Definisi Pemilikan
Dari segi bahasa: Bahasa arab disebut sebagai milk (ملك) atau milkiyyah (ملكية). |
Ibn Manzur (1955): Kalimah malk, mulk, milk bermaksud keadaan menguasai sesuatu dan keupayaan bertindak melupuskan sesuatu yang dimiliki. |
Dari segi istilah: |
1. Menurut mazhab Hanafi: Kemampuan asal yang ditetapkan oleh syarak bagi mengendalikan sesuatu harta melainkan jika mendapat halangan. |
2. Menurut mazhab Maliki: Hukum syarak (mengikut perundangan yang sah) yang ditetapkan fizikal harta ataupun manfaat harta yang membolehkan seseorang untuk mengambil faedah daripada harta yang dimiliki. |
3. Menurut mazhab Syafi'ie: Hukum syarak yang ditetapkan terhadap fizikal harta ataupun manfaat harta yang diberikan kepada seseorang supaya beliau dapat mengambil faedah dan menerima pampasan daripadanya. |
4. Menurut mazhab Hanbali: Keupayaan yang sah untuk mengendali sesuatu harta. |
Pembahagian Pemilikan
1. Pemilikan penuh (milk tam) |
2. Pemilikan separa penuh (milk naqis) |
Pemilikan Penuh (milk tam)
1. Seseorang memiliki fizikal dan manfaat harta tersebut secara bersama. |
2. Terjadi disebabkan beberapa kaedah transaksi seperti: |
Jual beli, hibah, wasiat dan lain-lain. |
3. Melalui kaedah tersebut, seseorang memiliki harta secara penuh (miliki fizikal dan manfaat harta) |
Pemilikan Separa Penuh (milk naqis)
Mempunyai 3 pecahan: |
1. Pemilikan fizikal tanpa harta (milk 'ayn bi la manfaah). |
Contoh: Kes wasiat- Si A mewasiatkan manfaat rumahnya kepada orang lain (fizikal rumah milik si A, manfaat rumah sahaja milik penerima wasiat). |
2. Pemilikan manfaat harta tanpa memiliki fizikalnya (milk manfaah bi la 'ayn). |
Contoh: Sewa rumah- Si B memiliki manfaat harta, namun pemilik rumah tersebut adalah orang lain (bergantung kepada aqad yang dipersetujui bagi kedua-dua belah pihak). |
3. Hak menerima manfaat (milk intifa') |
Contoh: Si C menggunakan kereta si D. Si D mahu memiliki manfaat kereta yang dipinjam. Sebagai imbalan, Si C perlu membayar harga sewa. |
|
|
Pemilikan Manfaat Menurut Undang-Undang Inggeris.
Definisi: |
Sir Arthur Underhill : Amanah didefinisikan sebagai tanggungjawab ekuiti yang mengikat seseorang (pemilik amanah) untuk mengendalikan harta yang diamanahkan bagi benefisiari (pemilik manfaat). |
Amanah mempunyai 4 elemen penting (Hudson 2007, menurut definisi Sir Arthur) : |
1. Mengikuti kaedah ekuiti. |
- Ekuiti : Satu cabang undang-undang yang ditadbir di bawah Mahkamah Chancery. |
- Ekuiti berpegang kepada prinsip keadilan, kesaksamaan dan kebenaran. |
2. Memberikan hak harta kepada benefisiari. |
3. Mengenakan tanggungjawab kepada pemegang amanah. |
Garner (2004) : Pemilik bermanfaat ialah seseorang yang diiktiraf sebagai pemilik sesuatu kerana manfaat harta itu kembali kepadanya biarpun hak milik undang-undang orang lain. |
Penerimaan Prinsip Ekuiti Di Malaysia
- Seksyen 3 Akta Sivil 1956 membenarkan pemakaian common law dan prinsip-prinsip ekuiti dalam perundangan tempatan.
- Terdapat sekatan pemakaian sistem perundangan tanah Inggeris dalam seksyen 6 Akta Sivil 1956 (tidak bermaksud prinsip ekuiti tidak boleh diaplikasikan).
- Kanun Tanah Negara 1965 tidak menghalang pengwujudan kepentingan benefisial.
- Pemakaian prinsip ekuiti adalah tidak dihalang, tetapi perlu mengikuti kesesuaian amalan di Malaysia. |
Pemilikan Bermanfaat Dalam Kewangan Islam
Antara produk yang menggunakan konsep pemilikan bermanfaat: |
1. Bay' Bithaman Ajil. |
2. Al-Ijarah Thumma Al-Bay' (AITAB). |
3. Musyarakah Mutanaqisah. |
Kedudukan Pemilikan Bermanfaat Menurut Syariah.
Antara Pemilikan Bermanfaat Menurut Syariah. |
- Jawatankuasa Syariah Bank Al-Rajhi, Arab Saudi. |
|
|
Pemilikan Bermanfaat Dalam Jual Beli
Aplikasi Pemilikan Bermanfaat Dalam Jual Beli |
1. Pelanggan membayar deposit 10% kepada pemaju dan menerima pemilikan bermanfaat. |
2. Pelanggan dan bank menandatangani Property Purchase Agreement. |
3. Pelanggan menjual aset secara tunai kepada bank bagi mendapatkan pembiayaan BBA (Bay' Bithaman Ajil). |
4. Bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan bayaran secara tangguh. |
Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Sewaan.
Aplikasi Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Sewaan |
1. Pelanggan mengenal pasti aset. |
2. Pelanggan memohon pembiayaan IMBT (Al-Ijarah Al-Muntahiyat Bi Al-Tamlik) dan membayar deposit terus kepada bank. |
3. Bank membeli aset dengan membayar harga penuh. |
4. Bank selaku pemilik bermanfaat menyewakan aset kepada pelanggan dengan bayaran dan tempoh yang dipersetujui. |
5. Pada akhir tempoh sewaan, bank meyerahkan pemilikan kepada palanggan. |
Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Perkongsian.
Aplikasi Pemilikan Bermanfaat Dalam Kontrak Perkongsian |
1. Pelanggan mengenal pasti aset, tandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P), bayar deposit 10% dan memohon pembiayaan bank. |
2. Bank dan pelanggan memasuki aturan MM (Musyarakah Mutanaqisah). |
3. Pelanggan meyewa aset daridapa bank. |
4. Pelanggan membeli bahagian bank dengan membayar amaun tambahan. |
5. Perkongsian berakhir dan palanggan memiliki 100% pemilikan aset. |
|
|
Konsep Pembiayaan Bermanfaat
Dalam Pembiayaan Rumah |
Al-Kasani (1986) dalam al-Bada'i al- Sana'i: Kontrak pertukaran iaitu saling bertukar pemilikan dan saling membuat penyerahan. |
Ibn Qudamah (1968) dalam al-Mughni: Pertukaran harta dengan harta, bagi memindahkan pemilikan dan mengambil pemilikan. |
Firman Allah SWT: |
Maksudnya: " Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang, piutang yang diberi tempoh hinggan ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya)". (Surah Al-Baqarah:282) |
4 cadangan konsep yang saling berkaitan bagi melakukan takyif fiqhi ( Nik Abdul Rahim 2015) iaitu: |
1. Konsep rahn. |
2. Konsep khiyar naqd. |
3. Konsep bai' al-wafa. |
4. Konsep shurut taqyidiyyah. |
Kesimpulan
- Pemilikan bermanfaat merupakan pemilikan penuh ke tas aset.
- Pemilikan bermanfaat ialah pemilik sebenar sesuatu aset walaupun namanya tidak didaftar.
- Pemilikan bermanfaat wujud dalam prinsip ekuiti (sistem undang-undang Inggeris). |
|
Created By
Metadata
Comments
No comments yet. Add yours below!
Add a Comment
Related Cheat Sheets