!

Add a Comment

Your Comment

Please enter your name.

    Please enter your email address

      Please enter your Comment.

          Related Cheat Sheets

          NajibahNajwa Cheat Sheet